Isnin, 7 Julai 2014

Resepi Biskut Famous Amos / Coklat Chip

Assalamualaikum....

Biskut Famous Amos @ coklat chip @ Almond Choc Chip (ni nama yang saya dan kakak saya bagi hehe) adalah antara biskut kegemaran saya dan anak-anak saudara saya. Hari ni saya dan suami meneruskan agenda kuih raya kami hehe. My hubby cakap nak buat biskut yang sedap-sedap dan ada unsur coklat sahaja. So saya pilih biskut famous amos ni sebagai tugasan hari ni hiiiii :)

owhhh tak cantiknya gambar yang kuambil...aku bukanlah jurugambar yang bagus huhu

Bahan-bahan :

250gm butter
280gm tepung gandum
150gm gula kastor
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar milo
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung jagung
1 biji kuning telur
100gm sebarang kekacang ( saya guna almond nib dan almond slivered )
100gm coklat cip
secubit garam

Cara Penyediaan :

1.Pukul butter, gula kastor dan esen vanila hingga kembang
2.Masukkan kuning telur dan pukul rata
3.Masukkan tepung gandum yang telah diayak, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko, milo dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kacau hingga rata.
4 . Masukkan coklat cip dan kacang. Kacau sehingga rata
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160 ° c selama 15 minit atau sehingga yakin masak hehe.


p/s : kalau nak pastikan kacang anda rangup, bakar sebentar di dalam oven pada suhu 160°c selama 10-15 minit

yummmiiiiii



# selamat mencuba. Biskut ni sedap rugi tak cuba #perasan hehehe





Tiada ulasan:

Catat Ulasan