Khamis, 17 Julai 2014

Resepi Biskut Snow Almond

Assalamualaikum. ...

Projek kuih raya saya dan my hubby diteruskan lagi...kali ni kami buat biskut snow almond pulak...kat bawah ni resepi biskut snow almond yang saya dan my hubby dah buat....yum yum yummyyyyy :)

Hasil tangan saya dan my hubby :)

BAHAN A :

200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila (kalau nak ada rasa kopi tukarkan dengan esen kopi)
1 biji kuning telur

BAHAN B :

220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum -dikisar
40gm badam kisar
1 sudu besar susu tepung

HIASAN :

Coklat masakan - dicairkan
White breadcrumb

CARA - CARA :

1.Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.Masukkan esen vanila dan kuning telur. Pukul rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit.
3.Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
4.Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu
5.Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih (white breadcrumb).
6.Setelah coklat kering bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara. Selepas tu simpan sebab nak makan time raya kan hehehe.



# cuba jangan tak cuba biskut yang sedap bagi penggemar coklat ni


Tiada ulasan:

Catat Ulasan