Isnin, 3 November 2014

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur -Part 2

Assalamualaikum  w.b.t

Dulu saya pernah tulis pasal tempat makan menarik di Kuala Lumpur. Kali ni jom tengok tempat makan lain yang best di KL :

Rosdet Tom Yam
malam-malam makan thai food...fuhhh yummiii

Restoran yang berkonsepkan makanan Thai ni terletak di Kampung Baru berdekatan Hotel Kuala Lumpur. Kalau susah nak cari guna sahaja waze cari Pusat Kutipan Zakat pun boleh.Mesti jumpa la.. Saya datang makan kat sini pada bulan Ramadhan yang lepas. Ikut suami berbuka puasa dengan cikgu-cikgu sekolahnya.

Semua makanan yang ditempah seperti tom yam, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, kailan ikan masin,sotong goreng tepung dan macam-macam lagi menepati citarasa saya. Kalau anda datang pada bulan puasa kena tempah dulu lah sebab terlalu ramai pengunjung di sini sampai nak bayar bil pun kena beratur panjang. Restoran ni jugak menyediakan surau dan tandas. Apa yang paling penting harga makanan disini sangat berpatutan...So ape lagi boleh la cuba yummii di sini....

Restoran Murni Discovery
 satu-satunya cawangan yang kitorang pernah datang (gambar hiasan dari web restoran murni)

Restoran Murni ni ada banyak cawangan..saya hanya pernah makan di Bandar Sri Permaisuri,Cheras...kali pertama datang ke sini sebab ikut suami reunion dengan rakan-rakan institut perguruannya..

Makanan disini sangat sedap..air pun special...kepada sesiapa yang suka makan banyak sesuai datang ke sini sebab makanan yang disediakan dalam satu pinggan agak banyak. Kali  pertama datang ke sini saya dan my hubby terus terpikat dengan makanan di restoran ini...dan membuatkan kami kembali ke sini lagi hehe...



#jom cari lagi tempat makan best

Tiada ulasan:

Catat Ulasan