Khamis, 3 Julai 2014

Resepi Kuih Buah Melaka

Assalamualaikum...

Yummmm....bulan Ramadhan ni mesti kita tercari-cari pelbagai jenis resepi...saya jugak tak ketinggalan...disebabkan saya ni adalah seorang tukang masak yang sangat tak hebat...setiap hari saya akan luangkan masa bersama encik google untuk search pelbagai resepi makanan kegemaran my hubby...kalau tak puas hati dengan resepi tu...apa lagi  my best chef (mak saya) akan saya call.....kiranya saya dah semakin rajin memasak la bulan Ramadhan ni...hahaha perasan pulak....Kuih pertama yang saya buat untuk my hubby pada Ramadhan kali ni ialah...Kuih Buah Melaka...Jom kita tengok resepinya :)

Gambar hiasan semata-mata (yang sendiri buat tak sempat snap dah masuk dalam perut hehe)

Bahan-bahan :
Tepung pulut
Perwarna pandan
Air
Gula Melaka / Gula Merah (kalau tak ada gula melaka)
Kelapa Parut
Secubit garam

Cara-caranya :
Uli tepung pulut mengikut jumlah yang anda mahu dengan air dan perwarna pandan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tepung tadi boleh dibentuk. Ambil tepung jadikan bentuk bulat dan masukkan gula melaka sebagai intinya. Sediakan air dalam periuk dan letak atas api sehingga mendidih.Masukkan tepung pulut tadi ke dalam periuk untuk direbus. Bila tepung pulut yang dah dibentuk bulat tadi timbul ke permukaan air, angkat dan terus letakkan di atas kelapa parut (kalau anda mahu boleh letakkan secubit garam pada kelapa parut).Golek-golekkan atas kelapa parut dan jeng jeng jeng dah siap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan