Khamis, 30 Oktober 2014

Sterilizer & Warmer Autumnz ~Best Menggunakannya~

Assalamualaikum w.b.t

Sterilizer
Ingat lagi dulu-dulu my sister rebus botol susu anak untuk memastikan tak ada bakteria pada botol susu anak dia. Kaedah tu masih boleh digunakan.Tapi bagi sesiapa yang risau air rebusan kering sebab korang tak tunggu dan mahukan cara yang lebih efisen, korang boleh la gunakan sterilizer. Boleh steril botol susu, puting, breastpump dan bekas makanan anak korang. Cara nak gunakannya senang sahaja. Masukkan air 90ml, letakkan barang yang hendak disteril, tekan button dan tunggu sehingga bunyi bip.Siap.

Warmer
Korang boleh panaskan susu (terutama kepada mama-mama yang pam susu dan simpan dalam peti) atau makanan anak korang menggunakan warmer.Nak panaskan susu guna air suam pun boleh tapi susah nak pastikan suhu untuk panaskan susu atau makanan benar-benar tepat. Susu yang dipanaskan dengan air yang terlalu panas boleh menghilangkan zat-zat power yang ada dalam susu tu.Cara nak guna senang sahaja...masukkan air, set suhu (susu 40°c, makanan 70°c).Kalau nak steril guna warmer pun boleh (100°c). Lepas tu tunggu dan cek susu atau makanan sesuai atau tak untuk diberikan kepada anak. Siap.

Sterilizer & Warmer Home and Car Autumnz

Jeng jeng jeng....inilah yang my hubby beli untuk anak kami....


i cakap kat my hubby nak kaler ni jgk...baby blue colour...comei kan...:)

My hubby kata dia lebih yakin kalau barang-barang anak disteril menggunakan sterilizer...dan alang-alang dah beli sterilizer my hubby kata nak beli warmer sekali dan alang-alang nak beli warmer beli warmer home and car lah....haaa punya la banyak alang-alang haha.

My hubby beli secara online di www.lazada.com. Set sterilizer & Warmer Home and Car (blue) Autumnz ni berharga RM179.90 dan tiada cas pos dikenakan.Berpatutan kan harganya.


#jom pastikan kebersihan dan kesihatan anak kita terjamin
#saya sudah anda bila lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan