Bukan honeymoon kat sini pun :) (Gambar hiasan semata-mata) |
Setiap pengantin baru pasti mengidamkan suasana yang romantik, tenang, membahagiakan dan selesa sebagai tempat untuk berbulan madu. Mungkin ada segelintir dari kita yang berfikir bahawa "bulan madu" tidak penting namun pada saya bulan madu sangat penting untuk menambahkan lagi kehangatan percintaan dan kasih sayang antara suami isteri. Hal ini terutama kepada pasangan yang bercinta selepas kahwin...
Sebaik-baiknya pilihlah suasana yang sesuai dengan anda sebagai lokasi berbulan madu dan sebaik-baiknya biarlah anda berdua sahaja yang pergi untuk berbulan madu. Nak bawa family boleh...tapi lain kali la ye...
Untuk first honeymoon... saya dan suami memilih Cameron Highland sebagai lokasinya. Pada awalnya kami fikir nak ke Beijing...tapi lambat sikit la, kena kumpul duit dulu..so sebelum kami pergi tempat yang bersalji tu...kami ambil mood tempat sejuk di Malaysia dulu...
CAMERON HIGHLAND
Kami decide nak pergi ke sana beberapa hari selepas kenduri di pihak lelaki..balik kL sambil bosan-bosan tengok tv my hubby kasi cadangan untuk jalan-jalan ke sana sebelum penggal persekolahan bermula. So apa lagi my hubby terus buka laman web Agoda dan memulakan pencariannya untuk booking hotel...mudahnya menggunakan khidmat Agoda...siap booking...malam tu saya terus berkemas, esok nak start our first trip..bestnye....
Boleh tahan jauh jugak la perjalanan dari Gombak ke Cameron Highland. ..lebih kurang 3 jam kami tiba di sana...cari hotel tak jumpa-jumpa...rupanya kami dah lalu hotel tu dua kali tapi tak perasan...hahaha...kat sana kami menginap di Hotel SilverStar, Brinchang..saya dah cakap awal-awal dengan husband nak duduk dekat dengan pasar malam...hotel tempat kami bermalam tu memang sangat dekat dengan pasar malam..jalan kaki je...Suasana bulan 12 di sana memang sejuk...bila bercakap keluar asap dari mulut lagi tu hahaha...my hubby cakap nasib baik sejuk kalau tak frust je tak dapat rasa suasana sejuk macam kat Beijing...hahaha...Ok la kat bawah ni tempat-tempat yang kami pergi sepanjang berada di Cameron Highland...
MARDI
Tempat ni terletak di Tanah Rata..di sini kalau nak ambil gambar memang cantik...semua tanaman yang ada di Cameron Highland ada di sini...tapi setiap tanaman tu sikit je la...nak masuk sini kena bayar tiket...tak ingat la berapa...tapi tak mahal pun...sekitar RM5 je..
Ini namanya berlatar depankan air terjun...:) |
ini sajalah aksiku bergambar bila nampak bunga ini pula aksi si dia bila nampak bunga..kenapa nampak sedih ea???hahaha |
Buai laju-laju...... |
Bunga-bunga cinta kawasan sekitar MARDI |
Ladang Tea Boh, Sungei Palas
Sini la tempat yang saya dan my hubby paling suka..walaupun untuk sampai ke tempat yang dituju memerlukan kesabaran dan kecekapan dalam memandu...tapi itu la yang kami suka...agak mencabar...suasana kat sini sangatttt cantik dan nyaman...u all pernah tengok filem Ombak Rindu...kat sini la babak yang Haris kejar Izzah dengan keretanya sebelum dia kemalangan dan koma tu huhuhu...di ladang tea boh ni tak boleh parking sampai atas...parking di bawah dan menapak la kita mendaki tangga naik ke kawasan cantik yang disediakan di atas...kat atas tu ada restoran dan kilang tea boh...tapi kalau nak ambil gambar suasana pokok tea lebih baik ambil di bawah..ada satu kawasan yang ramai pelawat akan berhenti untuk ambil gambar...sebab kita boleh berlatar belakangkan pergunungan tea dari situ...
Selepas penat menapak mendaki tangga kita posing sekejap Teruskan berposing :) |
Jemput makan...walaupun tea dan hot coklat disini agak mahal berbanding restoran biasa..dah sampai sini kena rasa la jugak |
ini kali kedua kami kesini...tengok kabus di belakang...sangat sejuk masa ni |
Pemandangan di sana...amat nyaman dan mendamaikan |
Pasar Malam Brinchang
Di sini kita boleh beli apa sahaja yang menarik di Cameron Highland dengan harga yang murah...saya dan my hubby banyak shopping kat sini je...senang semua ada...makanan pun banyak dijual di sini...sedap-sedap belaka...kitorang punya dinner dari pasar malam ni je huhu....
Di sini kita boleh beli apa sahaja yang menarik di Cameron Highland dengan harga yang murah...saya dan my hubby banyak shopping kat sini je...senang semua ada...makanan pun banyak dijual di sini...sedap-sedap belaka...kitorang punya dinner dari pasar malam ni je huhu....
Cameron Lavender
Tempat ni memang sangat cantik dengan bunga lavender...tapi sayangnya kita tak boleh nak berada dekat sangat dengan pokok-pokok lavender tu sebab semuanya di tanam dalam pagar...walaumacamanapun kalau ambil gambar memang cantik...masuk sini kena bayar RM5 rasanya...(saya memang bermasalah nak ingat harga tiket hehe)..ramai orang kata kalau datang Cameron Highland rugi tak datang sini...saya pun fikir mungkin ada benarnya especially untuk orang yang suka bergambar...datanglah ke sini untuk dapat feel macam kat oversea dikelilingi dengan bunga lavender yang harum...cewahhhh
Pintu masuk Cameron Lavender |
Kea Farm
Kat sini suasananya lebih kurang macam pasar malam la...ada menjual pelbagai hasil dari Cameron Highland...actually kami singgah sekejap sahaja kat sini sebab tempatnya betul-betul tepi jalan...parking sekejap beli strawberry dan buah limau sikit lepas tu terus ke tempat lain...di Kea Farm ni susah sikit nak parking dan yang tak bestnya ada abang polis kasi surat saman kalau parking tepi jalan.. (tapi semua orang parking kat tepi jalan)..upsss
Air Terjun Latar Iskandar
Semasa perjalanan pulang kami singgah sekejap di Air terjun latar iskandar. Sebelum sampai di sana kami berhenti sekejap di Marry Brown untuk tapau makanan..sampai sahaja di Latar Iskandar kami yummi kat situ..main air dan rehat-rehat sekejap..air di sana memang sejuk, best kalau nak mandi manda...
Hutan Lipur Latar Iskandar |
Rindu nak datang sini lagi... |
# Kali ni tak banyak pun tempat yang kami lawati di Cameron Highland...kalau tengah honeymoon ni tak perlu jalan banyak-banyak tempat pun...selagi ada anda dan dia berdua sahaja itu lebih membahagiakan :)...nak jimat... bulan madu kat rumah je hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan