Rabu, 2 Julai 2014

Suami Berperanan Penting Semasa Isteri Hamil

Assalamualaikum...

Alam kehamilan adalah alam yang amat menggembirakan bagi setiap wanita atau isteri yang inginkan zuriat bersama suami tercinta...

Suami memainkan peranan yang sangat penting sepanjang tempoh kehamilan isterinya...wanita yang sedang hamil kebiasaannya menjadi sangat sensitif, sikapnya boleh berubah bila-bila masa dan apa yang paling penting mereka sentiasa inginkan perhatian dari suaminya...


APA YANG SAYA ALAMI SETAKAT INI...

Tak dapat dinafikan saya memang seorang yang sensitif..kadang-kadang suka pendam sorang-sorang tapi ada masa sangat berterus terang...saya ni jugak paling suka dimanja-manja...apa yang dapat saya rasa sekarang ni...semenjak bergelar isteri dan semenjak hamil inilah perangai saya..:

1) Kuat Menangis
Bukan menangis kuat-kuat ye tapi selalu menangis...tak dapat apa-apa mesti nak menangis...duit dalam bank tinggal sikit pun nak menangis...tikus masuk rumah pun menangis (pasal ni sebab fikir penatnya nak kena kemas dapur bila tikus dah buat kerja)...alhamdulillah...my hubby sangat penyabar...setiap kali menangis dia takkan biarkan saya terus berendam air mata..thank u syg...semasa hamil kalau suami biarkan emosi isterinya terus terganggu boleh membawa kesan yang negatif kepada bayi yang sedang dikandung isterinya tau....

2) Malas
Semasa trisemester yang pertama...saya dah jadi seorang yang sangat pemalas...balik kerja mesti nak tidur...kalau nak apa-apa mesti order je kat my hubby..malas sangat nak bangun ambil apa-apa...buat kerja rumah of course malas...Apa peranan suami time ni???
Setakat apa yang saya nampak my hubby mesti buat google search setiap kali berlaku sesuatu pada saya sepanjang kehamilan ni...mungkin dia cuba nak fahami simptom yang berlaku pada wanita hamil...sepanjang saya berada dalam keadaan malas tu...my hubby setia menurut kemahuan saya yang sangat mengada-ngada ni...kemas rumah, basuh kain, masak (dia tak masak, beli je hehe), cuci bilik air semua dia yang buat.Belum lagi kes mengada-ngada saya yang malam-malam nak makan itu ini...semua my hubby turutkan...mana taknya kalau tak diturutkan menangis beria sangat la saya...owhhh...kejamnya saya masa tu...I'm sori syg....

3) Kembali Seperti Biasa Dalam Trisemester Kedua
Alhamdulillah...apabila kandungan dah masuk 5 bulan...saya kembali seperti asal..mula memasak semula untuk suami..dah kurang mengada-ngada...suami dah mula minta buatkannya air panas malam-malam..berbeza dengan masa awal kehamilan my hubby tak pernah minta saya buat apa-apa...pada saya mungkin my hubby nampak saya dah kembali bertenaga sekarang dan mungkin dah rajin sikit hehe...apa yang lebih menggembirakan.... my hubby masih tak benarkan saya buat kerja berat-berat dan tak benarkan saya terlalu letih...Dia sentiasa membantu setiap kali saya nak memasak atau mengemas rumah...bab angkat barang mesti dia yang akan buat semuanya...thanks abang...

4) Lenguh Kaki
Semenjak dua menjak ni saya dah mula rasa lenguh-lenguh kaki...Apa peranan yang patut seorang suami buat???? Urutkanlah apa lagi....huhu...saya tak suka minta sesuatu tapi amat gembira kalau orang buatkan sesuatu sebelum diminta...alhamdulillah. ..bila saya baring di sofa my hubby terus capai kaki saya letak atas pahanya dan urut...alangkah gembiranya. ..walaupun urutannya tak sebagus tukang urut tapi perhatian yang diberi dapat menghilangkan stress dan lenguh-lenguh yang ada...thank u so much abang....

tak ada gambar yang sesuai nak letak huhu...gambar ni menunjukkan isteri gembira bila suami memainkan peranan sepanjang kehamilan isterinya...haha

5) Makanan Minda
Semasa sedang mengandung sangat bagus kepada ibu-ibu hamil mengambil makanan tambahan yang boleh merangsang minda bayi dalam kandungan.My hubby sangat menitik beratkan pengambilan makanan minda dan makanan yang berkhasiat...sepanjang mengandung my hubby selalu memastikan saya makan kurma, kacang badam, minum air zam zam, minum jus minda Abqori (yang ni perangai mengada saya datang..takkan makan kalau tak disuap hehe), minum susu dan dia akan menunjukkan muka marahnya bila saya tak makan ubat yang doktor bagi. Walaupun suami buat muka marah tapi saya suka sebab saya tau dia nak yang terbaik untuk isteri dan anaknya :).

6) Rasa Diri Tak Cantik
Apabila kandungan semakin membesar saya selalu rasa saya makin gemuk, kulit kasar dan tak cantik. Bila tengok cermin mesti cakap kat my hubby "ayang dah makin tak cantik kan" Apa peranan suami ketika ini????? Biarlah anda berbohong asalkan dapat menggembirakan hati isteri anda...ayat yang my hubby selalu cakap " abang tengok biasa je...comel je..biasa la mengandung...omei je isteri abang ni "...walaupun kadang-kadang rasa ayat tu just nak sedapkan hati saya tapi saya berpuas hati dengan jawapannya hahahaha.

7) Excited Nak Beli Barang Baby
Setiap ibu yang mengandung mesti excited nak beli barang baby kan...kepada suami-suami semua....bila isteri anda excited anda juga mestilah menunjukkan rasa excited anda....bila buat budget bulanan masukkan perbelanjaan untuk shopping barang baby sebagai keutamaan. Setiap isteri pasti merasa bahagia bila selalu dengar anda sebut "tak sabar nak beli barang baby" "nanti kita beli barang baby ye ayang"...walaupun perkara ini sangat simple tapi bagi wanita yang sensitif mereka merasakan itu adalah sebahagian dari perhatian suami terhadap isteri dan anaknya.

8) Nak Shoping Barang Sendiri
Paling menggembirakan bila dapat shoping...owh bestnye...walaupun suami menunjukkan rasa excitednya untuk beli barang baby...barang ibu baby jangan dilupa..my hubby selalu cakap..."nanti kita beli baju mengandung ayang ye" ..."nanti kita cari baju raya mengandung ayang ye"...ohhh hepinya bila my hubby keluarkan ayat-ayat tu...ingatlah para suami...walaupun anda gembira dengan kedatangan bakal cahaya mata namun isteri anda jangan ditolak ke tepi....keperluannya juga mesti diambil kira...

Suami memainkan peranan yang amat penting sepanjang tempoh kehamilan. Emosi isteri mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya. Ingatlah isteri anda sedang berjuang mengandung dan akan melahirkan zuriat anda...lepas bersalin nanti peranan lain pulak ye hehehe


# thanks abang sentiasa manjakan isterimu yang mengada-ngada ni ♡♡♡♡

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/29/2015

    Untungnya awak... saya pulak berbeza dari yang dinyatakan...

    BalasPadam
  2. suruh ur hubby bca entry ni hehe..xpela setiap suami lain sikapnya..mungkin suami @tanpa nama lebih baik dri segi lain :)

    BalasPadam
  3. Mmg sme... pemalas. Kuat tdo. .ngade2. Smue tu sme . Hihi.. mndpt laa en husby

    BalasPadam