Sabtu, 1 November 2014

♡~Cincin & Gelang Cinta~♡

Assalamualaikum w.b.t

mood ~feeling malu-malu kucing time bertunang~
Duduk sorang-sorang ni tiba-tiba teringat...saya tak pernah tulis entry tentang cincin dan gelang cinta...cewah...actually cincin merisik, cincin bertunang dan gelang batal air sembahyang perkahwinan saya.....selama ni tulis entry kat blog ni semata-mata tak nak semua kenangan dilupakan macam tu je..nsib baik teringat sebelum jadi makin pelupa..hehe

Cincin Merisik
Saya dan my hubby beli cincin merisik ni di Kedai Emas Poh Kong,Sogo,Kuala Lumpur.Untuk merisik saya pilih cincin belah rotan sahaja...kebetulan Kedai Emas Poh Kong ada buat promosi cincin belah rotan...murah-murah sahaja...so kami terus sambar..RM160 sahaja..dan disebabkan my sister belum kahwin (langkah bendul hiii) so my hubby sambar jugak cincin belah rotan satu lagi untuk dijadikan sebagai hadiah kepada my sister sebab langkah bendul.

Cincin Bertunang
Disebabkan majlis merisik dijalankan pada hari yang sama dengan majlis tunang so kami terus cari cincin tunang.Nak cari cincin tunang ni banyak kedai emas yang saya dan my hubby masuk tapi semua tak berkenan di hati.Kebetulan pada hari yang sama my hubby ajak saya berbuka puasa dengan abang,kakak,abang ipar dan kakak iparnya (first time jumpa...sesi suai kenal) so my hubby bagi cadangan untuk pilih cincin tunang dan gelang dengan kakak-kakaknya...

Lepas buka puasa di Restoran Asam Pedas,kami semua pergi ke Kedai Emas Poh Kong di Tesco Ampang.Dengan bantuan kakak-kakak my hubby yang sangat sporting akhirnya dapatttt...tunjuk kat my hubby dan my hubby pun suka so apa lagi kalau dah suka keluarkan duit la hihihi...cincin tunang ni harganya RM850.

Gelang untuk Batal Air Sembahyang  
thanks abang untuk gelang tangan yang cantik ni :)
My hubby cakap nak settlekan beli bling bling untuk saya so dia suruh pilih terus gelang untuk acara batal air sembahyang. Apa lagi saya dan kakak-kakak my hubby terus kelabu mata pilih gelang pulak...pilih punya pilih akhirnya...yeayyy dapat yang berkenan di hati..gelang ni harganya 1k++ (tak ingat dah)...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan