Sabtu, 8 November 2014

SAYA NAK KURUS!!!!!!

Assalamualaikum  w.b.t

Nak kurus nak sihat nak cantik semua nak.....berat badan mencanak naik semasa mengandung...... 5 bulan pertama berat badan turun.....4 bulan terakhir naik tak terduga...

Dua hari lepas bersalin baru timbang..turun 10kg...ok hepi sangat...tempoh berpantang dah nak habis turun 3kg je...arghhhh sikitnye turun...jauh lagi nak sampi berat badan sebelum kahwin..sebelum kahwin pun dh gemuk teruk la macam ni...isk3...sob3

Go go go fighting...lemak i hate u...lawat blog kevin zahri...ok puan fatimah u must follow his advice...25 tips kuruskan badan.
walaupun masa ni tak kurus sangat dapat camni balik pun ok la
Nak pakai lagi baju ni...baju tunang yang i very suka....wawawawa :'(



#abang please help me...give me your support
#caiyokkkkkkkk



Selasa, 4 November 2014

♡pErKaRa SiMpLe YaNg SeLaLu BuAt SaYa JaTuH CiNtA♡

Assalamualaikum  w.b.t

gambar raya di rumah embah...sumayyah dalam perut ummi masa ni
Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta pada perkara yang sangat simple kan...korang pun mesti ada perkara yang buat korang jatuh cinta pada pasangan korang kan. Perkara simple yang buat saya selalu jatuh cinta dan jatuh cinta lagi pada my hubby antaranya :

☆ Tengok My Hubby Pakai Cincin Kahwin ke Mana Saja.

my hubby pakai cincin yeayyy...
Like flower dancing in my heart...haha...perkara ni selalu buat saya jatuh cinta lagi pada my hubby....bila tengok my hubby pakai cincin kahwin ke mana sahaja...rasa "yeayyy" hehe..walaupun perkara ni simple..tapi...kalau suami korang tak nak pakai cincin kahwin mesti sedih kan....

☆ Hantar Gambar Yang Diedit Sendiri Melalui Telefon

senyum sorang-sorang bila abang hantar gambar ni :)
Time saya pregnant dulu sebelum pergi kerja tiba-tiba my hubby nak ambik gambar...sampai kat tempat kerja tiba-tiba dapat gambar yang my hubby edit melalui whatsaap..ouchhh...touching..jatuh cinta sekali lagi huhu...

☆ Pegang Tangan Masa Drive

Masa drive my hubby akan drive dengan tangan kanan dan tangan kiri akan pegang tangan saya. Walaupun kadang-kadang ada lenguh sikit tapi saya sangat suka.i love u so much abang hehe...

☆ Bila My Hubby Bawa Handbag

Sangat suka bila my hubby bawakan handbag saya bila berjalan ke mana-mana...u look very gentleman sayang hehe...i like....

☆ 'Baik-baik Ayang'

Ayat ni dah sinonim sangat dengan my hubby. Setiap kali saya nak ke mana-mana, lintas jalan, angkat barang dan lain-lain..ayat terakhir mesti "baik-baik ayang" "love u"...ok very touching dan rasa sangat disayangi...cewahhhh haha....


#banyak lagi perkara yang buat ayang jatuh cinta kat abang
#my hubby tak baca blog saya so tak malu nak puji-puji abang
#apa yang buat korang jatuh cinta sekali lagi????


Isnin, 3 November 2014

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur -Part 2

Assalamualaikum  w.b.t

Dulu saya pernah tulis pasal tempat makan menarik di Kuala Lumpur. Kali ni jom tengok tempat makan lain yang best di KL :

Rosdet Tom Yam
malam-malam makan thai food...fuhhh yummiii

Restoran yang berkonsepkan makanan Thai ni terletak di Kampung Baru berdekatan Hotel Kuala Lumpur. Kalau susah nak cari guna sahaja waze cari Pusat Kutipan Zakat pun boleh.Mesti jumpa la.. Saya datang makan kat sini pada bulan Ramadhan yang lepas. Ikut suami berbuka puasa dengan cikgu-cikgu sekolahnya.

Semua makanan yang ditempah seperti tom yam, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, kailan ikan masin,sotong goreng tepung dan macam-macam lagi menepati citarasa saya. Kalau anda datang pada bulan puasa kena tempah dulu lah sebab terlalu ramai pengunjung di sini sampai nak bayar bil pun kena beratur panjang. Restoran ni jugak menyediakan surau dan tandas. Apa yang paling penting harga makanan disini sangat berpatutan...So ape lagi boleh la cuba yummii di sini....

Restoran Murni Discovery
 satu-satunya cawangan yang kitorang pernah datang (gambar hiasan dari web restoran murni)

Restoran Murni ni ada banyak cawangan..saya hanya pernah makan di Bandar Sri Permaisuri,Cheras...kali pertama datang ke sini sebab ikut suami reunion dengan rakan-rakan institut perguruannya..

Makanan disini sangat sedap..air pun special...kepada sesiapa yang suka makan banyak sesuai datang ke sini sebab makanan yang disediakan dalam satu pinggan agak banyak. Kali  pertama datang ke sini saya dan my hubby terus terpikat dengan makanan di restoran ini...dan membuatkan kami kembali ke sini lagi hehe...



#jom cari lagi tempat makan best

Sabtu, 1 November 2014

♡~Cincin & Gelang Cinta~♡

Assalamualaikum w.b.t

mood ~feeling malu-malu kucing time bertunang~
Duduk sorang-sorang ni tiba-tiba teringat...saya tak pernah tulis entry tentang cincin dan gelang cinta...cewah...actually cincin merisik, cincin bertunang dan gelang batal air sembahyang perkahwinan saya.....selama ni tulis entry kat blog ni semata-mata tak nak semua kenangan dilupakan macam tu je..nsib baik teringat sebelum jadi makin pelupa..hehe

Cincin Merisik
Saya dan my hubby beli cincin merisik ni di Kedai Emas Poh Kong,Sogo,Kuala Lumpur.Untuk merisik saya pilih cincin belah rotan sahaja...kebetulan Kedai Emas Poh Kong ada buat promosi cincin belah rotan...murah-murah sahaja...so kami terus sambar..RM160 sahaja..dan disebabkan my sister belum kahwin (langkah bendul hiii) so my hubby sambar jugak cincin belah rotan satu lagi untuk dijadikan sebagai hadiah kepada my sister sebab langkah bendul.

Cincin Bertunang
Disebabkan majlis merisik dijalankan pada hari yang sama dengan majlis tunang so kami terus cari cincin tunang.Nak cari cincin tunang ni banyak kedai emas yang saya dan my hubby masuk tapi semua tak berkenan di hati.Kebetulan pada hari yang sama my hubby ajak saya berbuka puasa dengan abang,kakak,abang ipar dan kakak iparnya (first time jumpa...sesi suai kenal) so my hubby bagi cadangan untuk pilih cincin tunang dan gelang dengan kakak-kakaknya...

Lepas buka puasa di Restoran Asam Pedas,kami semua pergi ke Kedai Emas Poh Kong di Tesco Ampang.Dengan bantuan kakak-kakak my hubby yang sangat sporting akhirnya dapatttt...tunjuk kat my hubby dan my hubby pun suka so apa lagi kalau dah suka keluarkan duit la hihihi...cincin tunang ni harganya RM850.

Gelang untuk Batal Air Sembahyang  
thanks abang untuk gelang tangan yang cantik ni :)
My hubby cakap nak settlekan beli bling bling untuk saya so dia suruh pilih terus gelang untuk acara batal air sembahyang. Apa lagi saya dan kakak-kakak my hubby terus kelabu mata pilih gelang pulak...pilih punya pilih akhirnya...yeayyy dapat yang berkenan di hati..gelang ni harganya 1k++ (tak ingat dah)...



Khamis, 30 Oktober 2014

Sterilizer & Warmer Autumnz ~Best Menggunakannya~

Assalamualaikum w.b.t

Sterilizer
Ingat lagi dulu-dulu my sister rebus botol susu anak untuk memastikan tak ada bakteria pada botol susu anak dia. Kaedah tu masih boleh digunakan.Tapi bagi sesiapa yang risau air rebusan kering sebab korang tak tunggu dan mahukan cara yang lebih efisen, korang boleh la gunakan sterilizer. Boleh steril botol susu, puting, breastpump dan bekas makanan anak korang. Cara nak gunakannya senang sahaja. Masukkan air 90ml, letakkan barang yang hendak disteril, tekan button dan tunggu sehingga bunyi bip.Siap.

Warmer
Korang boleh panaskan susu (terutama kepada mama-mama yang pam susu dan simpan dalam peti) atau makanan anak korang menggunakan warmer.Nak panaskan susu guna air suam pun boleh tapi susah nak pastikan suhu untuk panaskan susu atau makanan benar-benar tepat. Susu yang dipanaskan dengan air yang terlalu panas boleh menghilangkan zat-zat power yang ada dalam susu tu.Cara nak guna senang sahaja...masukkan air, set suhu (susu 40°c, makanan 70°c).Kalau nak steril guna warmer pun boleh (100°c). Lepas tu tunggu dan cek susu atau makanan sesuai atau tak untuk diberikan kepada anak. Siap.

Sterilizer & Warmer Home and Car Autumnz

Jeng jeng jeng....inilah yang my hubby beli untuk anak kami....


i cakap kat my hubby nak kaler ni jgk...baby blue colour...comei kan...:)

My hubby kata dia lebih yakin kalau barang-barang anak disteril menggunakan sterilizer...dan alang-alang dah beli sterilizer my hubby kata nak beli warmer sekali dan alang-alang nak beli warmer beli warmer home and car lah....haaa punya la banyak alang-alang haha.

My hubby beli secara online di www.lazada.com. Set sterilizer & Warmer Home and Car (blue) Autumnz ni berharga RM179.90 dan tiada cas pos dikenakan.Berpatutan kan harganya.


#jom pastikan kebersihan dan kesihatan anak kita terjamin
#saya sudah anda bila lagi :)

Rabu, 29 Oktober 2014

Perkahwinan Jarak Jauh - Oohh Peritnya -

Assalamualaikum w.b.t....

Tajuk entry macam diri ni terjebak dengan perkahwinan jarak jauh (PJJ) je huhu...actually saya bukanlah golongan yang selalu derita dengan perasaan rindu sebab berjauhan dengan pasangan ni...cuma bila berpantang di kampung terpaksa berjauhan dengan suami tercinta....seminggu sekali baru dapat jumpa...sob3...

dah lama x berselfie....lepas ni selfie dengan sumayyah pulak...miss u very much
Baru berjauhan sebab cuti berpantang pun saya dah rasa pedihnya menanggung rindu...inikan pula suami isteri yang terpaksa melalui PJJ...ramai kawan-kawan yang terjebak dengan keadaan ni...my sister sendiri pun terjebak..my sister kat Johor husband pulak kat Terengganu....hmmm sekarang saya betul-betul faham perasaan korang...banyakkan bersabar ye korang-korang yang terpaksa melalui keadaan ni...semuanya hanya kerana tuntutan kerja...sabar dan terus sabar...

#minggu ni sekolah husband buat kem...tak boleh balik kampung
#pertama kali berjauhan dengan suami untuk dua minggu...ohhh lamanya...

Khamis, 9 Oktober 2014

Pengalaman Melahirkan Anakku Sumayyah

Assalamualaikum w.b.t....

Hari ni umur Sumayyah 11 hari...time berpantang ni dilayan macam anak raja...melepak je sambil tengok tv....tiba-tiba teringat pulak kenangan semasa di wad untuk melahirkan Sumayyah...
Hai...Ummi nak cerita pengalaman nak lahirkan saya la :)
Ok...hari ni nak share pengalaman saya melahirkan Sumayyah...puteri pertama kesayangan Ummi dan Abi....

26 September 2014
Pukul 10.00 pagi mak sapu sampah di ruang tamu...saya yang tengah sarat mengandung 39 minggu hanya duduk sambil bersembang dengan mak hehe...tiba-tiba rasa nak masuk tandas...dalam tandas tiba-tiba terfikir kalau jatuh mesti bahaya ni dan dupppp...saya betul-betul jatuh terduduk macam nangka busuk dalam tandas tu hehe...

Mula-mula baby dalam kandungan bergerak macam biasa....saya pun tak rasa sakit...so saya terus tengok tv macam biasa hehe....tiba-tiba bila nak bangun ke dapur rasa sakit yang amat sangat dah datang....sakit di bahagian peranakan akibat jatuh...mak dah mula risau....mak terus call mak cik tukang urut untuk tengokkan....mak cik terus datang dan proses mengurut bermula....akhirnya mak cik cakap sepanjang mengurut dia tak rasa tindak balas dari baby....baru saya tersedar...betullll!!!...baby tak bergerak sepanjang proses mengurut....mak cik sarankan pergi hospital....so saya, mak dan abang terus bergegas ke hospital...en.suami masih di KL menjalankan tugasnya sebagai pendidik..
Upsss....alamak Ummi terjatuh kat tandas hehe
Sampai di Hospital Jengka rawatan dibuat dan pihak hospital menghantar saya ke Hospital Temerloh sebab tak ada pakar di Hospital Jengka...so gung gang gung ganglah saya di dalam ambulan...aduh sakit badan naik ambulan.....sampai sahaja di Hospital Temerloh saya terus dimasukkan ke wad...my hubby dari KL terus balik bila dapat tahu saya dihantar ke Hospital Temerloh...

Malam tu doktor buat CTG dan scan untuk lihat keadaan baby...my hubby turut sama temankan...dan yeayyy alhamdulillah doktor pakar cakap baby ok dan esok saya boleh keluar wad....

27 September 2014
~Hepi Besday to me~....sedihnya sambut besday di hospital... tak sabar nak keluar wad...pagi tu doktor pakar datang dan buat rawatan..."tak payah balik la, dah cukup bulan lagipun pernah ada masalah baby kurang gerak..takut jadi apa-apa so tunggu baby keluar la ye"....ohhh....kena tidur di wad lagi...:'(

Selesai solat zohor nurse bagitau yang doktor panggil sebab nak masukkan balloon untuk mempercepatkan bukaan...hahhhh...apa ni??? Tak pernah tau pasal semua ni...takutnya...
mungkinkah sumayyah lahir 27september2014?????
Pukul 2.30 petang doktor cek bukaan jalan...baru 1cm...so doktor masukkan balloon untuk mempercepatkan bukaan dan alhamdulillah tak sakit. My hubby dah seronok sangat sebab fikir saya nak bersalin hari ni..."nanti besday ayang sama dengan anak kita"...tak abis-abis ayat tu diulang hehe...walaumacamanapun saya masih tak rasa sakit nak bersalin...

28 September 2014
Semasa bangun pagi untuk solat subuh..pluppp...balloon dah jatuh...doktor cek...bukaan jalan baru buka 3cm...dan saya tak rasa apa-apa sakit lagi...jam 1.30 petang...doktor cek bukaan jalan dan bagitau yang doktor nak masukkan ubat...untuk rangsang rasa sakit bersalin dan bukaan jalan terbuka lebih cepat....ya Allah takutnya....alhamdulillah my hubby sentiasa berada di hospital sejak pagi...kurang sikit rasa takut...

Pukul 4.00 petang my hubby hantar set KFC sebab isteri dia nak makan KFC sebelum bersalin hehe...4.30 petang rasa sakit bersalin dah mula menyerang...my hubby hanya mampu picit-picit badan dan minta saya sabar...doktor cakap nak buat review induce pukul 7.30 malam...tunggu punya tunggu doktor tak sampai lagi...dah tak tahan sakit...saya mengadu pada doktor lain...doktor cek baru 3cm...ohhh noooo....jam 8.15 malam doktor datang untuk buat review...haaaa dah buka 5cm...saya terus bersiap untuk ke labour room....
yum yum yummmiii sedapnya KFC.....
Labour room full...nurse minta tunggu di wad dulu...my hubby diminta keluar dulu oleh mak cik guard sebab bukan waktu melawat...so my hubby tunggu diluar sahaja...jam 11.00 malam sakit bersalin terus menyerang...saya call my hubby...my hubby terus masuk wad jumpa nurse..."isteri saya dah menangis tak tahan sakit"...hehe kelakar pulak bila teringat...nurse terus datang dan cek bukaan jalan..."masih 5cm kalau pergi labour room pun tak guna lagi...labour room full"...my hubby dah nampak mula nak marah...dia keluar dulu tunggu diluar...

jam 11.30 malam...sedang tahan sakit kat atas katil...burrfff....air ketuban pecah...abis basah katil...saya terus jumpa doktor bagitau air ketuban dah pecah...doktor terus cek bukaan...dah 6cm...nurse cepat-cepat hantar ke labour room...time tula call my hubby tak dapat....

Di Labour Room
"Macamana suami saya nak tau saya ada kat sini"...hehe...ayat pertama yang keluar sebaik saja nurse di labour room datang...nurse terus call my hubby...tak lama lepas tu my hubby datang...kurang sikit rasa risau dan takut yang ada...my hubby cakap "tak pernah tengok ayang dalam keadaan macam kat labour room" hihihi....saya dah tak ada rasa malu langsung...sakit yang teramat sangat...ayat yang hanya saya dengar dari my hubby "ayang kena kuat...abang tahu ayang boleh...ni anak kita ...ayang kuat"...terharu pulak bila ingat ayat tu....ayat dari nurse pulak "zikir banyak-banyak...bila rasa sakit dah kurang...baca lailahailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"...
Kesian Ummi...alhamdulillah abi sentiasa temankan Ummi
"Ok dah 8cm banyakkan zikir ye" rasa lega bila nurse bagitau yang bukaan jalan makin terbuka...sakit bersalin makin kerap "aduh dah tak tahan la rasa nak teran sangat" hehe lawak pulak bila ayat tu keluar dari mulut saya"..."ok dah full" kata nurse....so nurse mula ajar saya meneran...terharu dengan kata-kata semangat semua orang di dalam labour room sepanjang proses meneran untuk mengeluarkan baby.my hubby bersungguh-sungguh beri kata-kata semangat dah macam bagi semangat pada murid semasa hari sukan pulak hihihi....dan alhamdulillah lebih kurang 5 kali push Sumayyah selamat dilahirkan....rasa lega sangat bila baby dah keluar dan dapat peluk baby...next session. ....proses menjahit....arghhh proses paling mengerikan...sangat sakit dan ngilu....ok la tak nak cerita pasal tu.....
yeayyyy sumayyah dah selamat dilahirkan...


# Bertuahnya wanita bila dapat melalui pengalaman bersalin.
# Lebih bertuah bila ditemani suami dan suami sangat memahami kesakitan yang isterinya alami semasa mengandung, melahirkan dan selepas bersalin.
# Semua suami wajib lebih menghargai isterinya.


Selasa, 7 Oktober 2014

♡Nur Sumayyah Asy Syifa♡ Cinta Hati Ummi & Abi

Assalamualaikum wbt......

mulut nak carik susu hihi
Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah....tiada ungkapan mampu dilafazkan bila insan istimewa yang ditunggu-tunggu akhirnya selamat dilahirkan.

Nur Sumayyah Asy Syifa Binti Mohamad Haidzir...cinta hati Ummi dan Abi selamat dilahirkan pada hari Isnin 29 September 2014 bersamaan 4 Zulhijjah 1435 Hijrah tepat jam 1.00 pagi.

Nur : Cahaya
Sumayyah : Kebanggaan / wanita pertama mati syahid dalam Islam
Asy-Syifa' : Penawar (ejaan yang saya nak tapi pegawai pendaftar tak bagi sebab ada simbol....isk3:(... sedih...)

Semoga anak Ummi dan Abi ni menjadi umpama cahaya yang sentiasa membanggakan Ummi dan Abi disamping menjadi penawar kepada semua masalah.

Semoga puteri kesayangan Ummi dan Abi juga mampu menjadi setabah dan sekuat Sumayyah dalam mempertahankan akidah Islamiyyahnya....

Ummi & Abi sayang Sumayyah sangat-sangat.....Terima Kasih Allah....

Rabu, 10 September 2014

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum. ...

Hari raya dah lama berlalu....lebihan bahan buat biskut raya dulu masih ada.....nampak je coklat masakan terus rasa nak buat kek coklat....macam biasa jari jemariku terus menyentuh screen note ku untuk mencari resepi kek coklat...lepas buka beberapa blog dan diolah-olah resepi dari beberapa blog langkahku untuk buat kek coklat bermula...

Gambar hiasan semata-mata.... (kek yang kubuat dah selamat masuk perut hihihi)

BAHAN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

BAHAN B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

BAHAN C :
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara Membuat :
1. Ayak semua bahan B dan ketepikan sekejap
2.Masukkan semua bahan A dalam periuk dan kacau hingga sebati dengan api yang kecil
3.Pecahkan telur dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. (Saya blender je..senang hehe).Tuang bahan A tadi bersama esen vanila ke dalam telur dan kacau hinggasebati.
4.Masukkan bahan B dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
5.Tuang adunan dalam loyang.Buatla apa cara untuk memastikan wap air tak masuk adunan.
6.Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api sederhana. (Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu)
7.Angkat dan tunggu kek sejuk

BAHAN UNTUK MEMBUAT TOPPING

300 gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter

Cara Membuatnya :
1.Panaskan susu cair dan susu pekat (gunakan kaedah double boiler)
2.Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.Padamkan api dan masukkan butter.kacau lagi hingga cair.
3.Curahkan topping ke atas kek yang masih panas hingga menutupi selurh kek
4.Hiaslah dengan coklat rice atau apa sahaja yang anda suka
5.Bila kek dah sejuk bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk atau terus dimakan.



# Selamat Mencuba :)

Ahad, 7 September 2014

Makan lagi @ Seoul Garden

Assalamualaikum. ....
yummiiii.....:):):)
Sebelum bersalin orang kata kena makan puas-puas dulu....makan sahaja la apa yang terigin...nanti dah bersalin banyak pantang larangnya....dah habis sesi berpantang 44 hari makan kena jaga juga demi kesihatan dan keselesaan bayi....so sebelum baby keluar...ummi nak yummiiiii dulu hehe....

"Sebelum bersalin ayg nak makan kat seoul garden dulu tau...nak yummi banyak-banyak"... "ok syg boleh je"....hehe itulah ayat nak ajak my hubby makan kt situ...kami berdua memang suka makanan-makanan yang ada di sana...makan sampai penat haha...

so masa kandungan berusia 35 minggu kami pun pergi ke Seoul Garden di KL Festival City....macam biasa saya suka tukar soup...kami pilih sup tom yam...dan bermulalah sesi ngap ngap ngap....my favourite is coffee beef n coffee chicken....fuhhh yummi....lepas makan...makan lagi...lagi...lagi dan lagi....diteruskan lagi dengan sushi...kuih....buah....aiskrim...dan air batu campur....alhamdulillah kenyang.....hiiiii :)

# jom makan selagi berselera ni.....:):):)

Sabtu, 26 Julai 2014

Baju Rayaku 2014

Assalamualaikum. .....

dah macam katalog baju hehe...

Hari raya bakal menjelang kurang 1 minggu dari sekarang...macamana dengan persiapan hari raya anda???...tahun ni kali pertama saya bergelar isteri di hari raya haha....dan untuk pertama kali saya tak beraya dengan mak ayah pada hari raya pertama...sebab tahun ni raya pertama di kampung suami.....sob sob sob.....but its ok...I still have my beloved husband and his family....:)

Berapa banyak baju korang beli untuk hari raya tahun ni???? Jangan banyak-banyak sangat...membazir....disebabkan raya kali ni saya sedang mengandung 30 minggu jadi semangat beli baju raya yang vogue kurang sikit..tapi apa pun baju raya mesti kena ada....hihihi...kat bawah ni baju-baju raya saya dan my hubby untuk tahun ni :)

HARI RAYA PERTAMA

sila abaikan kedut-kedut yang ada pada baju huhu
baju my hubby : Kenanga Wholesale
baju saya : kedai baju kat kampungku hehe...bandar jengka
PUTIH : hari raya pertama kami pilih tema putih...nak bagi nampak suci sikit hehe...actually baju my hubby je yang baru...baju saya tu baju raya 2 tahun lepas...disebabkan jubah putih saya tu saya pakai masa raya 2 tahun lepas sahaja dan tak pakai dah lepas tu so recycle balik hahaha....alhamdulillah jubah ni masih muat untuk mama bam bam ni hiiiii

HARI RAYA KEDUA

baju my hubby : Aeon wangsa maju
baju saya : tesco ampang
OREN : my hubby cakap di kampungnya pada hari raya kedua diorang duduk rumah sahaja untuk menerima kunjungan tetamu....open house....so tak perlulah baju yang vogue sangat kan kalau nak duduk di rumah sahaja...my hubby pilih t-shirt dan saya pilih blouse dan skirt sahaja...:)

HARI RAYA KETIGA

baju my hubby : tak tau beli kat mana
baju saya : tesco ampang
BIRU : hari ni hari untuk pulang beraya ke kampung saya di Pahang pulak...disebabkan perjalanan yang jauh dari Kedah ke Pahang...sekali lagi saya pilih blouse dan skirt.....yela nak pakai baju cantik-cantik sangat pun nak buat apa...duduk dalam kereta je hehe....my hubby pulak akan pakai kemeja berkotaknya...kali ni dia pulak tak pakai baju baru hihihi...

HARI RAYA KEEMPAT

baju my hubby : jusco Maluri
baju saya : Kenanga Wholesale
GOLD : yang nilah baju rayaku paling vogue tahun ni hehe...tapi raya keempat baru dapat pakai hihihi....nak pakai baju ni kalau pergi beraya lagi la masa ni heee.....my hubby dengan t-shirtnya dan saya dengan my fish dale hiiii

HARI RAYA KELIMA

baju my hubby : kat kampung..my mom alter dulu hiii
baju saya : kedai baju di sungai petani...beli time belajar dulu tapi tak pernah pakai huhu

HITAM : nak beraya lagi ke....of course la...raya kan sebulan hehe...ni standby je...sebenarnya masa buat family trip ke Terengganu bulan 6 yang lepas..my hubby beli satu baju dan masih belum pakai...so kami decide untuk jadikan baju tu sebagai baju raya..kali ni my hubby je la dengan baju barunya....saya recycle balik jubah zaman study dulu...muat lagi ke....emmmm

HARI RAYA KEENAM

Ulang balik : hari raya keenam kami akan pulang ke kampung nenek saya di Selangor...masa ni ulang balik je la pakai baju raya yang dah pakai hehe...emmm...nak pakai warna gold la...hehe...



# so macamana dengan persediaan baju raya anda....tak perlu semuanya baru...asalkan cantik, kemas dan bersih ok la....orang takkan tanya "baju raya tahun lepas ke" hehehe


Jumaat, 25 Julai 2014

Biskut Cream Cheese Oreo

Assalamualaikum. ....

Hasil jari jemariku yang menyentuh skrin note 2 ku untuk melihat-lihat resepi biskut raya di facebook....mataku tertarik pada satu biskut yang tidak ku tahu namanya....owner yang post resepi tu pun tak meletakkan nama pada biskut yang menarik itu....lantas saya menarik perhatian suami tercinta untuk meneruskan program ketuk-ketuk ramadhan kami hehe....wahhhh berpujangga tuuuuu huhu...biskut ni sangat mudah dan cepat untuk disediakan...yang penting rasanya juga boleh tahan....yummmi...saya bagi nama biskut ni ikut suka hati saya je la hehehehe....

Sangat mudah....saya dan my hubby buat sambil tengok tv je :)


BAHAN-BAHAN :

Biskut Oreo
Biskut Marie
Cream Cheese (saya guna jenama Tatura milk)
Coklat masakan
Coklat Rice

CARA PENYEDIAAN :

1. Hancurkan biskut oreo dan biskut marie. Pastikan betul-betul hancur...macamana??? Suka hati..my hubby masukkan biskut dalam plastik dan ketuk guna ulu lesung batu hehe. Gaul rata biskut dalam bekas.
2. Masukkan cream cheese dan gaul lagi sehingga adunan sebati
3. Bentukkan adunan. Bulat, lonjong, petak atau tiga segi..ikut suka hati
4. Celup adunan yang telah dibentuk ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan...gunakan kaedah double boil
5. Tabur coklat rice selepas celup adunan tadi
6. Masukkan biskut ni dalam peti ais untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap...hehe


# cuba jangan tak cuba....tak ada oven bukan alasan lagi :)


Isnin, 21 Julai 2014

♡ Seronoknya Sediakan Barang Kelengkapan Bayi ♡

Assalamualaikum w.b.t ........

***JOM SHOPING****

Alhamdulillah dah 95% lengkap :)
Setiap wanita yang bakal bergelar ibu pasti tak sabar hendak menyediakan segala kelengkapan untuk cahaya mata yang bakal dilahirkannya...tak kurang juga dengan bakal bapa....saat ini menjadi salah satu saat yang cukup indah sepanjang menanti kelahiran si manja...sebelum bergelar seorang isteri lagi saya suka melihat baju kanak-kanak yang sangat comel....now...its my turn....bila kandungan dah hampir mencecah 7 bulan...saya dan suami mula membeli kelengkapan untuk bakal cahaya mata penyeri rumahtangga kami dengan lebih serius...tak serius ke sebelum ni????? Hehe...sebelum ni survey je...nak over shoping barang baby pun tak berani....sekarang dah tiba masanya....gembira sangat bila tengok hasil kelengkapan barangan baby yang kami dah beli....Walaupun doktor cakap InsyaAllah my baby is a girl tapi saya dan my hubby tak nak terlalu berharap..kami buat keputusan untuk beli barang baby yang sesuai untuk girl atau boy....Kebanyakan barangan yang kami beli adalah di Manjaku Baby Centre..jom cuci mata tengok hasil shoping saya hehe....☆☆☆

1) Tilam Bayi Super Jumbo (Baby Scots)


Tilam bayi ni barangan pertama yang saya dan my hubby beli. Kami beli semasa ada baby fair di SACC Shah Alam. Harga asal tilam ni RM350 tapi masa baby fair tu harganya RM250. Memang agak mahal tapi saya dan suami sangat berpuas hati dengan material tilam ni. Tebal dan selesa...bila dah siap pasang, bakal Abi dan Ummi ni pun rasa nak tidur kat tilam ni.hehe

ala-ala tempat tidur princess gituuuuu.....
2) Baby carrier (Baby Scots)

Baby carrier atau saya panggil kanggaroo hehe.... merupakan barangan bayi yang my hubby paling tak sabar nak beli. Katanya dia nak sangat dukung anak kami nanti guna baby carrier...berangan la tu hehe..baby carrier ni pun kami beli di SACC Shah Alam semasa baby fair. Harga asal RM128 tapi masa ni harganya RM69.90

lepas dah beli yang ni jumpa yang lagi best pulak huhu
3) Tilam Sleeping Bags

Lepas beli tilam super jumbo tu my hubby cakap nak beli tilam kecil satu.Senang kalau nak pergi jalan-jalan atau balik kampung. Saya fikir ada betulnya jugak... lebih senang untuk dibawa ke sana sini. Tilam ni kami beli di Manjaku Baby Centre dengan harga RM59.90.

Sangat unik...bantal kepala dan bantal golek dah dijahit terus pada tilam...cute :)
4) Beg baby

Beg baby ni saya dan my hubby beli di Aeon Wangsa Maju. Harganya tak mahal sangat hanya RM29.90. Pada awalnya my hubby tak nak beli katanya mesti ada orang bagi hadiah nanti hahaha berangan...tapi lepas dipujuk dia beli jugak hehe...beg ni penting jugak sebagai persediaan awal nak packing barang baby dan simpan dalam kereta..dengan kata lain sentiasa standby...maklumlah setiap hari saya bawa kereta kalau tiba-tiba nak bersalin senang sikit...terus drive pergi hospital je hehehe

amacam....ok tak???
5) Baju

My hubby banyak kali pesan jangan beli baju banyak-banyak...anak cepat besar...ok i dengar cakap...kami hanya beli dua helai baju yang berjaring dan dua helai baju biasa...kakak  ipar saya pun ada bagi beberapa helai baju...cukuplah ye sayang Ummi....nanti baby dah lahir lagi seronok nak beli banyak-banyak dan sesuai dengan jantina anak Ummi nanti :)

baju yang saya beli
Baju yang kakak ipar bagi
6) Barut

Barut ni saya dan my hubby beli di Butik Ibu Mengandung, Gombak...pertama kali tengok my sister guna barut ni untuk baby dia saya sangat tertarik...terus ajak my hubby pergi ke Butik Ibu Mengandung tu nak beli barut macam tu jugak hehe..biasanya barut berwarna putih....sekarang ni dah macam-macam warna..tapi first time tau tengok barut yang sangat berwarna-warni macam ni dan apa yang lebih special...barut ni dipotong ke atas sedikit di bahagian belakang untuk mengelakkan barut terkena najis bayi...Barut yang comel ni berharga RM29.00. Satu set ada 5 helai.

Comel tak ???? :)
7) Tuala Bayi

Mula-mula nak beli tuala yang bercorak ceria..last sekali my hubby cakap ambil yang material selesa...tak payah bercorak pun tak apa...hehe...ok i follow..harga tuala bayi ni hanya RM5.90

murah dan sangat simple kan...
8) Selimut Bayi

Awal-awal lagi saya cakap pada my hubby...nak selimut yang ada topi ...kesian my hubby layan je la isteri dia sorang ni...cari punya cari jumpa jugak selimut bayi yang ada topi hehe...harganya RM27.90 di Aeon Wangsa Maju

selimut ni agak besar....ok la boleh guna lama
9) Kain Lampin

Sebelum mengandung lagi saya dah fikir.....kalau ada baby nanti nak guna kain lampin yang bergambar..hehe... macam-macam pilihan ada sekarang ni...kami pilih jenama  Pureen sebab kainnya lebih tebal dan lembut. Saya beli kain lampin ni di Aeon Wangsa Maju. Satu set berharga RM32.90 dan ada 10 helai untuk satu set.

ada dua warna dalam satu set...kami pilih kuning dan purple
10) Sarung tangan dan kaki

Alhamdulillah kakak ipar saya bagi banyak sarung tangan dan kaki....kebanyakkannya adalah hadiah dari kawan-kawannya tapi baby dia tak muat pakai...biasanya sarung tangan dan kaki dalam set hadiah bayi memang kecil so kalau lambat pakai memang dah tak muat....so saya dan my hubby hanya beli sarung tangan dan kaki yang besar-besar ...murah sahaja...satu set ada 4 pasang sarung tangan dan kaki...satu set hanya RM6.32..."masa baru lahir anak Ummi guna yang mak cik bagi ye" :)

alolo comel je :)
11) Sapu tangan bayi

Pada mulanya tak nak beli sapu tangan bayi ni...lap mulut bayi guna kain lampin pun tak apa...tapi bila ada sale mula la tangan ni laju je menyambar hehe. Set sapu tangan yang comel ni hanya berharga RM9.90

Satu set ada 8...boleh la tukar-tukar
12) Pelapik getah (rubber sheet)

Saya tak pasti pelapik getah ni penting atau tidak. Tapi kami beli jugak sebagai persediaan. Mungkin penting untuk digunakan semasa menyalin lampin bayi.Kami beli rubber sheet ni di Manjaku Baby Centre dengan harga RM14.90.

ada banyak pilihan bercorak yang comel-comel...saya pilih yang simple dan  murah je hehe..
13) Set mandian baby 

Haaa senang beli set mandian bayi ni..tak payah nak susah-susah carik satu-satu. Set ni dah lengkap dalam bekasnya dan ada baby lotion, baby bath, baby talcum dan baby shampoo jenama Anakku. Set mandian ni berharga RM13.90.

jom kasi lotion banyak-banyak kat baby...selembut sutera anakku hihi
14) Minyak telon

Sebenarnya saya tak pasti minyak apa yang sesuai digunakan untuk bayi...maklumlah ini anak pertama kami. Walaumacamanapun untuk melengkapkan barangan bakal bayi kami..saya beli jugak...hasil sembang-sembang dengan cashier di Manjaku Baby Centre saya pilih minyak telon. Harga minyak Telon ni ialah RM6.90

apa yang penting jangan bagi baby minyak panas
15) Botol susu kecil

Saya dan my hubby decide nak beli botol susu kecil sahaja. Sebab sepanjang tempoh berpantang baby mesti guna botol susu kecil sahaja...dan saya bercadang nak bagi susu ibu secara eksklusif. Kalau tiba-tiba perlukan botol susu yang lebih besar saya mintak my hubby beli nanti saja la hehe. Botol susu ni hanya berharga RM5.90

kecilnya..hihi
16) Berus pencuci botol susu

Dah beli botol susu kenalah beli berus pencuci botol jugak kan...awal-awal saya dah cakap pada en.suami tugas mencuci ni tugas abang ok...dengan muka bangga my hubby jawab...no problem...cewahhh...wait and see hehe...

berus jangan tak berus....sental jangan tak sental...
17) Silicon baby pacifier (puting) 

Sebagai persediaan awal kami beli puting bayi..manalah tau baby nak hisap nanti...so kita standby...setahu saya puting yang bagus untuk bayi yang baru lahir ialah puting yang leper di bahagian depan, ringan dan senang melekat pada mulut bayi...so kami pilih puting ni..harganya hanya RM5.90

tak nak beli yang cantik-cantik sangat...biasanya yang bercorak lebih besar dan berat...
18) Pureen baby wipes (tisu basah) 

Alang-alang dah shoping barang bayi ni bila nampak baby wipes saya sambar je terus. Senang sementara ingat...zaman sekarang ni senang...nak bersihkan najis baby kita guna baby wipes je hehe...harga Pureen baby wipes ni dua bungkus RM9.50

benda ni pun saya beli awal...hehe
19) Kiddies buds (kapas telinga bayi) 

Kapas telinga ni penting untuk kita bersihkan rongga-rongga bayi nanti...kalau nak beli pastikan kita beli saiz baby tau...jangan beli saiz orang dewasa pulak hihihi...tak mahal pun harga kiddies buds ni...hanya RM4.70 sahaja

yang ni Abi & Ummi pun nak tumpang sekaki hiiiii
20) Lampin pakai buang (Drypers)
.
Lampin pakai buang ni kami tak beli pun.Kakak ipar bagi...alhamdulillah rezeki hehe...baby dia dah tak muat pakai saiz new born so kita bagi new baby pulak pakai ye :)

tak sangka...lampin pakai buang sudah menjadi barang beli belahku kini huhu
21)  Penyembur air

Tak tahulah penyembur air ni perlu ke tak..dulu-dulu saya tengok ada anak saudara yang guna...sekarang ni dah tak nampak sangat orang guna...macam biasa my hubby cakap beli je la...senang..haha..harga penyembur air ni hanya RM1.50.

semburrrrrrr
22) Raga 

Akhir sekali kami beli raga ni. Dah beli semua barang mestilah kena beli tempat untuk simpan barang....so kami beli raga ni untuk susun semua barang-barang yang dah dibeli..Raga ni hanya berharga RM12.90

selalu tengok orang berpantang guna ni...so beli je la
23) Thermos

Yang ni beli lambat-lambat pun tak apa...tapi alang-alang ada promosi my hubby cakap beli je terus...nanti dah ada baby kalau nak ke mana-mana senang...harga thermos ni hanya RM32.40

sangat berpuas hati dengan thermos ni....kukuh
24) Stroller

Alhamdulillah...akhirnya kami beli jugak stroller...pada awalnya saya cakap pada my hubby nak beli stroller lepas baby dah lahir...dia macam terima idea saya tapi still survey harga dan jenis-jenis stroller...biasalah mungkin orang lelaki lebih excited untuk beli barangan bayi jenis macam tu...kaum hawa pulak lebih excited nak beli barangan bayi yang berunsurkan kain...hihi....saya cakap pada my hubby kalau nak beli stroller....saya nak yang 3 tayar, multifunction, berkain tebal, selesa dan mempunyai struktur yang kukuh ...dan my hubby jumpa kriteria tu...haha apa lagi senyum sampai telinga dia bila dapat beli stroller...kami puas hati dengan stroller yang kami beli...alhamdulillah...harga stroller ni pun tak mahal hanya RM139 sahaja. Murah kan...hehe...masa ni ada sale di Manjaku Baby Centre...sebab tu en.suami asyik sebut nak beli stroller je hehehe

Masa nak beli...hanya tinggal dua padahal baru hari kedua sale...laris macam pisang goreng panas....



# my hubby sekarang asyik fikir nak beli apa lagi....masih tak puas shoping barang baby....lepas ni rasa macam nak shoping barang Ummi baby la.....lalalala :)