Sabtu, 8 November 2014

SAYA NAK KURUS!!!!!!

Assalamualaikum  w.b.t

Nak kurus nak sihat nak cantik semua nak.....berat badan mencanak naik semasa mengandung...... 5 bulan pertama berat badan turun.....4 bulan terakhir naik tak terduga...

Dua hari lepas bersalin baru timbang..turun 10kg...ok hepi sangat...tempoh berpantang dah nak habis turun 3kg je...arghhhh sikitnye turun...jauh lagi nak sampi berat badan sebelum kahwin..sebelum kahwin pun dh gemuk teruk la macam ni...isk3...sob3

Go go go fighting...lemak i hate u...lawat blog kevin zahri...ok puan fatimah u must follow his advice...25 tips kuruskan badan.
walaupun masa ni tak kurus sangat dapat camni balik pun ok la
Nak pakai lagi baju ni...baju tunang yang i very suka....wawawawa :'(



#abang please help me...give me your support
#caiyokkkkkkkk



Selasa, 4 November 2014

♡pErKaRa SiMpLe YaNg SeLaLu BuAt SaYa JaTuH CiNtA♡

Assalamualaikum  w.b.t

gambar raya di rumah embah...sumayyah dalam perut ummi masa ni
Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta pada perkara yang sangat simple kan...korang pun mesti ada perkara yang buat korang jatuh cinta pada pasangan korang kan. Perkara simple yang buat saya selalu jatuh cinta dan jatuh cinta lagi pada my hubby antaranya :

☆ Tengok My Hubby Pakai Cincin Kahwin ke Mana Saja.

my hubby pakai cincin yeayyy...
Like flower dancing in my heart...haha...perkara ni selalu buat saya jatuh cinta lagi pada my hubby....bila tengok my hubby pakai cincin kahwin ke mana sahaja...rasa "yeayyy" hehe..walaupun perkara ni simple..tapi...kalau suami korang tak nak pakai cincin kahwin mesti sedih kan....

☆ Hantar Gambar Yang Diedit Sendiri Melalui Telefon

senyum sorang-sorang bila abang hantar gambar ni :)
Time saya pregnant dulu sebelum pergi kerja tiba-tiba my hubby nak ambik gambar...sampai kat tempat kerja tiba-tiba dapat gambar yang my hubby edit melalui whatsaap..ouchhh...touching..jatuh cinta sekali lagi huhu...

☆ Pegang Tangan Masa Drive

Masa drive my hubby akan drive dengan tangan kanan dan tangan kiri akan pegang tangan saya. Walaupun kadang-kadang ada lenguh sikit tapi saya sangat suka.i love u so much abang hehe...

☆ Bila My Hubby Bawa Handbag

Sangat suka bila my hubby bawakan handbag saya bila berjalan ke mana-mana...u look very gentleman sayang hehe...i like....

☆ 'Baik-baik Ayang'

Ayat ni dah sinonim sangat dengan my hubby. Setiap kali saya nak ke mana-mana, lintas jalan, angkat barang dan lain-lain..ayat terakhir mesti "baik-baik ayang" "love u"...ok very touching dan rasa sangat disayangi...cewahhhh haha....


#banyak lagi perkara yang buat ayang jatuh cinta kat abang
#my hubby tak baca blog saya so tak malu nak puji-puji abang
#apa yang buat korang jatuh cinta sekali lagi????


Isnin, 3 November 2014

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur -Part 2

Assalamualaikum  w.b.t

Dulu saya pernah tulis pasal tempat makan menarik di Kuala Lumpur. Kali ni jom tengok tempat makan lain yang best di KL :

Rosdet Tom Yam
malam-malam makan thai food...fuhhh yummiii

Restoran yang berkonsepkan makanan Thai ni terletak di Kampung Baru berdekatan Hotel Kuala Lumpur. Kalau susah nak cari guna sahaja waze cari Pusat Kutipan Zakat pun boleh.Mesti jumpa la.. Saya datang makan kat sini pada bulan Ramadhan yang lepas. Ikut suami berbuka puasa dengan cikgu-cikgu sekolahnya.

Semua makanan yang ditempah seperti tom yam, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, kailan ikan masin,sotong goreng tepung dan macam-macam lagi menepati citarasa saya. Kalau anda datang pada bulan puasa kena tempah dulu lah sebab terlalu ramai pengunjung di sini sampai nak bayar bil pun kena beratur panjang. Restoran ni jugak menyediakan surau dan tandas. Apa yang paling penting harga makanan disini sangat berpatutan...So ape lagi boleh la cuba yummii di sini....

Restoran Murni Discovery
 satu-satunya cawangan yang kitorang pernah datang (gambar hiasan dari web restoran murni)

Restoran Murni ni ada banyak cawangan..saya hanya pernah makan di Bandar Sri Permaisuri,Cheras...kali pertama datang ke sini sebab ikut suami reunion dengan rakan-rakan institut perguruannya..

Makanan disini sangat sedap..air pun special...kepada sesiapa yang suka makan banyak sesuai datang ke sini sebab makanan yang disediakan dalam satu pinggan agak banyak. Kali  pertama datang ke sini saya dan my hubby terus terpikat dengan makanan di restoran ini...dan membuatkan kami kembali ke sini lagi hehe...



#jom cari lagi tempat makan best

Sabtu, 1 November 2014

♡~Cincin & Gelang Cinta~♡

Assalamualaikum w.b.t

mood ~feeling malu-malu kucing time bertunang~
Duduk sorang-sorang ni tiba-tiba teringat...saya tak pernah tulis entry tentang cincin dan gelang cinta...cewah...actually cincin merisik, cincin bertunang dan gelang batal air sembahyang perkahwinan saya.....selama ni tulis entry kat blog ni semata-mata tak nak semua kenangan dilupakan macam tu je..nsib baik teringat sebelum jadi makin pelupa..hehe

Cincin Merisik
Saya dan my hubby beli cincin merisik ni di Kedai Emas Poh Kong,Sogo,Kuala Lumpur.Untuk merisik saya pilih cincin belah rotan sahaja...kebetulan Kedai Emas Poh Kong ada buat promosi cincin belah rotan...murah-murah sahaja...so kami terus sambar..RM160 sahaja..dan disebabkan my sister belum kahwin (langkah bendul hiii) so my hubby sambar jugak cincin belah rotan satu lagi untuk dijadikan sebagai hadiah kepada my sister sebab langkah bendul.

Cincin Bertunang
Disebabkan majlis merisik dijalankan pada hari yang sama dengan majlis tunang so kami terus cari cincin tunang.Nak cari cincin tunang ni banyak kedai emas yang saya dan my hubby masuk tapi semua tak berkenan di hati.Kebetulan pada hari yang sama my hubby ajak saya berbuka puasa dengan abang,kakak,abang ipar dan kakak iparnya (first time jumpa...sesi suai kenal) so my hubby bagi cadangan untuk pilih cincin tunang dan gelang dengan kakak-kakaknya...

Lepas buka puasa di Restoran Asam Pedas,kami semua pergi ke Kedai Emas Poh Kong di Tesco Ampang.Dengan bantuan kakak-kakak my hubby yang sangat sporting akhirnya dapatttt...tunjuk kat my hubby dan my hubby pun suka so apa lagi kalau dah suka keluarkan duit la hihihi...cincin tunang ni harganya RM850.

Gelang untuk Batal Air Sembahyang  
thanks abang untuk gelang tangan yang cantik ni :)
My hubby cakap nak settlekan beli bling bling untuk saya so dia suruh pilih terus gelang untuk acara batal air sembahyang. Apa lagi saya dan kakak-kakak my hubby terus kelabu mata pilih gelang pulak...pilih punya pilih akhirnya...yeayyy dapat yang berkenan di hati..gelang ni harganya 1k++ (tak ingat dah)...