Time cuti ni tiba-tiba teringat kat sekolah pulak...tula cikgu...time sekolah nak cuti time cuti teringat sekolah pulak...actually saya ni cikgu pendidikan Islam di SJKC kat gombak...bila kata cikgu pendidikan Islam mesti orang panggil ustazah. Segan pulak bila orang asyik panggil ustazah...bukan tak suka cuma rasa tanggungjawab tu berat sangat...panjang pulak intro...hihi
Hari ni nak share dengan u all pengalaman saya bekerja di SJKC...Mula-mula dapat surat posting terus speechless. Mana tak nya tak pernah terfikir akan mengajar di SJKC. Tengok dua orang kawan lagi dapat SJKT. Haduiii saya dengan dua orang kawan tu tak tahu nak cakap apa...boleh gelak je la...Pastu terus call mak ayah bagitau dapat posting kat situ...mak pun terkejut dan gelak...call abang dan akak semua gelak kaw kaw...hahaha..ayat yang semua abang dan akak cakap....."tula suka sangat tengok drama cina dan korea patut la posting kat situ....boleh la dapat adik ipar mata sepet keh keh keh"...ntah apa-apa jer....haduiii tensen sungguh....
Minggu pertama duduk kat sekolah tu tak tahu nak buat apa...jadual tak dapat lagi...so saya dan dua orang kawan yang posting kat SJKT tu asyik mesej je la...yang paling tak tahan...bila saya mesej kawan tu dan bagitau yang saya rasa nak nangis duduk kat sekolah tu dia rupa-rupanya bukan setakat nak nangis tapi dah nangis dah pun...isk3...Walaumacamanapun nasib saya lebih baik la berbanding dua orang kawan tu...at least kat sekolah saya ada la jugak cikgu melayu lain...kawan-kawan saya tu satu-satunya cikgu melayu kat situ...kitorang bertiga selalu la hantar mesej sesama sendiri untuk bagi semangat antara satu sama lain....lawak pulak bila ingat balik....keh keh keh.
Minggu kedua baru la dapat jadual dan kelas agama pun bermula...ada orang cakap best mengajar agama di SJK sebab murid sikit tapi saya tak rasa macam tu pun...sebab murid Islam di sekolah saya ramai la jugak...lebih 180 orang tau....
Dipendekkan cerita...mengajar di sekolah jenis kebangsaan ni tak la teruk sangat...selepas setahun mengajar di sini saya dah mula rasa serasi dengan environment macam ni... sekolah cina ni best jugak....kenapa saya cakap best???? ...SEBAB.... kita boleh belajar budaya dan bahasa cina tapi SELAIN ITU.....SEBAB :
1. tak ada/kurang masalah mengumpat...
2. suka dengan cara kerja cikgu-cikgu cina...kalau makan pun, sebelah tangan makan sebelah tangan lagi still buat kerja.
3. semua kerja kena cepat dan sebelum due date...contohnya kalau SPPBS perlu key in sebelum hujung bulan 11...sekolah saya mesti kena siap sebelum mula bulan 11...(mula-mula point ni tensen lama-lama rasa macam bagus jugak)
4. time balik sekolah macam tak ada apa-apa pun...cikgu-cikgu biasanya tak sibuk nak balik...
5. antara yang paling best...semua free...hehe...baju sukan, baju batik, jamuan dan macam-macam lagi
6. time tahun baru cina pulak cikgu-cikgu akan dapat macam-macam...kuih raya, limau dan duit raya hehehe
7. time hari guru...semua kelas akan buat open class. So boleh la makan macam-macam...kenyang tak terkata time open class ni...malam pulak dinner dengan PIBG...dan time tu yang paling ditunggu-tunggu adalah cabutan bertuah hehe....hadiah-hadiah best sangat tau...hadiah paling rendah voucher jusco RM100...selain tu ada vcd player, kamera digital, TV, iPad dan macam-macam lagi... separuh dari jumlah cikgu kat sekolah akan dapat...tapi yang sedihnya saya menjadi separuh yang tak dapat tu...tak apa tahun ni doa-doa la dapat keh keh keh...
Actually mengajar di mana-mana pun best asalkan kita buat kerja dengan betul...walaupun di SJK kita menjadi kaum minoriti tapi kena pandai la bawa diri...insyaAllah kalau kita tak buat hal duduk mana-mana pun takkan ada masalah....k, wassalam..
salam,xkisah la kan.di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. org rumah saya 10 tahun di skjc. alhamdulilah byk pengalaman dpt dikongsikan dlm membentuk budaya kerja.
BalasPadamassalamualaikum..dari segi makanan macamana ya?kantinnya ada jual makanan halal saja atau sebaliknya?
BalasPadamterima kasih.
jemput singgah www.iniblogcikmas.blogspot.com
Waalaikumsalam mastura..sori sgt lmbt hehe...mnyedihkn skit sek sy jual makanan y was2...xharam tp xyakin kehalalanye..so kitorg ckgu melayu xpnh bli...hnya beli roti,biskut n air kotak je...n besanye bwk bekal.sndri
BalasPadamsaya pun baru pindah ke sjkc dari sk. memang betul mengajar di sjkc tak stress dan tension. kita buat kerja utama kita mengajar dan memastikan prestasi murid kita. kerja luar tu ada tapi banyak macam sk. cuma masalah komunikasi dan makan je. guru-guru cina pun ok. cuma orang kita suka salah faham.
BalasPadamkerja luar tak banyak macam sk. di sk banyak kerja yg kita buat bukan dalam bidang tugas kita.sampai kawan saya yang dah tukar dari sjkc ke sk nak minta balik mengajar di sjkc. bila kita mengajar di sjkc baru kita rasa diri kita ni guru.
BalasPadamsoal makanan tak payah risau guru-guru cina pun faham budaya melayu. kalau rasa tak boleh terus terang saja dengan bagi sebab yang rasional dan relevan.kita pakat jaga hati masing-masing. kalau ada masalah kita bagi penjelasan sebab ada yang tak berapa faham budaya kita. bergantung kepada lokasi sekolah.
BalasPadamsoal makanan tak payah risau guru-guru cina pun faham budaya melayu. kalau rasa tak boleh terus terang saja dengan bagi sebab yang rasional dan relevan.kita pakat jaga hati masing-masing. kalau ada masalah kita bagi penjelasan sebab ada yang tak berapa faham budaya kita. bergantung kepada lokasi sekolah.
BalasPadamkerja luar tak banyak macam sk. di sk banyak kerja yg kita buat bukan dalam bidang tugas kita.sampai kawan saya yang dah tukar dari sjkc ke sk nak minta balik mengajar di sjkc. bila kita mengajar di sjkc baru kita rasa diri kita ni guru.
BalasPadamSaya nk tanya berkenaan pendidikan islam di SJKC ni mencukupi ke jika saya tidak menghantar anak ke sekolah agama?
BalasPadamSaya akan ditempatkan ke SJKT... Bila baca ni rasa semangat lah sikit 😊😌😌
BalasPadamTumpang tny.. Klu kita ambik subjek math utk sjkc or sjkt.. Finally bila da bertugas lambat laun blh ka mtk tukar ke SK??
BalasPadam