Assalamualaikum...
Alhamdulillah...lama sangat dah tak tulis apa-apa kat sini...hidup sekarang ni rasa lebih senang dan tenang...Tenang sangat bila terasa apabila menyerahkan segala hal jodoh pertemuan kepada Allah dan Allah menunjukkan jalanNya...keputusan yang dipilih tiada sebarang keraguan...terima kasih ya Allah menemukanku dengannya yang membawa aku kembali dekat padaMu...
~ Keperitan Hari Ini Adalah Pelajaran Untuk Masa Depan ~ Sentiasa Bersyukur Untuk Bahagia
Ahad, 30 Jun 2013
Jumaat, 15 Februari 2013
Pengalaman Setahun Mengajar Di SJKC
Time cuti ni tiba-tiba teringat kat sekolah pulak...tula cikgu...time sekolah nak cuti time cuti teringat sekolah pulak...actually saya ni cikgu pendidikan Islam di SJKC kat gombak...bila kata cikgu pendidikan Islam mesti orang panggil ustazah. Segan pulak bila orang asyik panggil ustazah...bukan tak suka cuma rasa tanggungjawab tu berat sangat...panjang pulak intro...hihi
Hari ni nak share dengan u all pengalaman saya bekerja di SJKC...Mula-mula dapat surat posting terus speechless. Mana tak nya tak pernah terfikir akan mengajar di SJKC. Tengok dua orang kawan lagi dapat SJKT. Haduiii saya dengan dua orang kawan tu tak tahu nak cakap apa...boleh gelak je la...Pastu terus call mak ayah bagitau dapat posting kat situ...mak pun terkejut dan gelak...call abang dan akak semua gelak kaw kaw...hahaha..ayat yang semua abang dan akak cakap....."tula suka sangat tengok drama cina dan korea patut la posting kat situ....boleh la dapat adik ipar mata sepet keh keh keh"...ntah apa-apa jer....haduiii tensen sungguh....
Minggu pertama duduk kat sekolah tu tak tahu nak buat apa...jadual tak dapat lagi...so saya dan dua orang kawan yang posting kat SJKT tu asyik mesej je la...yang paling tak tahan...bila saya mesej kawan tu dan bagitau yang saya rasa nak nangis duduk kat sekolah tu dia rupa-rupanya bukan setakat nak nangis tapi dah nangis dah pun...isk3...Walaumacamanapun nasib saya lebih baik la berbanding dua orang kawan tu...at least kat sekolah saya ada la jugak cikgu melayu lain...kawan-kawan saya tu satu-satunya cikgu melayu kat situ...kitorang bertiga selalu la hantar mesej sesama sendiri untuk bagi semangat antara satu sama lain....lawak pulak bila ingat balik....keh keh keh.
Minggu kedua baru la dapat jadual dan kelas agama pun bermula...ada orang cakap best mengajar agama di SJK sebab murid sikit tapi saya tak rasa macam tu pun...sebab murid Islam di sekolah saya ramai la jugak...lebih 180 orang tau....
Dipendekkan cerita...mengajar di sekolah jenis kebangsaan ni tak la teruk sangat...selepas setahun mengajar di sini saya dah mula rasa serasi dengan environment macam ni... sekolah cina ni best jugak....kenapa saya cakap best???? ...SEBAB.... kita boleh belajar budaya dan bahasa cina tapi SELAIN ITU.....SEBAB :
1. tak ada/kurang masalah mengumpat...
2. suka dengan cara kerja cikgu-cikgu cina...kalau makan pun, sebelah tangan makan sebelah tangan lagi still buat kerja.
3. semua kerja kena cepat dan sebelum due date...contohnya kalau SPPBS perlu key in sebelum hujung bulan 11...sekolah saya mesti kena siap sebelum mula bulan 11...(mula-mula point ni tensen lama-lama rasa macam bagus jugak)
4. time balik sekolah macam tak ada apa-apa pun...cikgu-cikgu biasanya tak sibuk nak balik...
5. antara yang paling best...semua free...hehe...baju sukan, baju batik, jamuan dan macam-macam lagi
6. time tahun baru cina pulak cikgu-cikgu akan dapat macam-macam...kuih raya, limau dan duit raya hehehe
7. time hari guru...semua kelas akan buat open class. So boleh la makan macam-macam...kenyang tak terkata time open class ni...malam pulak dinner dengan PIBG...dan time tu yang paling ditunggu-tunggu adalah cabutan bertuah hehe....hadiah-hadiah best sangat tau...hadiah paling rendah voucher jusco RM100...selain tu ada vcd player, kamera digital, TV, iPad dan macam-macam lagi... separuh dari jumlah cikgu kat sekolah akan dapat...tapi yang sedihnya saya menjadi separuh yang tak dapat tu...tak apa tahun ni doa-doa la dapat keh keh keh...
Actually mengajar di mana-mana pun best asalkan kita buat kerja dengan betul...walaupun di SJK kita menjadi kaum minoriti tapi kena pandai la bawa diri...insyaAllah kalau kita tak buat hal duduk mana-mana pun takkan ada masalah....k, wassalam..
Khamis, 14 Februari 2013
Kecewa kecewa kecewaaaaaa
Assalamualaikum......
Salam semua...dah lama tak update blog ni...busy dan malas silih berganti...hihihi...hari ni rasa kecewa sangat. Kalau ikutkan semalam adalah hari pendaftaran saya sebagai pelajar di UM. Salah satu hajat 2013 yang hampir tercapai tak tercapai...tak ada rezeki...Hajat nak sambung master kat UM tak dapat diteruskan....kecewa sangattttt isk3....
Masalah bermula dengan tak dapat green light dari jabatan pelajaran sebab tak sah jawatan lagi...pastu pentadbiran sekolah yang mungkin tak kasi green light jugak...tak puas hati pergi ke UM untuk tanya pasal jadual study and exam......namun jadual tu tak memihak kepada saya.... Akhirnya saya redha dan berlembut hati untuk tangguhkan dulu hajat ni setelah diberi ayat manis oleh jabatan pelajaran dan staf UM.
Kalau diikutkan hati yang sangat-sangat teruja nak sambung study ni nak redah je...namun setelah lama merenung syiling bilik...saya lepaskan peluang ni dengan redha....InsyaAllah semua yang ALLAH dah aturkan tu ada hikmahnya....ALLAH lebih kenal dan tahu kemampuan hambaNYA.....InsyaALLAH ada rezeki nanti saya akan kembalikan semangat dan teruskan usaha untuk sambung study lagi....Ameen.....
Salam semua...dah lama tak update blog ni...busy dan malas silih berganti...hihihi...hari ni rasa kecewa sangat. Kalau ikutkan semalam adalah hari pendaftaran saya sebagai pelajar di UM. Salah satu hajat 2013 yang hampir tercapai tak tercapai...tak ada rezeki...Hajat nak sambung master kat UM tak dapat diteruskan....kecewa sangattttt isk3....
Masalah bermula dengan tak dapat green light dari jabatan pelajaran sebab tak sah jawatan lagi...pastu pentadbiran sekolah yang mungkin tak kasi green light jugak...tak puas hati pergi ke UM untuk tanya pasal jadual study and exam......namun jadual tu tak memihak kepada saya.... Akhirnya saya redha dan berlembut hati untuk tangguhkan dulu hajat ni setelah diberi ayat manis oleh jabatan pelajaran dan staf UM.
Kalau diikutkan hati yang sangat-sangat teruja nak sambung study ni nak redah je...namun setelah lama merenung syiling bilik...saya lepaskan peluang ni dengan redha....InsyaAllah semua yang ALLAH dah aturkan tu ada hikmahnya....ALLAH lebih kenal dan tahu kemampuan hambaNYA.....InsyaALLAH ada rezeki nanti saya akan kembalikan semangat dan teruskan usaha untuk sambung study lagi....Ameen.....
Sabtu, 29 Disember 2012
Hajat 2013
Setiap tahun mesti ada hajat yang hendak dicapai. Tapi macam biasa saya selalu tak dapat apa yang dihajati, yang tak hajat pulak yang biasanya dapat...Apa pun tetap bersyukur sebab Allah tetap memberi nikmatNya pada saya....Yela tak semestinya apa yang kita nak Allah nak bagi. Beribadah pun tak sungguh-sungguh, time nak mintak sesuatu bila Allah tak izinkan mula la kecewa. Walaumacamanapun dalam hidup mesti ada target so untuk tahun 2013 saya target nak.........
1) Jadi Muslim Yang Lebih Baik dan Taat
Sekarang ni rasa macam perangai ni dah tak berapa baik je. Dulu time sekolah menengah rasanya pijak semut pun tak mati. Sehari tak baca Quran tak sedap hati sekarang berhari-hari tak baca Quran relak je....Ya Allah permudahkanlah hajatku ini...aminnnnnnn
2) Nak Sambung Study (Buat Master)
5) Cari Jodoh
~ Ini la saja hajat saya untuk tahun 2013...Semoga Allah permudahkan...aminnnnnn ~
1) Jadi Muslim Yang Lebih Baik dan Taat
Sekarang ni rasa macam perangai ni dah tak berapa baik je. Dulu time sekolah menengah rasanya pijak semut pun tak mati. Sehari tak baca Quran tak sedap hati sekarang berhari-hari tak baca Quran relak je....Ya Allah permudahkanlah hajatku ini...aminnnnnnn2) Nak Sambung Study (Buat Master)
Alhamdulillah 26/12/2012 result nak sambung master kat UM dah keluar dan NurPuteriMiskan anda berjaya yeayyyyy!!!!..Tapi banyak cabaran nak sambung study ni memandangkan saya masih lagi belum sah jawatan.Cikgu baru la katakan.Nak jumpa Guru Besar bagitau nak sambung study sangatlah kecut perut.Apa pun jangan mengalah sebelum bertindak...caiyok2!!! Fikir strategi dan atur plan terbaik supaya hajat ni dapat terlaksana.
3) Jadi Financial Planner Yang Super Hebat dan Bijak
Tahun pertama kerja tak jimat. Sekarang dah takde simpanan, macamana nak sambung study...Mulai saat ni dah tak boleh rasa kesian kepada semua peniaga...asal nampak orang meniaga rasa kesian so beli jugak barangnya walaupun tak guna...macamana duit tak abis...lepas ni kena kuatkan hati dan rancang belanjawan sendiri dengan lebih kemas dan teratur.Utamakan keperluan sabar-sabar la nak penuhi kehendak.

4) Kurangkan Berat Badan Dengan Try Diet Atkins
Dengar cerita ramai yang menjadi try diet ni. Yang penting tak payah susah-susah keluar banyak duit.Lagi jimat kot.Harap sangat hajat ni tercapai berat badan tak konsisten langsung yang paling tak best asyik naik je..haduyaiiii.

4) Kurangkan Berat Badan Dengan Try Diet Atkins
Dengar cerita ramai yang menjadi try diet ni. Yang penting tak payah susah-susah keluar banyak duit.Lagi jimat kot.Harap sangat hajat ni tercapai berat badan tak konsisten langsung yang paling tak best asyik naik je..haduyaiiii.
5) Cari Jodoh
Sambung study nak nikah pun nak...tamak kan hihihi...Actually hajat ni hajat tahun lepas tapi tak dapat keh keh keh so forward tahun ni pulak...Pasal ni malas nak fikir sangat la tapi mesti kena jadi hajat jugak...takkan dah tua nanti baru nak berhajat.
~ Ini la saja hajat saya untuk tahun 2013...Semoga Allah permudahkan...aminnnnnn ~
Jumaat, 28 Disember 2012
Apa Perempuan Bodoh Perlu Lakukan
Entry ni adalah rentetan dari entry sebelum ni (Untuk
Perempuan Yang Pernah Bodoh). Bila perempuan telah diperbodohkan oleh nafsunya
sendiri yang mengakibatkan maruahnya tercalar, terkoyak, terputus dan terhangus
biasanya mereka akan bersedih, mengenang nasib malang, menangis, cuba
mendapatkan kembali kekasih penipunya dan mungkin akan melakukan sesuatu yang terus-terusan akan menjatuhkan maruahnya……
Kat sini saya nak share apa yang perempuan bodoh ini perlu
lakukan untuk mengangkat balik maruah diri agar kembali menjadi wanita yang
bijak, baik, berguna dan bermutu.
1) Cuba luahkan perasaan pada perempuan bijak
Anda tak perlu menceritakan semua kebodohan
anda. Ini kerana ia mungkin menyebabkan anda akan dipandang serong oleh teman
anda. Sebaik-baiknya carilah wanita bijak dan baik yang anda percayai agar anda
mendapat nasihat yang bermutu dan bermanfaat.
2) Berusaha menjadi lebih berjaya dari kekasih penipu anda
Tak kira la dalam apa sahaja bidang yang
diceburi pastikan anda akan lebih berjaya dari kekasih penipu anda. Kejayaan
anda mampu membuktikan anda tak heran langsung atas apa yang telah dilakukan
oleh kekasih penipu anda.Hal ini setidak-tidaknya mampu membuatkan kekasih anda
tidak memandang rendah lagi pada anda.
3) Berhati-hati memilih teman pengganti
Pastikan teman pengganti anda jauh lebih
baik, lebih kacak dan jauh lebih berharta dari kekasih penipu anda…Bukannya apa
korang xjeles ke kalau exbf korang dapat teman pengganti yang jauh lagi
bagusssssss dari korang…korang jugak yang tensen nanti so lebih baik korang
bersedia dengan teman pengganti yang menghampiri tahap perfect person. Kat sini
saya nak ingatkan kepada perempuan yang pernah bodoh jangan sesekali pernah
terfikir yang korang tak layak dapat suami yang baik dan beriman. Allah takkan
menyusahkan hambaNya..jangan lah anda menghukum diri sendiri dengan berkahwin
dengan lelaki bodoh seperti kekasih penipu anda semata-mata merasakan itulah
hukuman untuk anda.
4) Kembali kepada Yang Maha Mencipta
Apa yang paling penting kembalilah kepada
Allah yang menciptakan kita. Minta petunjuk dari Allah, sentiasa mendekatiNya
tak kira semasa senang ataupun susah. Allah sayang pada hamba yang sentiasa
mengadu dan meminta pertolonganNya…insyaAllah perempuan bodoh akan kembali
menjadi wanita bijak, baik, berguna dan bermutu seperti mana fitrah sebenar
kejadian manusia….
~ Jadilah
wanita bijak yang sentiasa menghargai diri ~
Untuk Perempuan Yang Pernah Bodoh
Walau sebaik mana pun anda, walau secantik mana pun ada dan
walau sehebat mana pun anda kalau dah terlembut hati dengan godaan syaitan….punah
la jawabnya….Nak pulak bila terlibat dengan cinta…Cinta ni memang melalaikan,
menjauhkan kita dari Pencipta yang hakiki….Hakikatnya cinta itu suci dan mampu
membawa kita lebih mengenali Maha
Pencipta namun bila cinta dihiasi dengan keindahan rekaan syaitan, cinta mampu
menjadikan manusia lebih bodoh dan hina dari hakikat ciptaan manusia sebagai
pemimpin….
Pada saya wanita lebih mudah mengikut hawa nafsu dalam
bercinta. Betul tak? Yela bila tengok cerita korea yang berkisar tentang cintan
cinton mula la terfikir “eeiii bestnye kalau pakwe aku bagi bunga macam tu” “eeeiiii
bestnye kalau pakwe aku sayang aku macam tu” “eeiii bestnye kalau pakwe aku
caring macam tu”…….bila pakwe dah tunjuk perasaan sayang mula la terfikir “dia
sayang aku,aku yakin dengan cinta dia takpe la kalau dia nak pegang tangan aku
nanti nak kahwin dengan dia jugak”.
Bila mesej-mesej mesti akan keluar mesej “awak sayang saya
tak?” “banyak mana awak sayang saya?”….bila pakwe dah jawab dengan jawapan
seperti yang diharapkan “mesti la sayang”
“tak tau nak cakap banyak mana sayang saya pada awak tak mampu nak hitung” hati
si makwe pun terus berbunga-bunga mengalahkan taman bunga…
Bila dah sampai fasa ni mula la si makwe nak membuktikan
cintanya pada si pakwe…. i sanggup lakukan apa saja untuk u….pakwe pulak
pantang dapat peluang depan mata…dah x fikir panjang….lepas tu habis la si
makwe …..pakwe mula lepas tangan..mula la akan keluar ayat-ayat “kucing kalau
dah ada lauk depan mata takkan nak biar je” “u boleh serah tubuh u pada i tak
mustahil u akan buat benda yang sama pada jantan lain” “kalau nak cari isteri i
taknak cari perempuan macam u”
Benda macam ni dah banyak terjadi tak kira siapa….ingatlah
wanita yang menyerahkan kehormatan maruahnya kepada selain suaminya adalah
wanita yang bodoh dan lelaki yang tidak menjaga kehormatan kekasihnya adalah lelaki
bodoh, penipu dan tidak jujur. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab biasanya
perempuan tak fikir panjang bila dah sayang ,sanggup buat apa saja tapi lelaki
salah tafsir pulak, tak hargai apa yang difikir oleh si perempuan….kesian
perempuan yang bodoh dalam bercinta.
Selasa, 4 Disember 2012
The Best of Projek Praktikum
Hai...time bosan ni saya belek-belek semula gambar zaman
study di IPG dulu...walaupun baru setahun berlalu tapi rindu nak bersama dengan
kawan-kawan semula hanya tuhan je yang tahu....Hari ni saya nak share dengan
korang projek yang saya buat masa praktikum dulu....rinduuuu nak
buat aktiviti yang macam ni dengan kawan-kawan...isk3...
1) Jom Kitar Semula
Projek ni saya dan teman sejati praktikum saya (Risah) jalankan sepanjang
internship di Sekolah Bandar Baru Sungai Lalang, Kedah. Tempoh internship
selama 1 bulan so sebulan la kami buat...cewah bunyi macam lama...actually
minggu pertama kami umumkan pada semua murid supaya kumpulkan barang-barang
terbuang untuk dijual...minggu kedua kami buat ceramah ringkas kepada
murid-murid...siapa penceramahnye??? kami la...tiba-tiba pulak jadi penceramah
alam sekitar hihi...minggu ketiga kami buat satu pameran kesedaran alam sekitar
dan minggu keempat kami jual barang-barang terbuang yang telah dikumpul...
Perasmian Program "Jom Kitar Semula" |
![]() | |||||
Ceramah ringkas Kitar Semula |
Pameran Kitar Semula |
![]() | |
Carta-carta yang dibuat sehari sebelum pameran...hiiii |
Antara barang kitar semula yang dipinjam dari Jabatan Seni Visual IPG |
![]() | |
Inilah antara bahan terbuang yang telah dikumpul oleh murid-murid |
![]() |
Asingkan barang ikut kelas sebab kelas paling banyak dapat pulangan ringgit akan dapat cenderahati |
![]() |
Proses menimbang bahan terbuang bersama Cikgu Awin dan Uncle Kitar Semula |
Actually projek ni bermula dengan idea cikgu perpustakaan...bila kami
fikir-fikir rasa macam best jugak idea tu...so kami pun laksanakan projek
tu...ternyata aktiviti ni sangat menarik minat murid..Cara pelaksanaan projek
ni ialah kami buat pertandingan dalam kelas, so semua murid dalam kelas akan
terlibat, lepas tu wakil yang berjaya akan bertanding pulak mengikut kelas…cara
pertandingan ni ialah satu kumpulan terdiri dari 4 orang murid, sorang wakil
akan melukis soalan yang kami beri dan selepas habis masa wakil murid itu perlu
serahkan lukisan tersebut pada ahli kumpulan so ahli kumpulan pulak perlu teka
apakah maksud lukisan tersebut…bukan senang tau sebab soalan-soalan adalah
seperti peribahasa, simpulan bahasa, nama-nama Negara dan lain-lain…kalau
nama-nama Negara korang bayangkan la murid perlu berfikir tentang lukisan yang
boleh menggambarkan Negara tersebut…apa pun kami dan murid enjoy sangat…cikgu-cikgu
senior pun excited nak jawab bila murid-murid tu blur…hihi
| Guru senior yang membantu mengadili pertandingan peringkat saringan |
| Poster pertandingan...boleh la dari takde |
![]() | |||
| Peserta-peserta yang berentap di peringkat akhir |
| Apa aku nak lukis ni??????? |
| Mintak-mintak la dia lukis cantik-cantik..tak pasal-pasal lukis lain jawab lain nanti |
3) Khat di atas Papan Akrilik
Saya dan Risah sama-sama tak pandai buat khat …tapi mengada jugak nak
buat...guru pembimbing kami pulak memberi semangat yang sangat tinggi pada kami
untuk buat projek ni… memang takut sangat nak buat memandangkan ia memakan kos
yang agak tinggi dan memerlukan kemahiran serta kreativiti…Apa boleh buat pihak
sekolah dah percaya so kitorang pun buat-buat terror la…hihi…Buat khat atas papan
Akrilik ni memerlukan masa yang agak lama untuk orang yang macam kami ni…ia
memerlukan ketelitian…korang tengok la gambar-gambar kat bawah ni..senang
cerita hehe.
![]() |
| Proses menekap ayat di atas papan akrilik |
![]() |
| Memotong ayat-ayat yang telah ditekap menggunakan pisau khas |
![]() |
| Proses mengecat menggunakan cat sembur (biasanya menggunakan warna gold) |
![]() |
| Menanggalkan kertas dari papan akrilik yang menjadi medium untuk semua proses sebelum ini. Macam ni mukaku masa buat kerja rupanya....serius betul |
![]() |
| Jeng Jeng Jeng inilah hasilnya...bersama guru pembimbing yang banyak membantu |
![]() |
| Gembira dan berbunga-bunga hatiku melihat hasil tanganku di dinding surau ... |
![]() |
| Sebagai kenang-kenangan saya dan rakan praktikumku pahatkan nama kitorang atas papan akrilik tu..."imarisa"..perasan tak kedudukan nama kitorang kat gambar sebelum ni...hehehe |
4) Radio Sekolah
Projek ni saya buat masa praktikum kat sekolah lain…macam biasa saya masih
bersama Risah…untuk buat projek ni saya dan Risah perlu bangun awal, bertolak
ke sekolah awal dan perlu berada di sekolah sebelum pukul 7. Dalam projek ni
kami berdua jadi DJ di sekolah…pagi-pagi kami akan bersama mikrofon, lap top
dan macam-macam la untuk ceriakan sekolah…best bunyinya…hihi…kami akan
menyambut kedatangan murid dengan ucapan ceria yang boleh membangkitkan
semangat murid di sekolah…bila agak-agak dah tak tau nak cakap apa kami
keudarakan lagu-lagu yang best untuk murid-murid…kadang-kadang kami akan
panggil seorang murid untuk membaca cerita yang kami sediakan bagi mengurangkan
penggunaan air liur kami…hihi
Harap perkongsian ni dapat memberi serba sedikit idea kepada sesiapa yang nak buat program di sekolah....Maju Sekolah Majulah Murid.....hiiiiiii
| Hahaha merasa la jadi DJ walaupun hanya di sekolah |
| Sampai giliran bercakap ni yang syok....syok sendiri hihi |
| Makin ceria bila ada jemputan heeee |
Langgan:
Catatan (Atom)



















