Sabtu, 5 Julai 2014

Resepi Caramel Nut

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bulan puasa datang lagi...macam biasa bila bulan puasa dah tiba oven pun mula la berasap. Hari ni dengan jari jemari yang tak hebat memasak ni, saya dan my hubby mulakan program kuih raya kami hehe...Disebabkan tak hebat dalam masak memasak ni jadi kami pilih untuk buat kuih raya yang simple dan yang kami suka... "Caramel Nut"...


Bahan-bahan :

200gm tepung florenta / bienetta (nak murah pilihlah florenta)
200gm badam hiris
100gm kuaci
20gm bijan hitam

Cara-cara :

- Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven dengan suhu 150°c selama 5 minit)
- Campurkan tepung florenta dengan bijan hitam, badam hiris dan kuaci
- Satukan bahan-bahan tersebut dan gaul sehingga semua bersalut sempurna
- Sediakan loyang 14x14 (kalau tak ada guna je loyang yang anda ada dan muat masuk oven), alas loyang dengan kertas pelapik (pastikan anda guna kertas yang tak membuatkan kuih anda melekat-lekat)
- tuang adunan tadi dalam loyang (nipiskan adunan dalam loyang)
- bakar dalam oven dengan suhu 160°c selama 10-13 minit.
- potong kuih anda sebaik sahaja keluar dari oven (potong ikut saiz yang anda suka..biasanya saiz empat segi tepat)
- tunggu sampai sejuk dan jeng jeng dah siap :)




# selamat mencuba :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan