Isnin, 14 Julai 2014

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur

Assalamualaikum....

Bosan jugak kan kalau hari-hari makan di rumah. Sekali-sekala nak jugak makan di luar. Kalau time cuti saya dan my hubby mesti nak keluar dari rumah. Pening kepala  kalau dalam sehari tak keluar rumah langsung. Kalau dah keluar takkan nak ronda-ronda dan tengok wayang je...mestilah nak isi perut sekali kan..so hari ni saya nak story pasal tu la hehe...kat bawah ni antara tempat makan yang kitorang suka pergi di area kL setakat ni :

1) Seoul Garden

Inilah tempat kesukaan kami .. Seoul Garden di KL Festival City...Restoran ni berkonsepkan korean steamboat. Kalau rasa nak makan steamboat puas-puas dan sedap sehingga menjilat jari datanglah ke sini. Disini semua protein yang disediakan diperap dengan pelbagai perisa yang sedap-sedap. Selain protein, macam biasalah disini turut disediakan nasi putih, nasi goreng, pelbagai jenis mee (rebus sendiri), sayur-sayuran, buah-buahan dan sedikit kuih. Sos yang disediakan terdiri dari pelbagai jenis perisa. ...biasanya lepas puas makan makanan utama saya mesti akan buat air batu campur (ABC)..disana turut disediakan mesin untuk buat abc. Semua bahan yang disediakan untuk buat abc akan saya ambil dan akhir sekali letak aiskrim banyak-banyak..hehe...datang sini memang puas hati.walaupun harganya agak mahal berbanding restoran steamboat biasa tapi kesedapan yang dirasai membuatkan anda pasti nak datang lagi hihi.

Pintu masuk Seoul Garden

Senarai harga...kalau anda nak tukar sup..contohnya nak ambil tom yam ada tambahan harga..tapi tak mahal sangat

Ruang makan kat dalam Seoul Garden

Antara protein yang disediakan

Pelbagai jenis sos yang ada disini


Jom bercinta di sini...owhhh pipiku yang kelihatan sangat tembam di celahan asap haha

2) Ah Cheng Laksa

Ah Cheng Laksa lebih berkonsepkan gerai (di tempat yang kami pergi la). Setakat yang saya tahu kedai ni berasal dari Penang.Tapi yang saya dan my hubby pergi ni di KL Festival City je hehe. Kali pertama saya makan kat sini dengan rakan sekerja.First time rasa owhhh yummiii....asam laksanya cukup rasa..Kali kedua saya pergi dengan my hubby..masa tu saya mengidam nak makan laksa yang sedap.My hubby tak tahu nak cari kat mana.Yela mana nak dapat laksa yang memang confirm sedap. So my hubby bagi idea makan kat sini.Teringat je kedai ni saya pun terus bersiap-siap nak makan sepuas-puasnya haha.

Ah Cheng Laksa di KL Festival City


Lahapnya mama pregnant ni makan hahaha

3) Fisky Steakhouse

Fisky Steakhouse terletak di Medan Selera AU2, Taman Desa Keramat. Macamana kami boleh terjebak dengan Restoran ni???? Haha...sebenarnya saya dan my hubby memang suka makan western food. Kami pernah makan di restoran yang agak popular di Kampung Baru (tak payah cakap la namanya ye hehe) tapi kurang berpuas hati dengan rasanya...so saya google lagi tempat-tempat best untuk makan steak...kami jumpa Fisky Steakhouse. ...steak kat sini memang terbaik..sedap menjilat jari...pertama kali makan kat sini sangat berpuas hati dan menyebabkan kami datang lagi dan lagi dan lagi hehe...



Walaupun restoran ni tak macam restoran 5 bintang tapi kualiti makanannya lebih best dari 5 bintang hehe
Diriku yang kusut masai keluar dengan hubby malam-malam cari makan huhu

4) Food Court di Gombak Batu 8

Saya panggil Restoran ni "kedai kat kubur"..hehe...actually berdepan dengan food court ni ada kubur..restoran-restoran disini semuanya berkonsepkan Thai food...selain meminati western food saya juga penggemar Thai food..biasanya kalau lapar saya dan my hubby akan ke sini sebab tempat ni pun tak jauh dari tempat tinggal kami. Disini ada banyak restoran dan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. So kalau anda nak datang sini masuk sahaja yang mana-mana pun. Semua pun sedap hehe...saya dan my hubby selalu makan di restoran tepi sekali sebab " suasana kedai tu lebih romantik " kata my hubby...hehe

5) Sakura Kristal

Restoran ni terletak di KL Festival City. ..pilihan makanan kat sini tak la banyak sangat...makanannya boleh tahan...ok la...saya dan my hubby kerap jugak ke sini sebab kalau kami pergi ke KL Festival City dan perut berbunyi kami tak tahu nak makan di mana..so masuk sini sahaja la..hihi...kepada anda yang mementingkan keselesaan bolehlah makan di sini...suasana kat sini selesa...ada ruangan bahagian dalam dan luar...dua-dua pun selesa. Harga makanan disini "dulu rasa tak mahal sangat sekarang rasa macam mahal pulak..upsss"

Inilah Restoran Sakura Kristal...ruang makan bahagian dalam

Ruang makan bahagian luar

Ni masa baru kahwin hihihi

6) Sup Meletop, Cheras

Kedai makan ni diperkenalkan oleh my hubby masa kami masih bertunang dulu. Sup di sini memang meletop...terbaik...kalau nak makan bihun sup yang terbaik bolehlah datang ke sini..harga pun berpatutan...cuba sekali pasti nak lagi hehe. Sekarang kedai sup meletop dah berpindah tak jauh dari tempat lamanya. Di kawasan Permaisuri, Cheras juga..ada food court baru naik di situ..cari je kat food court tu confirm jumpa.




# Nanti saya akan update lagi tempat-tempat makan best yang bagus untuk dicuba :)

3 ulasan:

  1. Tq for your info..next time dtg kl, boleh try..kdg2 kami x tahu nk mkn kt mna di KL.. :-)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11/24/2014

    Info bagus!

    Tapai kalau nak check dan tengok reviu 'brutal' tempat makan lain yg kat KL ada kat

    http://www.ampanglife.webs.com

    BalasPadam


  3. A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

    LOAN APPLICATION FORM.

    (1)Full Name:
    (2)Country:
    (3)State:
    (4)Address:
    (5)Sex:
    (6)Occupation:
    (7)Amount needed:
    (8)Loan duration:
    (9)Loan purpose:
    (10)Telephone

    Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

    BalasPadam