Assalamualaikum. ...
Mabuk, pening kepala, loya dan tak selesa adalah perkara normal yang sering berlaku kepada wanita yang sedang hamil.Biasanya keadaan ini akan berlaku semasa trisemester yang pertama dan mungkin berlarutan sehingga trisemester yang kedua.
Bagi wanita yang mengandung untuk kali pertama nasihat dari doktor, ibu, rakan yang berpengalaman dan bahan bacaan berkaitan kehamilan mestilah dijadikan bahan pelajaran utama untuk memastikan kandungan dan ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Kini kandungan pertama saya sudah berusia 27 minggu...Alhamdulillah...saya tak mengalami alahan yang teruk...3 bulan yang pertama sahaja saya tak lalu makan dan selalu muntah-muntah setiap kali makan...walaupun badan terasa amat letih dan lesu semasa mengalami keadaan tu tapi saya tetap bersyukur sebab diberi kesempatan untuk merasai nikmat "pening dan mabuk" hamil tu...pengalaman tu sangat berharga...
Saya sangat beruntung kerana mempunyai biras yang bekerja sebagai doktor O&G...so sepanjang kehamilan saya ni..setiap kali ada apa-apa kemusykilan saya akan terus rujuk kepada biras saya tu...Dr.Aisyah...dah jadi macam doktor persendirian pulak...yang best..free dan anytime hehehe...terima kasih kak aisyah...
Semasa trisemester yang pertama saya hanya berselera makan sup sahaja...kalau boleh setiap hari nak makan bihun sup...sedangkan sebelum mengandung saya bukan peminat tegar sup...itulah orang kata pembawaan budak..hehe..
Kat bawah ni antara makanan yang saya ambil jika rasa nak muntah dan loya yang berpanjangan semasa trisemester yang pertama...
1.Aiskrim
2.Coklat
3.Air 100 plus
4.Jeruk (kadang-kadang) mungkin sebab saya memang peminat jeruk bila mengandung dah kurang feel nak makan jeruk.
Makanan yang saya ambil tu adalah nasihat dari seorang doktor (bukan dr.aisyah hehe).. pada mulanya saya agak bimbang sebab semua makanan tu boleh meningkatkan kadar gula dalam badan...tapi saya tetap ambil sebab itu sahaja yang dapat mengurangkan loya....
Apa yang penting doktor selalu pesan supaya makan makanan yang ibu mengandung suka...walaupun muntah balik...sekurang-kurangnya masih dapat memberi sedikit zat kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Apa yang penting sebagai wanita yang sedang hamil motivasi dalam diri kita mesti kuat...tak boleh terlalu manjakan diri...kawan saya (seorang kaunselor) ada berpesan pada saya...semasa mengandung mesti set dalam minda "hari ni saya nak kerja kuat..tak boleh muntah..mesti bertahan"...in sha Allah kita tak rasa sebarang kesusahan mengandungkan zuriat kesayangan kita. Alhamdulillah bila saya ikut nasihat dia..saya boleh buat kerja di tempat kerja macam biasa. ..(tapi bila balik rumah ada suami mesti nak manja-manja hehe) time pregnant la boleh nak jadi bos hehe..
#semoga kita semua (ibu-ibu hamil) sentiasa gembira sepanjang berada dalam tempoh kehamilan ni :):)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan