Sabtu, 5 Julai 2014

Resepi Caramel Nut

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bulan puasa datang lagi...macam biasa bila bulan puasa dah tiba oven pun mula la berasap. Hari ni dengan jari jemari yang tak hebat memasak ni, saya dan my hubby mulakan program kuih raya kami hehe...Disebabkan tak hebat dalam masak memasak ni jadi kami pilih untuk buat kuih raya yang simple dan yang kami suka... "Caramel Nut"...


Bahan-bahan :

200gm tepung florenta / bienetta (nak murah pilihlah florenta)
200gm badam hiris
100gm kuaci
20gm bijan hitam

Cara-cara :

- Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven dengan suhu 150°c selama 5 minit)
- Campurkan tepung florenta dengan bijan hitam, badam hiris dan kuaci
- Satukan bahan-bahan tersebut dan gaul sehingga semua bersalut sempurna
- Sediakan loyang 14x14 (kalau tak ada guna je loyang yang anda ada dan muat masuk oven), alas loyang dengan kertas pelapik (pastikan anda guna kertas yang tak membuatkan kuih anda melekat-lekat)
- tuang adunan tadi dalam loyang (nipiskan adunan dalam loyang)
- bakar dalam oven dengan suhu 160°c selama 10-13 minit.
- potong kuih anda sebaik sahaja keluar dari oven (potong ikut saiz yang anda suka..biasanya saiz empat segi tepat)
- tunggu sampai sejuk dan jeng jeng dah siap :)




# selamat mencuba :)

Khamis, 3 Julai 2014

Resepi Kuih Kasturi @ Kuih Kacang Hijau

Assalamualaikum...

Antara kuih kegemaran my hubby ialah kuih kasturi ataupun orang panggil kuih kacang hijau. Disebabkan dia suka makan kuih ni saya pun suka untuk sediakan kuih ni sebagai juadah berbuka puasa. Ini adalah cubaan saya buat kuih ni untuk kali pertama.Macam biasa mula-mula pencarian resepi di google dimulakan. Namun semua resepi yang saya jumpa berbeza dengan cara yang mak saya buat. So untuk memuaskan hati saya call mak dan bermulalah sesi belajar memasak melalui telefon. Kat bawah ni resepi kuih kasturi versi mak saya hehe...inilah juga resepi yang paling yummmi...hiiiii

Gambar hiasan hehe...

Bahan-bahan :
Kacang Hijau
Air
Kelapa Parut
Garam
Gula
Tepung Gandum

Bahan tepung untuk menggoreng :
1 senduk tepung gandum
1 sudu tepung beras
secubit garam
sedikit kunyit

Cara-cara :
Rebus kacang hijau dengan air sehingga empuk dan airnya hampir kering. (Sukatan air lebih kurang macam kita masak nasi). Masukkan kelapa parut, gula (ikut tahap kemanisan yang kita suka), secubit garam dan sedikit tepung gandum ke dalam kacang hijau yang telah empuk. Gaul semua bahan tadi di atas api yang kecil. Tepung gandum dimasukkan supaya kacang tak terlalu lembik dan supaya senang untuk dibentuk / dikepal. Gaul sehingga semua bahan sebati, tutup api dan biarkan sejuk untuk dibentuk.

Cara membancuh tepung untuk menggoreng :
Campurkan tepung gandum, tepung beras, secubit garam dan sedikit kunyit dengan air. Kacau sehingga sebati. Air jangan terlalu banyak bimbang kacang hijau kurang melekat pada tepung.

Celupkan kacang hijau yang telah dibentuk ke dalam bancuhan tepung dan bolehlah menggoreng. Dah siap bolehlah dihidang.

yummmmmiiiii:):):)

Resepi Kuih Buah Melaka

Assalamualaikum...

Yummmm....bulan Ramadhan ni mesti kita tercari-cari pelbagai jenis resepi...saya jugak tak ketinggalan...disebabkan saya ni adalah seorang tukang masak yang sangat tak hebat...setiap hari saya akan luangkan masa bersama encik google untuk search pelbagai resepi makanan kegemaran my hubby...kalau tak puas hati dengan resepi tu...apa lagi  my best chef (mak saya) akan saya call.....kiranya saya dah semakin rajin memasak la bulan Ramadhan ni...hahaha perasan pulak....Kuih pertama yang saya buat untuk my hubby pada Ramadhan kali ni ialah...Kuih Buah Melaka...Jom kita tengok resepinya :)

Gambar hiasan semata-mata (yang sendiri buat tak sempat snap dah masuk dalam perut hehe)

Bahan-bahan :
Tepung pulut
Perwarna pandan
Air
Gula Melaka / Gula Merah (kalau tak ada gula melaka)
Kelapa Parut
Secubit garam

Cara-caranya :
Uli tepung pulut mengikut jumlah yang anda mahu dengan air dan perwarna pandan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tepung tadi boleh dibentuk. Ambil tepung jadikan bentuk bulat dan masukkan gula melaka sebagai intinya. Sediakan air dalam periuk dan letak atas api sehingga mendidih.Masukkan tepung pulut tadi ke dalam periuk untuk direbus. Bila tepung pulut yang dah dibentuk bulat tadi timbul ke permukaan air, angkat dan terus letakkan di atas kelapa parut (kalau anda mahu boleh letakkan secubit garam pada kelapa parut).Golek-golekkan atas kelapa parut dan jeng jeng jeng dah siap...

Pernah Menang Cabutan Bertuah??? -Lucky Draw-

Assalamualaikum....


Nombor 040!!!!...tahniah...alangkah seronoknya kalau nama atau nombor kita dipanggil untuk menang cabutan bertuah...walaupun hadiah tak best tapi kita tetap seronok sangat kan...rasa diri ni bertuah sangat haha...

Anda pernah menang cabutan bertuah???...setiap kali ada cabutan bertuah...ayat ni kerap saya dengar..."orang yang menang cabutan bertuah ni memang orang yang ada luck je"..."balik - balik muka yang sama je la"..."memang ditakdirkan aku ni tak bertuah"...haha macam-macam...actually saya pun pernah keluarkan ayat-ayat tu hihihi...

Kali ni saya nak kenang balik cabutan bertuah yang pernah saya menang...kalau tak buat entry ni makin tua makin lupa la..

Semasa Sekolah Menengah
Tak pernah dapat pun...apa-apa event yang ada lucky draw memang tak pernah memihak pada seorang wanita yang bernama Siti Nur Fatimah ni....huhu...time ni saya adalah seorang manusia yang gemar mengeluarkan ayat-ayat sedih macam kat atas tu...hiiiiii

Semasa di Institut Perguruan
Macam biasa saya bukanlah seorang pemenang cabutan bertuah...tapi itu pada awalnya sahaja...hehe...kali pertama dalam hidup saya menang lucky draw ialah semasa program Bahan Bantu Mengajar di institut perguruan....ingat lagi ayat yang keluar dari mulut saya masa ambil nombor tu..."malas la nak ambil, confirm tak dapat"...kawan saya yang bertugas menjaga nombor siap bagi ayat semangat lagi..."takpe imah mungkin kali ni ada luck...caiyok haha"...dan masin sungguh mulutnya...saya bertuah kali ni...happy sangat walaupun hanya menang tupperware huhuhu

Mesti berdebar dan ternanti-nanti nombor yang bakal disebut  setiap kali orang nak buat cabutan kan hihihi
Ini pulak kisah kali kedua saya menang....anjuran koperasi instutut perguruan...semakin banyak beli barang semakin besar kebarangkalian untuk menang haha....kebetulan saya shoping baju dan seluar sukan institut kat situ masa tu...baju dan seluar sukan tu kan mahal...of course la saya dapat banyak kupon cabutan tu....dan ternyata saya menang...hahaha...sangat gembira walaupun just menang hamper...

Kali ketiga pulak....kali ni saya menang di sekolah tempat saya berpraktikum...semasa mesyuarat PIBG...mula-mula guru pembimbing saya menang...dan lepas tu anak buah dia pulak menang...sape lagi??? Saya la...yeayyyy...hadiah macam biasa tak la best sangat tapi tetap seronok yang melampau hahaha...kali ni saya menang towel.....

Zaman Kerja
Sekolah tempat saya bertugas akan mengadakan cabutan bertuah setiap kali jamuan hari guru yang disponsor oleh PIBG...hadiah-hadiahnya boleh tahan grand jugak...so of course I sedih kalau tak menang apa-apa hahaha ....

Tahun pertama bekerja....memang tak ada rezeki...tak menang apa-apa...sadis betul...tapi saya tetap cool...tak keluar modal tak rugi apa-apa hahaha...

Tahun kedua bekerja.... pada mulanya dah frust nama saya tak naik-naik...bila dengar je wakil PIBG sebut "cikgu"...cikgu-cikgu melayu semua tersengeh-sengeh sambil memandang satu sama lain...saya ni bertugas di sekolah cina bila wakil PIBG sebut "lao shi" memang tak ada harapan la hahaha...dan tiba-tiba..."Cikgu Siti"..owhhh I sorang je cikgu melayu yang bernamakan "Siti" hehe...alhamdulillah kali ni dimurahkan rezeki....inilah hadiah lucky draw yang paling best saya pernah dapat....hiiii

LED LCD TV 42 Inci....oo yeayyyy...alhamdulillah :)))...senyum sampai telinga kan hehe
Tahun ketiga bekerja...kali ni tak ada rezeki....tak dapat pun...isk3...tapi saya tak kisah...orang lain pun nak dapat jugak...dah pernah dapat dah la tu huhuhu....


# seronok lain macam tau menang cabutan bertuah ni...walaupun hadiah tak best tapi tetap seronok...doa-doa la kita selalu dimurahkan rezeki menang cabutan bertuah hehehe....

Rabu, 2 Julai 2014

Suami Berperanan Penting Semasa Isteri Hamil

Assalamualaikum...

Alam kehamilan adalah alam yang amat menggembirakan bagi setiap wanita atau isteri yang inginkan zuriat bersama suami tercinta...

Suami memainkan peranan yang sangat penting sepanjang tempoh kehamilan isterinya...wanita yang sedang hamil kebiasaannya menjadi sangat sensitif, sikapnya boleh berubah bila-bila masa dan apa yang paling penting mereka sentiasa inginkan perhatian dari suaminya...


APA YANG SAYA ALAMI SETAKAT INI...

Tak dapat dinafikan saya memang seorang yang sensitif..kadang-kadang suka pendam sorang-sorang tapi ada masa sangat berterus terang...saya ni jugak paling suka dimanja-manja...apa yang dapat saya rasa sekarang ni...semenjak bergelar isteri dan semenjak hamil inilah perangai saya..:

1) Kuat Menangis
Bukan menangis kuat-kuat ye tapi selalu menangis...tak dapat apa-apa mesti nak menangis...duit dalam bank tinggal sikit pun nak menangis...tikus masuk rumah pun menangis (pasal ni sebab fikir penatnya nak kena kemas dapur bila tikus dah buat kerja)...alhamdulillah...my hubby sangat penyabar...setiap kali menangis dia takkan biarkan saya terus berendam air mata..thank u syg...semasa hamil kalau suami biarkan emosi isterinya terus terganggu boleh membawa kesan yang negatif kepada bayi yang sedang dikandung isterinya tau....

2) Malas
Semasa trisemester yang pertama...saya dah jadi seorang yang sangat pemalas...balik kerja mesti nak tidur...kalau nak apa-apa mesti order je kat my hubby..malas sangat nak bangun ambil apa-apa...buat kerja rumah of course malas...Apa peranan suami time ni???
Setakat apa yang saya nampak my hubby mesti buat google search setiap kali berlaku sesuatu pada saya sepanjang kehamilan ni...mungkin dia cuba nak fahami simptom yang berlaku pada wanita hamil...sepanjang saya berada dalam keadaan malas tu...my hubby setia menurut kemahuan saya yang sangat mengada-ngada ni...kemas rumah, basuh kain, masak (dia tak masak, beli je hehe), cuci bilik air semua dia yang buat.Belum lagi kes mengada-ngada saya yang malam-malam nak makan itu ini...semua my hubby turutkan...mana taknya kalau tak diturutkan menangis beria sangat la saya...owhhh...kejamnya saya masa tu...I'm sori syg....

3) Kembali Seperti Biasa Dalam Trisemester Kedua
Alhamdulillah...apabila kandungan dah masuk 5 bulan...saya kembali seperti asal..mula memasak semula untuk suami..dah kurang mengada-ngada...suami dah mula minta buatkannya air panas malam-malam..berbeza dengan masa awal kehamilan my hubby tak pernah minta saya buat apa-apa...pada saya mungkin my hubby nampak saya dah kembali bertenaga sekarang dan mungkin dah rajin sikit hehe...apa yang lebih menggembirakan.... my hubby masih tak benarkan saya buat kerja berat-berat dan tak benarkan saya terlalu letih...Dia sentiasa membantu setiap kali saya nak memasak atau mengemas rumah...bab angkat barang mesti dia yang akan buat semuanya...thanks abang...

4) Lenguh Kaki
Semenjak dua menjak ni saya dah mula rasa lenguh-lenguh kaki...Apa peranan yang patut seorang suami buat???? Urutkanlah apa lagi....huhu...saya tak suka minta sesuatu tapi amat gembira kalau orang buatkan sesuatu sebelum diminta...alhamdulillah. ..bila saya baring di sofa my hubby terus capai kaki saya letak atas pahanya dan urut...alangkah gembiranya. ..walaupun urutannya tak sebagus tukang urut tapi perhatian yang diberi dapat menghilangkan stress dan lenguh-lenguh yang ada...thank u so much abang....

tak ada gambar yang sesuai nak letak huhu...gambar ni menunjukkan isteri gembira bila suami memainkan peranan sepanjang kehamilan isterinya...haha

5) Makanan Minda
Semasa sedang mengandung sangat bagus kepada ibu-ibu hamil mengambil makanan tambahan yang boleh merangsang minda bayi dalam kandungan.My hubby sangat menitik beratkan pengambilan makanan minda dan makanan yang berkhasiat...sepanjang mengandung my hubby selalu memastikan saya makan kurma, kacang badam, minum air zam zam, minum jus minda Abqori (yang ni perangai mengada saya datang..takkan makan kalau tak disuap hehe), minum susu dan dia akan menunjukkan muka marahnya bila saya tak makan ubat yang doktor bagi. Walaupun suami buat muka marah tapi saya suka sebab saya tau dia nak yang terbaik untuk isteri dan anaknya :).

6) Rasa Diri Tak Cantik
Apabila kandungan semakin membesar saya selalu rasa saya makin gemuk, kulit kasar dan tak cantik. Bila tengok cermin mesti cakap kat my hubby "ayang dah makin tak cantik kan" Apa peranan suami ketika ini????? Biarlah anda berbohong asalkan dapat menggembirakan hati isteri anda...ayat yang my hubby selalu cakap " abang tengok biasa je...comel je..biasa la mengandung...omei je isteri abang ni "...walaupun kadang-kadang rasa ayat tu just nak sedapkan hati saya tapi saya berpuas hati dengan jawapannya hahahaha.

7) Excited Nak Beli Barang Baby
Setiap ibu yang mengandung mesti excited nak beli barang baby kan...kepada suami-suami semua....bila isteri anda excited anda juga mestilah menunjukkan rasa excited anda....bila buat budget bulanan masukkan perbelanjaan untuk shopping barang baby sebagai keutamaan. Setiap isteri pasti merasa bahagia bila selalu dengar anda sebut "tak sabar nak beli barang baby" "nanti kita beli barang baby ye ayang"...walaupun perkara ini sangat simple tapi bagi wanita yang sensitif mereka merasakan itu adalah sebahagian dari perhatian suami terhadap isteri dan anaknya.

8) Nak Shoping Barang Sendiri
Paling menggembirakan bila dapat shoping...owh bestnye...walaupun suami menunjukkan rasa excitednya untuk beli barang baby...barang ibu baby jangan dilupa..my hubby selalu cakap..."nanti kita beli baju mengandung ayang ye" ..."nanti kita cari baju raya mengandung ayang ye"...ohhh hepinya bila my hubby keluarkan ayat-ayat tu...ingatlah para suami...walaupun anda gembira dengan kedatangan bakal cahaya mata namun isteri anda jangan ditolak ke tepi....keperluannya juga mesti diambil kira...

Suami memainkan peranan yang amat penting sepanjang tempoh kehamilan. Emosi isteri mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya. Ingatlah isteri anda sedang berjuang mengandung dan akan melahirkan zuriat anda...lepas bersalin nanti peranan lain pulak ye hehehe


# thanks abang sentiasa manjakan isterimu yang mengada-ngada ni ♡♡♡♡

Selasa, 1 Julai 2014

Mabuk Ketika Hamil

Assalamualaikum. ...


Mabuk, pening kepala, loya dan tak selesa adalah perkara normal yang sering berlaku kepada wanita yang sedang hamil.Biasanya keadaan ini akan berlaku semasa trisemester yang pertama dan mungkin berlarutan sehingga trisemester yang kedua.

Bagi wanita yang mengandung untuk kali pertama nasihat dari doktor, ibu, rakan yang berpengalaman dan bahan bacaan berkaitan kehamilan mestilah dijadikan bahan pelajaran utama untuk memastikan kandungan dan ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Kini kandungan pertama saya sudah berusia 27 minggu...Alhamdulillah...saya tak mengalami alahan yang teruk...3 bulan yang pertama sahaja saya tak lalu makan dan selalu muntah-muntah setiap kali makan...walaupun badan terasa amat letih dan lesu semasa mengalami keadaan tu tapi saya tetap bersyukur sebab diberi kesempatan untuk merasai nikmat "pening dan mabuk" hamil tu...pengalaman tu sangat berharga...

Saya sangat beruntung kerana mempunyai biras  yang bekerja sebagai doktor O&G...so sepanjang kehamilan saya ni..setiap kali ada apa-apa kemusykilan saya akan terus rujuk kepada biras saya tu...Dr.Aisyah...dah jadi macam doktor persendirian pulak...yang best..free dan anytime hehehe...terima kasih kak aisyah...

Semasa trisemester yang pertama saya hanya berselera makan sup sahaja...kalau boleh setiap hari nak makan bihun sup...sedangkan sebelum mengandung saya bukan peminat tegar sup...itulah orang kata pembawaan budak..hehe..

Kat bawah ni antara makanan yang saya ambil jika rasa nak muntah dan loya yang berpanjangan semasa trisemester yang pertama...

1.Aiskrim
2.Coklat
3.Air 100 plus
4.Jeruk (kadang-kadang) mungkin sebab saya memang peminat jeruk bila mengandung dah kurang feel nak makan jeruk.

Makanan yang saya ambil tu adalah nasihat dari seorang doktor (bukan dr.aisyah hehe).. pada mulanya saya agak bimbang sebab semua makanan tu boleh meningkatkan kadar gula dalam badan...tapi saya tetap ambil sebab itu sahaja yang dapat mengurangkan loya....

Apa yang penting doktor selalu pesan supaya makan makanan yang ibu mengandung suka...walaupun muntah balik...sekurang-kurangnya masih dapat memberi sedikit zat kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Apa yang penting sebagai wanita yang sedang hamil motivasi dalam diri kita mesti kuat...tak boleh terlalu manjakan diri...kawan saya (seorang kaunselor) ada berpesan pada saya...semasa mengandung mesti set dalam minda  "hari ni saya nak kerja kuat..tak boleh muntah..mesti bertahan"...in sha Allah kita tak rasa sebarang kesusahan mengandungkan zuriat kesayangan kita. Alhamdulillah bila saya ikut nasihat dia..saya boleh buat kerja di tempat kerja macam biasa. ..(tapi bila balik rumah ada suami mesti nak manja-manja hehe) time pregnant la boleh nak jadi bos hehe..

#semoga kita semua (ibu-ibu hamil) sentiasa gembira sepanjang berada dalam tempoh kehamilan ni :):)

"Yes Awak Pregnant"....

Assalamualaikum. ...

3 Februari 2014

"Yup..confirm awak pregnant"....gembira dan sangat terharu bila doktor sahkan I'm pregnant...macam tak percaya siap tanya dua kali pada doktor...

Actually lepas 4 hari miss period saya dah buat pregnancy test...dalam hati sangat berharap keputusan adalah positif...walaupun dah banyak baca artikel yang menulis bahawa lepas dua minggu miss period adalah masa terbaik untuk buat pregnancy test tapi rasa tak sabar dalam diri ni membuak-buak untuk buat ujian tu...keputusan pada ketika tu sangat tidak meyakinkan...ada jalur sikit tapi nampak macam bayang-bayang sahaja...

Saya tak nak mengharapkan apa-apa masa tu...my hubby pun dah cakap tunggu lama sikit baru buat lagi...tak lama selepas tu cuti tahun baru cina menjelang...saya dan suami pulang ke kedah (kampung suami)...sepanjang berada di kampung suami, saya berdebar-debar bimbang period datang...alhamdulillah period tak datang hehe...

Balik sahaja ke KL genap 14 hari saya miss period....sebelum sampai rumah saya minta husband singgah kat farmasi untuk beli urine pregnancy test (UPT) .... Saya beli dua...satu yang murah dan satu yang mahal sikit... (kononnya kalau mahal result lebih meyakinkan..hehe...dalam pukul 6 petang kami sampai di rumah sewa kami....saya terus membuat ujian kehamilan...sangat excited hehe...walaupun sudah tahu bahawa waktu pagi selepas bangun tidur adalah waktu terbaik untuk membuat ujian tu tapi saya tak peduli hiiiii....

ni result guna upt yang murah sikit...murah ke mahal tak ada beza sangat pun..yang penting alat berfungsi dengan baik...:)

SENYUM SAMPAI TELINGA....

Nak menjerit rasanya bila tengok ada dua line kat alat ujian kehamilan tu....cepat-cepat turun bawah tunjuk kat husband. ..my husband tak terkata...dia sebenarnya tak berapa faham bagaimana cara alat tu berfungsi..dan katanya dia takut nak gembira sangat...bimbang tiba-tiba jadi negatif...tiba-tiba my hubby cakap " lepas solat maghrib nanti ayang test sekali lagi kalau result macam ni lagi kita terus pergi klinik ye"...hehe...jelas sekali muka berdebarnya

Lepas solat maghrib sekali lagi saya buat pregnancy test...dan yessss result masih sama...saya tunjuk pada suami tapi dia buat-buat tidur..jelas sekali dia takut sebenarnya...bila dia tengok masih dua line..terus dia ajak pergi klinik...di klinik muka my hubby sangat nervous. ..nak tergelak pulak rasanya...bila doktor dah sahkan saya dah mengandung 6 minggu my husband senyum sampai telinga...balik rumah je terus call family dan mesej semua adik beradik hahaha...gembira bila kali pertama dapat tahu diri ni sedang mengandungkan anak suami tersayang....hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya saya saat itu.... :):)

# Happy bila tengok husband sangat happy...alhamdulillah :):):):)
# Mood teringat kenangan dapat tau diri ni hamil 6 minggu...sekarang dah nak masuk 7 bulan..alhamdulillah...:):)