Ahad, 22 Jun 2014

~ KaMi DaH kAhWiN ~

Assalamualaikum....

Jumaat 6 Disember 2013 bersamaan 3 Safar 1435 Hijrah

Selamat Pengantin Baru Haidzir & Fatimah

Alhamdulillah....tiada kata yang mampu diungkapkan untuk melafazkan syukur padaMu Ya ALLAH...kini saya sudah bergelar isteri kepada lelaki yang amat saya sayangi :)...Alhamdulillah perancangan berjalan dengan baik dan teratur...

AKAD NIKAH

Tangan suami dan ayah dah bertaut untuk melafazkan akad...syahdunya.....
" Aku terima nikahnya Siti Nur Fatimah Binti Miskan dengan mas kahwin RM182 tunai " ...... 


Khusyuknya si dia dengar khutbah dari tok kadi

Ayah dan si dia dah bersedia untuk buat lafaz akad

Alhamdulillah dengan sekali lafaz  kini saya sah menjadi isterinya...genap 182 hari perkenalan saya dan suami kini kami dah sah menjadi suami isteri.....tak tahu nak gambarkan perasaan saat tu...semua perasaan bercampur-campur...apa yang paling menakutkan ialah bila memikirkan sekarang saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri...kena dengar cakap suami...syurga saya sekarang dah beralih dari ibu kepada suami...gembira...sedih...terharu...saling bercampur-campur....

Alhamdulillah...majlis pernikahan selesai...alhamdulillah semuanya dipermudahkan

Sabtu 7 Disember 2013 bersamaan 4 Safar 1425 Hijrah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

 Majlis khatam al-Quran ni dijalankan pada waktu pagi sebelum majlis persandingan tengahari nanti... Kalau ikut perancangan saya akan membaca al-Quran sambil disemak oleh mak cik-mak cik di kampung...tapi...mak andam datang awal sangat..katanya dia make up lama so dia nak mula make up awal...saya tak sempat nak baca al-Quran dalam majlis khatam al-Quran tu...apa lagi...anak-anak saudara la yang menjadi pengganti...alhamdulillah ada anak-anak saudara perempuan yang mendengar kata...

Anak saudaraku yang sulung...Rabiatul Adawiyah mengetuai sepupu-sepupunya
Baca jangan tak baca...opah-opah tengah perhati tu...comel je hahaha

MAJLIS PERSANDINGAN

Semasa berlangsungnya majlis perkahwinanku...pantai timur dilanda banjir yang teruk...hari akad nikah hujan...hari majlis persandingan pun hujan...Alhamdulillah sekejap hujan sekejap berhenti sekurang-kurangnya masih ramai tetamu yang hadir...walaumacamanapun jalan masuk ke kampung saya terputus sebab banjir...ada kawan-kawan yang terpaksa berpatah balik...isk3 sedih rasanya tapi my hubby selalu cakap semua tu ada hikmahnya...takpe semua tu dugaan walaumacamanapun majlis masih berjalan seperti yang dirancang...saya tetap berpuas hati...alhamdulillah...dipendekkan cerita...kita biar gambar berbicara..hihi...

Inilah pelaminku...
posing-posing sebelum rombongan pengantin lelaki sampai
posing lagi huhu
Ketibaan rombongan pengantin lelaki
Tu dia...sungguh-sungguh Belia Rakan masjid berkompang sambut rombongan pengantin lelaki
Dah sampai depan rumah...dup dap dup dap
Abang iparku..Ustaz Majdan...ditugaskan membaca doa selamat untuk pengantin
Acara cabutan bertuah untuk orang kampung
Jom makan...yummiii
Potong kek...jemput makan kek semua


SESI BERGAMBAR

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar.....lagi...lagi...lagi...sampai penat
Bergambar bersama keluarga baru
Adik beradik ipar dan birasku
Bersama keluargaku...geng belang-belang dah masuk rumah nak bergambar 
Teruskan aksimu
Bersama abang sulungku, isteri dan anak-anaknya
Kakakku, suami dan anak-anaknya dah ambil tempat
Abangku, isteri dan dua hero comelnya punya turn
Kakakku dan suaminya yang sentiasa nampak macam pengantin baru


Kakakku dan hero-hero...in sha Allah next is your turn

Nenekku (Embah) dah ambil tempat...yang dua orang tu still menyibuk lagi

 Kawan-kawan sekolah yang sudi hadir...dah ada anak dah dia...

 Thanks to my bestfriend (Ila) dan suaminya...pengantin baru 2 minggu lepas yang sanggup meredah banjir untuk majlisku :)

Sangat terharu dengan kehadiran pensyarah kesayanganku dari Sungai Petani, Kedah...Pensyarah yang sangat keibuaan...i love u

 Bersama pak dan mak saudara sepupu yang cantik dan hensem

Bila semua sibuk nak bergambar...candid oh candid

 Lagi...
 Lagi...lagi...

 Lagi...lagi...lagi....

 Tempek lagi gambar banyak-banyak...

 Tempek lagi....

Lagiiiiiiii.......

Alhamdulillah...selesai majlis perkahwinanku...Gembira menjadi isterinya....Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis kami...kepada rakan-rakan yang terpaksa berpatah balik sebab banjir jutaan kemaafan ditujukan kepada anda semua...apa pun terima kasih sekali lagi kepada anda yang sudi hadir sekali lagi keesokan hari lepas banjir reda untuk berjumpa pengantin baru ni :):):)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan