Isnin, 30 Jun 2014

Azan Dua Kali di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. ...



Di kawasan penempatan korang ada azan dua kali tak semasa bulan Ramadhan?... Sesetengah negeri ada melaksanakan azan dua kali iaitu sekali untuk kejutkan orang Islam bersahur dan sekali lagi adalah azan subuh..

Perkara ini sangat bagus namun untuk orang yang tak biasa..perkara ni mungkin membuatkan kita sedikit keliru..dan perkara tu terjadi pada saya dan suami pada hari ini huhu...

2 Ramadhan 1435

"Astagfirullahalazim. ...." itu yang keluar dari mulut saya sambil goyang-goyangkan badan my hubby bila terdengar bunyi azan...frust sangat tak sempat nak bersahur...semalam kami bersahur dan berbuka puasa di kampung bersama family saya..so hari ni adalah hari pertama kami bersahur berdua sejak bergelar suami isteri..tapi tak sempat pulak..my hubby terus sambung tidur...sekolah my hubby cuti peristiwa hari sukan..

Saya terus bangun dan mulakan rutin biasa...iron baju...mandi...solat subuh
..dan bersiap pergi kerja...tapi sepanjang menjalankan rutin biasa tu saya masih hairan...macamana kami berdua tak dengar bunyi alarm telefon untuk bangun sahur?..kenapa saya tak sedar langsung sedangkan jika bukan dalam bulan Ramadhan pun saya akan terjaga dua tiga kali sebelum subuh..dan yang lebih menghairankan kenapa surau berdekatan rumah sewa kami masih memasang alunan ayat al-quran sedangkan azan subuh dah berkumandang...

Takpe...saya hanya meneruskan rutin saya tu..sebelum pergi kerja..salam dengan my hubby dan my hubby pesan "kalau ayang tak larat sangat buka puasa je tau" dia bimbang dengan keadaan saya yang berbadan dua sekarang ni..

Saya terus masuk kereta dan yang hairannya kenapa keadaan di luar rumah sangat gelap..saya hidupkan enjin kereta dan tiba-tiba tengok jam kereta baru pukul 5.30 pagi...cepat-cepat saya tengok handphone " Ya Allah baru pukul 5.30"...cepat-cepat masuk rumah jerit panggil my hubby yang masih dalam bilik...terus bancuh susu dan minum..my hubby turun dengan muka pelik.."salah tengok jam" ...tu je yang saya boleh cakap sambil tangan ligat buat air...my hubby sempat lagi sediakan chococrunch..so sempat la kami bersahur pada hari ni walaupun dalam minit-minit terakhir....alhamdulillah...siap bersahur kami hanya mampu gelak dan terus gelak mengenangkan peristiwa bersahur bersama untuk kali pertama hahaha....


# Lain tempat lain caranya...mula-mula tak puas hati kenapa ada azan pukul 4.30 pagi...tapi bila fikir semula...ada bagusnya..itu satu inisiatif yang bagus untuk kejutkan muslimin muslimat bangun bersahur :)

Jumaat, 27 Jun 2014

Cameron Highland - ♡OuR FiRsT HoNeYmOoN♡

Assalamualaikum. ..

Bukan honeymoon kat sini pun :) (Gambar hiasan semata-mata)


Setiap pengantin baru pasti mengidamkan suasana yang romantik, tenang, membahagiakan dan selesa sebagai tempat untuk berbulan madu. Mungkin ada segelintir dari kita yang berfikir bahawa "bulan madu" tidak penting namun pada saya bulan madu sangat penting untuk menambahkan lagi kehangatan percintaan dan kasih sayang antara suami isteri. Hal ini terutama kepada pasangan yang bercinta selepas kahwin...

Sebaik-baiknya pilihlah suasana yang sesuai dengan anda sebagai lokasi berbulan madu dan sebaik-baiknya biarlah anda berdua sahaja yang pergi untuk berbulan madu. Nak bawa family boleh...tapi lain kali la ye...

Untuk first honeymoon... saya dan suami memilih Cameron Highland sebagai lokasinya. Pada awalnya kami fikir nak ke Beijing...tapi lambat sikit la, kena kumpul duit dulu..so sebelum kami pergi tempat yang bersalji tu...kami ambil mood tempat sejuk di Malaysia dulu...

CAMERON HIGHLAND

Kami decide nak pergi ke sana beberapa hari selepas kenduri di pihak lelaki..balik kL sambil bosan-bosan tengok tv my hubby kasi cadangan untuk jalan-jalan ke sana sebelum penggal persekolahan bermula. So apa lagi my hubby terus buka laman web Agoda dan memulakan pencariannya untuk booking hotel...mudahnya menggunakan khidmat Agoda...siap booking...malam tu saya terus berkemas, esok  nak start our first trip..bestnye....

Gaya orang memandu sambil makan lolipop haha

Boleh tahan jauh jugak la perjalanan dari Gombak ke Cameron Highland. ..lebih kurang 3 jam kami tiba di sana...cari hotel tak jumpa-jumpa...rupanya kami dah lalu hotel tu dua kali tapi tak perasan...hahaha...kat sana kami menginap di Hotel SilverStar, Brinchang..saya dah cakap awal-awal dengan husband nak duduk dekat dengan pasar malam...hotel tempat kami bermalam tu memang sangat dekat dengan pasar malam..jalan kaki je...Suasana bulan 12 di sana memang sejuk...bila bercakap keluar asap dari mulut lagi tu hahaha...my hubby cakap nasib baik sejuk kalau tak frust je tak dapat rasa suasana sejuk macam kat Beijing...hahaha...Ok la kat bawah ni tempat-tempat yang kami pergi sepanjang berada di Cameron Highland...

MARDI
Tempat ni terletak di Tanah Rata..di sini kalau nak ambil gambar memang cantik...semua tanaman yang ada di Cameron Highland ada di sini...tapi setiap tanaman tu sikit je la...nak masuk sini kena bayar tiket...tak ingat la berapa...tapi tak mahal pun...sekitar RM5 je..

Ini namanya berlatar depankan air terjun...:)
ini sajalah aksiku bergambar bila nampak bunga


ini pula aksi si dia bila nampak bunga..kenapa nampak sedih ea???hahaha
Buai laju-laju......
Bunga-bunga cinta


kawasan sekitar MARDI
Ladang Tea Boh, Sungei Palas
Sini la tempat yang saya dan my hubby paling suka..walaupun untuk sampai ke tempat yang dituju memerlukan kesabaran dan kecekapan dalam memandu...tapi itu la yang kami suka...agak mencabar...suasana kat sini sangatttt cantik dan nyaman...u all pernah tengok filem Ombak Rindu...kat sini la babak yang Haris kejar Izzah dengan keretanya sebelum dia kemalangan dan koma tu huhuhu...di ladang tea boh ni tak boleh parking sampai atas...parking di bawah dan menapak la kita mendaki tangga naik ke kawasan cantik yang disediakan di atas...kat atas tu ada restoran dan kilang tea boh...tapi kalau nak ambil gambar suasana pokok tea lebih baik ambil di bawah..ada satu kawasan yang ramai pelawat akan berhenti untuk ambil gambar...sebab kita boleh berlatar belakangkan pergunungan tea dari situ...


Selepas penat menapak mendaki tangga kita posing sekejap


Teruskan berposing :)
Jemput makan...walaupun tea dan hot coklat disini agak mahal berbanding restoran biasa..dah sampai sini kena rasa la jugak
ini kali kedua kami kesini...tengok kabus di belakang...sangat sejuk masa ni
Pemandangan di sana...amat nyaman dan mendamaikan


Pasar Malam Brinchang 
Di sini kita boleh beli apa sahaja yang menarik di Cameron Highland dengan harga yang murah...saya dan my hubby banyak shopping kat sini je...senang semua ada...makanan pun banyak dijual di sini...sedap-sedap belaka...kitorang punya dinner dari pasar malam ni je huhu....


Simple dinner kat dalam bilik....yang penting masa tu nak makan strawberi coklat...ohhh sedapnya.


Cameron Lavender
Tempat ni memang sangat cantik dengan bunga lavender...tapi sayangnya kita tak boleh nak berada dekat sangat dengan pokok-pokok lavender tu sebab semuanya di tanam dalam pagar...walaumacamanapun kalau ambil gambar memang cantik...masuk sini kena bayar RM5 rasanya...(saya memang bermasalah nak ingat harga tiket hehe)..ramai orang kata kalau datang Cameron Highland rugi tak datang sini...saya pun fikir mungkin ada benarnya especially untuk orang yang suka bergambar...datanglah ke sini untuk dapat feel macam kat oversea dikelilingi dengan bunga lavender yang harum...cewahhhh

Pintu masuk Cameron Lavender

Ala-ala hindustan gitu...
Jom selfie

Kea Farm
Kat sini suasananya lebih kurang macam pasar malam la...ada menjual pelbagai hasil dari Cameron Highland...actually kami singgah sekejap sahaja kat sini sebab tempatnya betul-betul tepi jalan...parking sekejap beli strawberry dan buah limau sikit lepas tu terus ke tempat lain...di Kea Farm ni susah sikit nak parking dan yang tak bestnya ada abang polis kasi surat saman kalau parking tepi jalan.. (tapi semua orang parking kat tepi jalan)..upsss

Air Terjun Latar Iskandar
Semasa perjalanan pulang kami singgah sekejap di Air terjun latar iskandar. Sebelum sampai di sana kami berhenti sekejap di Marry Brown untuk tapau makanan..sampai sahaja di Latar Iskandar kami yummi kat situ..main air dan rehat-rehat sekejap..air di sana memang sejuk, best kalau nak mandi manda...

Hutan Lipur Latar Iskandar

Rindu nak datang sini lagi...



# Kali ni tak banyak pun tempat yang kami lawati di Cameron Highland...kalau tengah honeymoon ni tak perlu jalan banyak-banyak tempat pun...selagi ada anda dan dia berdua sahaja itu lebih membahagiakan :)...nak jimat... bulan madu kat rumah je hehehehe

Rabu, 25 Jun 2014

Surprise Birthday Party Untuk Suami

Assalamualaikum


30 Disember 2013...genap umurnya 25 tahun...inilah kali pertama saya nak sambut besday suami...sangat teruja...macam-macam blog saya lawati untuk cari idea nak kasi surprise kat husband...

Hari tu saya ada meeting kat sekolah...my hubby pulak ada di rumah..so susah sikit nak buat persiapan kat rumah...mula-mula saya bercadang nak ajak abang makan kat luar tapi mesti dia banyak tanya pulak "kenapa nak keluar" sebab saya ni kalau dah balik kerja malas sangat nak keluar...so I tawakal...

Balik sahaja dari sekolah saya terus menuju ke kedai kek Pistachio untuk beli kek birthday abang.Pilih punya pilih alhamdulillah ada yang berkenan..

Kek besday hubby...yummiiiii

Lepas tu saya terus memandu laju menuju ke Kedai Bunga...puas cari kedai bunga hidup..nasib baik teringat ada satu kedai bunga hidup di Sri Gombak...Kedai Heart to Heart Florist & Gift....terus tempah dan duduk rehat-rehat sekejap kat dalam kedai bunga tu sambil tunggu tauke kedai hias bunga tu cantik-cantik...

Bunga untuk hubby..puas cari bunga yang sesuai untuk lelaki :)

Sebelum balik singgah kat JM Nasi Beriani...tempah nasi beriani untuk dijadikan menu utama party cik abang...sambil tunggu nasi siap dibungkus saya masih mencari idea macamana nak buat surprise untuk abang...


Sampai sahaja di rumah suamiku tak ada di ruang tamu...biasanya time macam ni dia rehat-rehat kat ruang tamu sambil tengok tv...tiba-tiba dengar bunyi orang tengah mencetak kat bilik atas...yessss...my husband tengah buat kerja kat atas...so saya boleh guna ruang bawah untuk sambut birthday abang...

Saya naik atas macam biasa salam cik abang dan sembang-sembang sikit...lepas tu cakap kat my hubby nak masuk bilik sekejap...padahal...saya turun bawah berlari pergi ke kereta... keluarkan semua barang yang saya dah beli tadi dan setup baik punya kat ruang tamu....

Siap je setup...saya terus panggil my hubby...."abang...abang..abang "....bila dia tanya kenapa... saya hanya terus panggil...hihihi. ..bila my hubby turun...dia terberhenti di tengah-tengah tangga dengan muka terkejut....SURPRISE!!! tu je ayat yang keluar dari mulut saya....senyum sampai ke telinga cik abang tu....ayat pertama dari dia.."thank u ayg..tak pernah orang buat macam ni kat abang" hiiii sangat berpuas hati dengan ucapan tu....

muka orang kusut masai tengah buat kerja hehe...happy birthday syg :)
Apa lagi jom fikir macamana nak celebrate hari-hari penting kita dengan si dia sehingga boleh menggembirakan pasangan kita...yang penting jangan mengharapkan orang buat sesuatu yang special untuk kita kalau kita pun tak nak buat sesuatu yang menggembirakan orang lain...


# Mood mengimbau kenangan bahagia sepanjang bergelar isterinya ....apa yang lebih membahagiakan....sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama tak lama lagi....alhamdulillah syukur....ameen....:))))))

Ahad, 22 Jun 2014

Pengantin & Outdoor

Assalamualaikum
Antara gambar outdoor yang saya suka
Setiap pengantin ingin mengabadikan kenangan perkahwinan mereka dengan cara yang terbaik...biasanya melalui gambar atau rakaman video...Zaman sekarang ni kebiasaannya pengantin-pengantin akan mengambil gambar "outdoor" di tempat-tempat yang cantik atau berkaitan dengan diri mereka sebagai kenangan pada masa akan datang....

Puas hati dengan editing ni :)
Saya juga tak nak lepaskan peluang tu...pada awalnya saya dan suami bercadang nak buat "outdoor" di sekolah sebab kami berdua ialah seorang guru...hehe...namun memandangkan masa yang sudah suntuk, keadaan cuaca dan keadaan persekitaran yang tak mengizinkan kami tukar plan...ikut idea photographer...kat bawah ni antara gambar-gambar yang dah diambil di persekitaran hotel Teratak Mercu Bandar Jengka...

Sebelum tu nak tempek sikit gambar kenangan perkahwinan saya kat dalam bilik pengantin....hehehe

DI BILIK PENGANTIN SEBELUM KITA "BEROUTDOOR"

Time ni ikut je la cakap jurugambar tu
Cak...ewah ewah
Hihihi...posing lagi
Hai...dalam malu kita terus berposing
Bab kena tengok-tengok muka ni yang paling malu...huhuhu
Mr.Haidzir & Mrs.Fatimah
OUTDOOR TIME

Kepada mereka yang bakal bergelar raja sehari...kalau anda ambil pakej outdoor...jangan malu-malu bila jurugambar nak ambil gambar...kahwin ni sekali je tau...buat sahaja apa gaya yang anda inginkan...kalau boleh sebelum kahwin fikirlah apa yang anda inginkan dalam gambar anda...walaupun jurugambar sentiasa memberi idea cara nak posing tapi kita pun mesti sporting dan fikirkan apa yang kita mahu...hal ini penting supaya kita sangat berpuas hati dengan gambar yang diambil...kat bawah ni gambar outdoor kami :):):)

Ni antara gambar yang jurugambar post kt fb..i like it
Saya sangat suka latar belakang batu bata ni..
Baru perasan aksesori pengantin kat baju my hubby dah tak ada...lupa pakai balik lepas solat katanya hihihi
Rebut-rebut bunga la kononnya hehe
Nasib baik tak ada daun pisang...kalau tak nak berpayungkan daun pisang dah tu hahaha

Style la...thanks abang zam
Payung lagi
"Tu dia"..."tak nampak pun"...itu la skrip masa tu kononnya hehe
Sunset...subhanALLAH
Will u marry me hiiiii
Drama telenovela
Adoiiiiii
Sakitla sayang oiiiii
Lain kali jangan buat lagi tau
Erkkk...jangan kiss saya hahaha
Oppss apa ni haha
Bila tengok album kahwin...saya lebih suka tengok gambar candid dan outdoor...pengantin posing-posing atas pelamin lama-lama tengok bosan jugak...so kepada anda semua abadikanlah gambar-gambar yang anda suka untuk perkahwinan anda...alhamdulillah saya berpuas hati dengan pakej photographer yang saya ambil...hope anda semua pun berpuas hati dengan pakej anda...

#dulu tengok gambar orang lain...sekarang i dah ada gambar kahwin sendiri...hiiiii


~ KaMi DaH kAhWiN ~

Assalamualaikum....

Jumaat 6 Disember 2013 bersamaan 3 Safar 1435 Hijrah

Selamat Pengantin Baru Haidzir & Fatimah

Alhamdulillah....tiada kata yang mampu diungkapkan untuk melafazkan syukur padaMu Ya ALLAH...kini saya sudah bergelar isteri kepada lelaki yang amat saya sayangi :)...Alhamdulillah perancangan berjalan dengan baik dan teratur...

AKAD NIKAH

Tangan suami dan ayah dah bertaut untuk melafazkan akad...syahdunya.....
" Aku terima nikahnya Siti Nur Fatimah Binti Miskan dengan mas kahwin RM182 tunai " ...... 


Khusyuknya si dia dengar khutbah dari tok kadi

Ayah dan si dia dah bersedia untuk buat lafaz akad

Alhamdulillah dengan sekali lafaz  kini saya sah menjadi isterinya...genap 182 hari perkenalan saya dan suami kini kami dah sah menjadi suami isteri.....tak tahu nak gambarkan perasaan saat tu...semua perasaan bercampur-campur...apa yang paling menakutkan ialah bila memikirkan sekarang saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri...kena dengar cakap suami...syurga saya sekarang dah beralih dari ibu kepada suami...gembira...sedih...terharu...saling bercampur-campur....

Alhamdulillah...majlis pernikahan selesai...alhamdulillah semuanya dipermudahkan

Sabtu 7 Disember 2013 bersamaan 4 Safar 1425 Hijrah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

 Majlis khatam al-Quran ni dijalankan pada waktu pagi sebelum majlis persandingan tengahari nanti... Kalau ikut perancangan saya akan membaca al-Quran sambil disemak oleh mak cik-mak cik di kampung...tapi...mak andam datang awal sangat..katanya dia make up lama so dia nak mula make up awal...saya tak sempat nak baca al-Quran dalam majlis khatam al-Quran tu...apa lagi...anak-anak saudara la yang menjadi pengganti...alhamdulillah ada anak-anak saudara perempuan yang mendengar kata...

Anak saudaraku yang sulung...Rabiatul Adawiyah mengetuai sepupu-sepupunya
Baca jangan tak baca...opah-opah tengah perhati tu...comel je hahaha

MAJLIS PERSANDINGAN

Semasa berlangsungnya majlis perkahwinanku...pantai timur dilanda banjir yang teruk...hari akad nikah hujan...hari majlis persandingan pun hujan...Alhamdulillah sekejap hujan sekejap berhenti sekurang-kurangnya masih ramai tetamu yang hadir...walaumacamanapun jalan masuk ke kampung saya terputus sebab banjir...ada kawan-kawan yang terpaksa berpatah balik...isk3 sedih rasanya tapi my hubby selalu cakap semua tu ada hikmahnya...takpe semua tu dugaan walaumacamanapun majlis masih berjalan seperti yang dirancang...saya tetap berpuas hati...alhamdulillah...dipendekkan cerita...kita biar gambar berbicara..hihi...

Inilah pelaminku...
posing-posing sebelum rombongan pengantin lelaki sampai
posing lagi huhu
Ketibaan rombongan pengantin lelaki
Tu dia...sungguh-sungguh Belia Rakan masjid berkompang sambut rombongan pengantin lelaki
Dah sampai depan rumah...dup dap dup dap
Abang iparku..Ustaz Majdan...ditugaskan membaca doa selamat untuk pengantin
Acara cabutan bertuah untuk orang kampung
Jom makan...yummiii
Potong kek...jemput makan kek semua


SESI BERGAMBAR

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar.....lagi...lagi...lagi...sampai penat
Bergambar bersama keluarga baru
Adik beradik ipar dan birasku
Bersama keluargaku...geng belang-belang dah masuk rumah nak bergambar 
Teruskan aksimu
Bersama abang sulungku, isteri dan anak-anaknya
Kakakku, suami dan anak-anaknya dah ambil tempat
Abangku, isteri dan dua hero comelnya punya turn
Kakakku dan suaminya yang sentiasa nampak macam pengantin baru


Kakakku dan hero-hero...in sha Allah next is your turn

Nenekku (Embah) dah ambil tempat...yang dua orang tu still menyibuk lagi

 Kawan-kawan sekolah yang sudi hadir...dah ada anak dah dia...

 Thanks to my bestfriend (Ila) dan suaminya...pengantin baru 2 minggu lepas yang sanggup meredah banjir untuk majlisku :)

Sangat terharu dengan kehadiran pensyarah kesayanganku dari Sungai Petani, Kedah...Pensyarah yang sangat keibuaan...i love u

 Bersama pak dan mak saudara sepupu yang cantik dan hensem

Bila semua sibuk nak bergambar...candid oh candid

 Lagi...
 Lagi...lagi...

 Lagi...lagi...lagi....

 Tempek lagi gambar banyak-banyak...

 Tempek lagi....

Lagiiiiiiii.......

Alhamdulillah...selesai majlis perkahwinanku...Gembira menjadi isterinya....Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis kami...kepada rakan-rakan yang terpaksa berpatah balik sebab banjir jutaan kemaafan ditujukan kepada anda semua...apa pun terima kasih sekali lagi kepada anda yang sudi hadir sekali lagi keesokan hari lepas banjir reda untuk berjumpa pengantin baru ni :):):)