Jumaat, 20 Jun 2014

PERSEDIAAN SEBELUM JADI RAJA SEHARI

Assalamualaikum.....
Jom buat persediaan kahwin :)
Setiap hari terasa bahagia...kalau boleh scan hati...boleh nampak bunga-bunga kat dalam hati bakal raja sehari...tula perasaan saya sebelum jadi queen kat atas singgahsana hehehe..walaumacamanapun untuk bakal pengantin, jangan terus asyik dibuai mimpi-mimpi indah...kebijaksanaan dalam mengatur strategi sebelum dan selepas kahwin mesti difikirkan dengan pemikiran yang paling logik dan bijak...cewahhh macam perunding motivasi pulak....actually banyak perkara yang perlu difikir dan dipertimbangkan selepas bertunang dan sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang membahagiakan tu :)...Antaranya :

1) BELANJA HANTARAN

duit oh duit...pelaburan setiap lelaki untuk membina rumahtangga
Biasanya dalam perbincangan wakil pihak lelaki dan perempuan semasa majlis pertunangan, belanja hantaran dan tarikh pernikahan menjadi subjek yang utama. But for me semua tu just macam sembang-sembang biasa je. Apa-apa pun lepas majlis pertunangan semua perbincangan tu boleh diubah atau difikir semula mengikut kesesuaian kedua-dua belah pihak... Macam saya, mak dan ayah tak nak tetapkan berapa jumlah hantaran...bak kata ayah "terpulang pada adik nak berapa ayah ikut je, kalau boleh jangan banyak-banyak sangat kesian pihak lelaki nanti"...owhhh sportingnya my dad.

Mula-mula my hubby cakap nak bagi 10k tapi lepas bertunang bila dia fikir-fikir balik macam tak cukup duit je....hahaha i tak kisah yang penting jangan kurang dari 8k sebab my sister dulu 8k huhu...tak nak la kurang dari my sister hehe. Actually my hubby cakap dia nak kami fokus untuk keperluan lepas kahwin...kenduri kahwin sekali je keperluan lepas kahwin tu yang lebih penting...mungkin ada betul apa yang dia cakap....apa pun saya setuju dan just wait and see....saya nak dia buktikan apa yang dia nak sediakan untuk saya lepas kahwin...hiiiii

2) RUMAH SEWA
Alhamdulillah sekolah saya dan sekolah suami tak jauh...boleh la tinggal sama lepas kahwin..yeayyyy...eh saya tak bagitau ye...suami saya pun cikgu jugak (cikgu pertukangan + cikgu kira-kira + cikgu bersenam).. ..lepas bincang punya bincang kami ambil keputusan cari rumah sewa sebulan sebelum kahwin. Maklum la kampung jauh-jauh...sorang pantai timur sorang utara...disebabkan nak kahwin time cuti sekolah semua perkara di KL termasuklah pindah barang dari rumah bujang mesti settle sebelum balik kampung.


Susah jugak nak carik rumah sewa yang selesa kat KL ni..my hubby lebih suka rumah teres sebab dia kata "dah kahwin kena hidup cara orang dah kahwin la..biarlah rumah kita jadi rumahku syurgaku. cewahhh...lepas kahwin mesti family akan datang so rumah mesti selesa"...ok i like it...pucuk dicita ulam mendatang huhu...tapi rumah teres kat tengah bandar KL ni mana ada yang murah...apa pun my hubby cakap kita mampu so i trust him. Sebulan sebelum kahwin kami dah dapat rumah sewa dengan bayaran RM900 sebulan..ok la. Simpanan untuk rumah sewa ni penting tau...kalau di KL biasanya wang deposit 2+1+ eletrik dan air. So kalau nak kahwin simpan duit dari sekarang la ye.

3) KELENGKAPAN RUMAH SEWA
Walaupun belum kahwin saya dan my hubby mula beli barang rumah sikit-sikit...disebabkan rumah sewa kami sangat kosong tanpa sebarang kelengkapan...banyak kelengkapan rumah yang perlu disediakan...NOW...saya percaya kata-kata my hubby...dia nak fokus pada keperluan lepas kahwin..walaupun belanja hantaranku bukan 10k tapi saya happy dengan persediaan yang my hubby sediakan sebelum kami masuk rumah lepas kahwin nanti. Kat bawah ni barang-barang yang my hubby dah beli sebelum kahwin :)

a. Rak Dapur
Rumah sewa kami berkonsepkan open kitchen..so kitorang pun jadikan rak dapur tu ala-ala mini bar la...hahaha
b. Set Bilik Tidur
Lebih kurang macam ni la set bilik tidur yang my hubby beli...sebagai pengalaman...keluarkanlah duit lebih sikit untuk tilam yang selesa..first time beli tilam yang agak mahal baru tahu tilam yang mahal ni tidur memang tak sakit badan.
c. Penapis air (COWAY)
Seronoknya ada penapis air Coway ni..sangat mudah...my hubby cakap "air yang bersih penting untuk memastikan isterinya sentiasa sihat"...hahaha
d. Mesin Basuh
Mesin basuh ni my hubby beli sekali masa beli peti ais..sebelum kahwin saya dah cakap awal-awal "selagi tak beli mesin basuh, semua baju abang yang basuh" hehehe
e. Peti Ais
Actually peti ais ni my hubby beli sehari lepas balik KL lepas kenduri sebelah lelaki...katanya "boleh nak beli sebelum kahwin tapi risau orang fikir bukan-bukan"

f. Yang Ni Saya Beli Tak Lama Lepas Kahwin (Sofa)
Barang lain semua my hubby dah beli...yang ni biar wife dia beli pulak :)

4) BARANG HANTARAN

Macam masa bertunang dulu...saya masih lagi perasan dan buat-buat kreatif untuk DIY sendiri barang hantaran..saya juga dengan baik hatinya tolong gubahkan hantaran dari pihak lelaki...my hubby kasi barang dan modal saya just gubah..maklum lah perjalanan jauh sangat, takut sampai rumah pengantin perempuan semua dah hancur...so kiranya saya ni gubah hantaran untuk diri sendiri la..hahaha..takpe tak kisah pun.Cuba tengok...amacam ok tak hehehe

Ini hantaran pihak lelaki untuk pengantin perempuan


Hantaran pihak perempuan untuk pengantin lelaki


5) KAD KAHWIN
Dulu-dulu bukan main demand nak buat kad kahwin special dan lain daripada yang lain.  Bila sampai masa tak kisah dah semua tu. My hubby survey macam-macam kedai untuk dapatkan kad kahwin yang murah, cantik dan berbaloi.Akhirnya alhamdulillah kami dapat sediakan kad jemputan yang kami suka.Tak payah la kad jemputan grand sangat.Orang buang jugak huhu. Untuk kad jemputan ni saya dan my hubby tempah sama sahaja untuk sebelah lelaki dan perempuan. Kalau saya tak silap harga kad ni 25 sen sekeping sekali sampul surat dan percuma 1 banner. Kertas kad ni tebal dan pada saya harganya sangat berbaloi..kami tempah kad ni di LH Creative Concept.


 Ni la kad jemputan perkahwinan saya dan my hubby :)


Banner free yang kami dapat
6) PAKEJ MAK ANDAM
Macam biasa pakej mak andam ni termasuklah baju sanding, pelamin dan make up. Saya berusaha cari tempat yang paling murah di kampungku...Bandar Jengka...Apa pun for me hasil solekan dan baju yang disediakan mesti memuaskan hati. Saya pilih untuk tempah baju baru bagi kenduri sebelah perempuan. Sebab masa tu saya gila sangat warna dusty pink.Tapi butik tu tak ada baju warna kegilaan saya tu huhu. Dipendekkan cerita untuk pakej mak andam saya dapat baju sanding lelaki dan perempuan untuk kenduri sebelah perempuan (dusty pink) dan sebelah lelaki (turquoise), pelamin, make up dua kali, pintu gerbang dan segala aksesori pengantin dengan harga lebih kurang RM2400.Saya rasa tak mahal sangat sebab saya buat baju baru.hehehe.
Antara baju pengantin yang ada di butik tu
Inilah yang saya dapat dari pakej..baju kot / gaun tukar dengan baju bertandang sebab tu harga up lagi.....

7) PAKEJ PHOTOGRAPHER
Yang ni memang saya puas hati. My hubby cakap ambil jurugambar untuk majlis sebelah perempuan sahaja. Dia tak nak membazir..katanya sebelah dia nanti tangkap gambar sendiri je haha. Ok..I follow je...Pakej yang saya ambil ni RM880 sahaja...Berbaloi-baloi...dengan sikap jurugambar yang very understanding dan sporting kami sangat berpuas hati :)

Ini brosur pakej photographer yang saya ambil...saya pilih pakej Mimosa yang warna biru tu...RM880 sahaja

8) BILIK PENGANTIN
Disebabkan saya ni seorang yang selalu perasan kreatif...sekali lagi saya DIY sendiri hehehe..saya hias sendiri bilik peraduan raja dan permaisuri ni dengan bantuan mak dan akak (diorang jadi pengkritik je hahaha)..inilah bilik pengantin saya...simple je...jeng jeng jeng....

Masa ni 98% siap...gambar yang 100% siap tak jumpa cari kih3...


9) DOORGIFT
Perancangan utama saya dari dulu...dulu...dan dulu nak buat apple hijau jadi doorgift.Sebab pernah tengok doorgift ni dalam majalah... nampak very eksklusif... Simple... just masukkan apple hijau dalam beg kecil yang comel. Tapi sebelum kahwin saya ada baca satu artikel yang tulis sebaik-baiknya sediakanlah doorgift yang manis-manis sebagai simbolik untuk dapatkan kemanisan dalam rumahtangga. Ouchhh lepas baca artikel tu baru terfikir...ada betulnya jugak. Kalau saya bagi apple hijau bukan setakat tak manis..masam terus hahahaha..So saya tukar plan...pilihan seterusnya nak bagi kurma...manis kan hehe...tapi susah pulak nak cari supplier kurma ni..nak beli banyak takkan beli kat pasaraya pulak..bukan idea bijak tu huhu..disebabkan kesibukan guru semasa hujung tahun saya dah tak sempat nak fikir yang special sangat. My hubby kasi idea bagi yassin...lagi bagus orang baca kita dapat jugak saham..mula-mula saya rasa macam tak nak sebab dah terlalu biasa..disebabkan tak nak dengar cakap saya ajak dia survey harga mini sejadah kat pasaraya Mydin..kononnya nak bagi mini sejadah..sekali survey harga...emmmm macam mahal la pulak ...so my hubby sekali lagi kasi idea "yassin"...kali ni dengan senyuman malu-malu saya terima idea dia hehehe.Dipendekkan cerita kat bawah ni list doorgift dalam paper bag untuk tetamu yang hadir..

a.Yassin
b.Bunga telur
c.Sagon (sponsored by my sister from Terengganu.Sangat terharu walaupun sagon tu makanan biasa yang banyak dijual di Pasar Payang tapi hasil kreatif my sister dan suaminya diorang hias sagon tu dan nampak very eksklusif) tak ada gambar pulak nak tunjuk.
d.Bahulu ikan (sponsored by my mom)
e.Air kotak dan keropok Super ring (sponsored by my dad)
f. Tapai pulut (hasil tangan my mom and grandmother)

10) KEK KAHWIN
Kek kahwin i... 6 tingkat u all..hahaha rasa glamor pulak. Actually saya kahwin masa birthday my dad. So sambil nak sambut birthday dia la hehe...umur ayah masa tu 66 tahun so sempena umur ayah, saya dengan my sister plan nak tempah kek 6 tingkat.Tapi tau la keadaan di kampung...Risau pulak ada budak lari-lari terlanggar kek yang tinggi tu.Maklumlah anak saudara saya sendiri pun boleh tahan ligatnya. So kami decide masa acara potong kek buat 3 tingkat. Malam nanti sambut birthday ayah lagi 3 tingkat...lebih selamat. Apapun...thank u for my sister dari Shah Alam sebab sudi sponsor kek tu hehehe

Kek kahwin saya
Kek masa sambut besday ayah (malam) sebelum buka hadiah kahwin
my hubby with me menyibuk jugak kat kek besday ayah :)
11) BAJU SERAGAM FAMILY
Bab ni pening sikit nak fikir warna apa yang sesuai. Sebaik-baiknya baju seragam family mestila berbeza warna dengan baju pengantin. Sebab takut pengantin tenggelam pulak dalam gambar nanti.Korang tengok la sendiri baju seragam family saya kat bawah ni..baju seragam ni sponsored by my sister and me.Beli kain je baju masing-masing jahit sendiri huhuhu

Ini baju seragam untuk perempuan...baju lelaki next entry ok :)
12) MAKANAN JEMPUTAN DAN PENGANTIN
Yang ni sebagai bakal pengantin saya tak nak ambil tahu sangat.Biar parents yang uruskan. My brother pun dah pesan bab ni follow sahaja apa yang mak dan ayah nak sediakan. So untuk makanan jemputan semuanya my mom and dad yang uruskan and of course sponsored by them hehe. Makanan pengantin pula my sister in law akan settle..I makan je hiiii.. Ayah siap tempah lori aiskrim datang untuk jamu para tetamu tapi sayangnya pengantin tak sempat nak rasa..Budak-budak tak berhenti beratur..mana taknya dapat makan aiskrim free ala-ala aiskrim McD siapa tak nak hahaha

Antara makanan pengantin yang kakak ipar dan kawan-kawannya dah sediakan...yummi

13) MAS KAHWIN
Setahu saya kalau di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan, jumlah belanja hantaran yang disebut semasa akad.Maksudnya belanja hantaran menjadi mas kahwin. Berbeza dengan negeri-negeri yang lain, mas kahwin telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Macam Pahang, hanya RM22.50...murahnya huhuhu.sebaik-baik wanita semurah-murah maharnya."ayat penyedap hati hiii"..

Kalau boleh untuk mas kahwin saya mahukan sesuatu yang akan saya dan suami ingat sampai bila-bila. Barulah sweet..cewahhh..so saya bagi idea pada my hubby nak jumlah  tempoh perkenalan sebagai mahar pernikahan kami.My hubby setuju...kami kenal pun tak lama..so jumlah mahar pun tak membebankan my hubby...182 hari jadi mas kahwin saya RM182...bestnye..apa lagi korang pun fikir la apa yang menarik tentang hubungan korang untuk dijadikan jumlah mahar. Rasa special tau... nak pulak jumlah tu lah yang disebut dalam akad yang menghalalkan hubungan kita sebagai suami isteri. Tapi apa pun jumlah yang korang nak tu mesti sama atau melebihi jumlah yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.Kalau tak, bimbang tok kadi tak izin pulak nanti. Tak pasal-pasal frust menonggeng time saat bahagia tu. :)

Amacam ok tak gubahan mas kahwin ni...actually sepatutnya ada gelang kat tepi tu untuk batal air sembahyang...tapi tinggal bekas je sebab gambar ni diambil lepas gelang dah ada kat tangan hihihi



# Kepada bakal pengantin, jangan pening-pening kepala...In sha Allah bila kita nak kahwin Allah sentiasa mempermudahkan jalan kita...asalkan kita sendiri tak cari susah :)

Sabtu, 12 April 2014

Menjadi Tunangan Orang

Assalamualaikum....

Seronok ke jadi tunangan orang? best...happy...takut...confius...perasaan ni kadang-kadang tenggelam timbul sepanjang tempoh pertunangan.Yang penting tempoh ni adalah tempoh persediaan yang sangat penting untuk orang yang bakal bergelar isteri atau suami :)

Macam yang saya cerita sebelum ni, en.suami dan saya tak pernah jumpa masa decide nak kahwin. Our parents nasihat suruh jumpa dulu takut-takut tak berkenan lepas jumpa.So sebagai anak yang mendengar kata, kami mendengar nasihat ibu bapa masing-masing...tibalah masa kami berjumpa untuk pertama kalinya..jeng jeng jeng...

Sehari sebelum bermulanya Ramadhan 2013

Saya call my sister minta dia temankan  I jumpa bakal husband...sangat berdebar...fuhhh... so my sister dah set nak jumpa selepas maghrib bersama suami dan anaknya....en.suami memandu kereta kesayangannya dari Cheras menuju ke Gombak...Saya yakin time tu mesti en.Suami sangat berdebar nak jumpa bakal isteri for the first time bersama kakak, abang ipar dan anak-anaknya.

So...kami pun berjumpa seperti yang dirancang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Family boleh terima ..dan yang penting kami berdua sudi terima antara satu sama lain.Happy sangatttt....apa yang dirancang terus berjalan dengan baik.

Sepanjang bulan Ramadhan kami menyediakan apa yang perlu untuk majlis pertunangan. My husband ada plan yang baik punya. Dia bawa saya shopping barang hantaran untuk bertunang dan hantaran untuk majlis pernikahan sekali...dua dalam satu. Alhamdulillah semuanya mudah...settle beli barang hantaran dan my bling-bling (untuk merisik,bertunang,hadiah untuk kakak "langkah bendul" dan batal air sembahyang) dalam 3 hari. Masih under budget sebab shopping time sale.yeayyyy

Seminggu sebelum Syawal

Seminggu sebelum syawal  baru la saya mula busy melaksanakan proses DIY barang hantaran. Dengan tangan yang tak kreatif ni I hentam saja asalkan ada hantaran masa bertunang nanti hehehe. Tengok la sendiri...ok tak? :)


1. Baju nikah + kain sampin
2. Sejadah + kain pelikat
3. Buku
4. Buah-buahan
5. Homemade chocolate
6.Kuih tradisional (bahulu ikan)
7. Kek


4 Syawal

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba...jeng jeng jeng....berdebarnya hanya Allah yang tahu. First time jumpa bakal mak dan abah mertua...apa pun alhamdulillah syukur sangat-sangat proses perkenalan sehingga pertunangan berjalan dengan sangat baik dan sangat mudah...alhamdulillah....terima kasih Allah. :):):)

Berdebar-debar masa bakal mak mertua sarung cincin hihihi
Inilah cincin merisik dan meminang saya :)
Suai kenal antara besan :) 
my hero
posing-posing lepas rombongan meminang balik...semua nak lepas penat
Dua orang anak saudara yang dah melebihi ketinggian ucunya
with mr.tunang

Sabtu, 5 April 2014

Bermulanya Perkenalan Dengan Mr.Hubby

Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama sangat tak melawat blog sendiri ni...semenjak bergelar isteri dah tak layan blog dah..hihi...maklum la layan suami lagi bermakna...dapat pahala lagi...cehhh macam aku sorang ada suami upsss hehehe....

 Bila dah kahwin ni rasa macam dah ada idea apa nak tulis kat sini..berkongsi tentang pengalaman menelusuri alam perkahwinan...alam perkahwinan yang bersatu kerana ALLAH...amat tenang dan membahagiakan...alhamdulillah....


Actually saya nak abadikan kenangan perkenalan kami kat sini kali ni...macamana boleh kenal dengan my love ;)


8 JUN 2013
Hari ni hari pertama saya berkenalan dengan en.suami."Facebook"...cinta zaman sekarang hehehe. Ayat pertama yang takkan saya lupa dari dia masa first chatting...."Assalamualaikum cikgu jugak ke"...hahaha..we all tak pernah kenal sebelum ni...semenjak kali pertama dia tegur saya....saya dah rasa ada sesuatu yang "something different in my heart" haha...dup dap dup dap..perasaan yang lain dari lain.....:):):)

Dipendekkan cerita selepas lebih kurang sebulan perkenalan kami di alam maya..kami decide nak kahwin...actually masa decide nak kahwin kami tak pernah kenal dan tak pernah jumpa antara satu sama lain...Memang kerja berani mati..hehehe. Kami sama-sama buat solat istikharah dan saya rasa tenang untuk terima si dia sebagai suami..our parents pulak yang risau...mana tak nya...tak pernah jumpa tiba-tiba beritahu nak kahwin...

Lepas tu......nanti saya sambung lagi...;););)....hiiiiiiii

Ahad, 30 Jun 2013

Indahnya Rasa Hidup Sekarang

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...lama sangat dah tak tulis apa-apa kat sini...hidup sekarang ni rasa lebih senang dan tenang...Tenang sangat bila terasa apabila menyerahkan segala hal jodoh pertemuan kepada Allah dan Allah menunjukkan jalanNya...keputusan yang dipilih tiada sebarang keraguan...terima kasih ya Allah menemukanku dengannya yang membawa aku kembali dekat padaMu...

Jumaat, 15 Februari 2013

Pengalaman Setahun Mengajar Di SJKC

Assalamualaikum.....



Time cuti ni tiba-tiba teringat kat sekolah pulak...tula cikgu...time sekolah nak cuti time cuti teringat sekolah pulak...actually saya ni cikgu pendidikan Islam di SJKC kat gombak...bila kata cikgu pendidikan Islam mesti orang panggil ustazah. Segan pulak bila orang asyik panggil ustazah...bukan tak suka cuma rasa tanggungjawab tu berat sangat...panjang pulak intro...hihi

Hari ni nak share dengan u all pengalaman saya bekerja di SJKC...Mula-mula dapat surat posting  terus speechless. Mana tak nya tak pernah terfikir akan mengajar di SJKC. Tengok dua orang kawan lagi dapat SJKT. Haduiii saya dengan dua orang kawan tu tak tahu nak cakap apa...boleh gelak je la...Pastu terus call mak ayah bagitau dapat posting kat situ...mak pun terkejut dan gelak...call abang dan akak semua gelak kaw kaw...hahaha..ayat yang semua abang dan akak cakap....."tula suka sangat tengok drama cina dan korea patut la posting kat situ....boleh la dapat adik ipar mata sepet keh keh keh"...ntah apa-apa jer....haduiii tensen sungguh....

Minggu pertama duduk kat sekolah tu tak tahu nak buat apa...jadual tak dapat lagi...so saya dan dua orang kawan yang posting kat SJKT tu asyik mesej je la...yang paling tak tahan...bila saya mesej kawan tu dan bagitau yang saya rasa nak nangis duduk kat sekolah tu dia rupa-rupanya bukan setakat nak nangis tapi dah nangis dah pun...isk3...Walaumacamanapun nasib saya lebih baik la berbanding dua orang kawan tu...at least kat sekolah saya ada la jugak cikgu melayu lain...kawan-kawan saya tu satu-satunya cikgu melayu kat situ...kitorang bertiga selalu la hantar mesej sesama sendiri untuk bagi semangat antara satu sama lain....lawak pulak bila ingat balik....keh keh keh.

Hari ketiga di sekolah, Guru Besar suruh hias bilik agama cantik-cantik... siap pesan nak ada sentuhan wanita lagi...hihi...apa lagi saya pun semangat la menghias nak dapatkan sentuhan wanita tu...huhu....

Minggu kedua baru la dapat jadual dan kelas agama pun bermula...ada orang cakap best mengajar agama di SJK sebab murid sikit tapi saya tak rasa macam tu pun...sebab murid Islam di sekolah saya ramai la jugak...lebih 180 orang tau....



Dipendekkan cerita...mengajar di sekolah jenis kebangsaan ni tak la teruk sangat...selepas setahun mengajar di sini saya dah mula rasa serasi dengan environment macam ni... sekolah cina ni best jugak....kenapa saya cakap best???? ...SEBAB.... kita boleh belajar budaya dan bahasa cina tapi SELAIN ITU.....SEBAB :

1.  tak ada/kurang masalah mengumpat...

2.  suka dengan cara kerja cikgu-cikgu cina...kalau makan pun, sebelah tangan makan sebelah tangan lagi still buat kerja.

3. semua kerja kena cepat dan sebelum due date...contohnya kalau SPPBS perlu key in sebelum hujung bulan 11...sekolah saya mesti kena siap sebelum mula bulan 11...(mula-mula point ni tensen lama-lama rasa macam bagus jugak)

4. time balik sekolah macam tak ada apa-apa pun...cikgu-cikgu biasanya tak sibuk nak balik...

5. antara yang paling best...semua free...hehe...baju sukan, baju batik, jamuan dan macam-macam lagi

6. time tahun baru cina pulak cikgu-cikgu akan dapat macam-macam...kuih raya, limau dan duit raya hehehe

7. time hari guru...semua kelas akan buat open class. So boleh la makan macam-macam...kenyang tak terkata time open class ni...malam pulak dinner dengan PIBG...dan time tu yang paling ditunggu-tunggu adalah cabutan bertuah hehe....hadiah-hadiah best sangat tau...hadiah paling rendah voucher jusco RM100...selain tu ada vcd player, kamera digital, TV, iPad dan macam-macam lagi... separuh dari jumlah cikgu kat sekolah akan dapat...tapi yang sedihnya saya menjadi separuh yang tak dapat tu...tak apa tahun ni doa-doa la dapat keh keh keh...

Actually mengajar di mana-mana pun best asalkan kita buat kerja dengan betul...walaupun di SJK kita menjadi kaum minoriti tapi kena pandai la bawa diri...insyaAllah kalau kita tak buat hal duduk mana-mana pun takkan ada masalah....k, wassalam..


Khamis, 14 Februari 2013

Kecewa kecewa kecewaaaaaa

Assalamualaikum......


Salam semua...dah lama tak update blog ni...busy dan malas silih berganti...hihihi...hari ni rasa kecewa sangat. Kalau ikutkan semalam adalah hari pendaftaran saya sebagai pelajar di UM. Salah satu hajat 2013 yang hampir tercapai tak tercapai...tak ada rezeki...Hajat nak sambung master kat UM tak dapat diteruskan....kecewa sangattttt isk3....

Masalah bermula dengan tak dapat green light dari jabatan pelajaran sebab tak sah jawatan lagi...pastu pentadbiran sekolah yang mungkin tak kasi green light jugak...tak puas hati pergi ke UM  untuk tanya pasal jadual study and exam......namun jadual tu tak memihak kepada saya.... Akhirnya saya redha dan berlembut hati untuk tangguhkan dulu hajat ni setelah diberi ayat manis oleh jabatan pelajaran dan staf UM.

Kalau diikutkan hati yang sangat-sangat teruja nak sambung study ni nak redah je...namun setelah lama merenung syiling bilik...saya lepaskan peluang ni dengan redha....InsyaAllah semua yang ALLAH dah aturkan tu ada hikmahnya....ALLAH lebih kenal dan tahu kemampuan hambaNYA.....InsyaALLAH ada rezeki nanti saya akan kembalikan semangat dan teruskan usaha untuk sambung study lagi....Ameen.....

Sabtu, 29 Disember 2012

Hajat 2013

Setiap tahun mesti ada hajat yang hendak dicapai. Tapi macam biasa saya selalu tak dapat apa yang dihajati, yang tak hajat pulak yang biasanya dapat...Apa pun tetap bersyukur sebab Allah tetap memberi nikmatNya pada saya....Yela tak semestinya apa yang kita nak Allah nak bagi. Beribadah pun tak sungguh-sungguh, time nak mintak sesuatu bila Allah tak izinkan mula la kecewa. Walaumacamanapun dalam hidup mesti ada target so untuk tahun 2013 saya target nak.........
                                        
                                         1) Jadi Muslim Yang Lebih Baik dan Taat
Sekarang ni rasa macam perangai ni dah tak berapa baik je. Dulu time sekolah menengah rasanya pijak semut pun tak mati. Sehari tak baca Quran tak sedap hati sekarang berhari-hari tak baca Quran relak je....Ya Allah permudahkanlah hajatku ini...aminnnnnnn







2) Nak Sambung Study (Buat Master)
Alhamdulillah 26/12/2012 result nak sambung master kat UM dah keluar dan NurPuteriMiskan anda berjaya yeayyyyy!!!!..Tapi banyak cabaran nak sambung study ni memandangkan saya masih lagi belum sah jawatan.Cikgu baru la katakan.Nak jumpa Guru Besar bagitau nak sambung study sangatlah kecut perut.Apa pun jangan mengalah sebelum bertindak...caiyok2!!! Fikir strategi dan atur plan terbaik supaya hajat ni dapat terlaksana.
3) Jadi Financial Planner Yang Super Hebat dan Bijak
Tahun pertama kerja tak jimat. Sekarang dah takde simpanan, macamana nak sambung study...Mulai saat ni dah tak boleh rasa kesian kepada semua peniaga...asal nampak orang meniaga rasa kesian so beli jugak barangnya walaupun tak guna...macamana duit tak abis...lepas ni kena kuatkan hati dan rancang belanjawan sendiri dengan lebih kemas dan teratur.Utamakan keperluan sabar-sabar la nak penuhi kehendak.


4) Kurangkan Berat Badan Dengan Try Diet Atkins
Dengar cerita ramai yang menjadi try diet ni. Yang penting tak payah susah-susah keluar banyak duit.Lagi jimat kot.Harap sangat hajat ni tercapai berat badan tak konsisten langsung yang paling tak best asyik naik je..haduyaiiii.


                                                    
5) Cari Jodoh
Sambung study nak nikah pun nak...tamak kan hihihi...Actually hajat ni hajat tahun lepas tapi tak dapat keh keh keh so forward tahun ni pulak...Pasal ni malas nak fikir sangat la tapi mesti kena jadi hajat jugak...takkan dah tua nanti baru nak  berhajat.


~ Ini la saja hajat saya untuk tahun 2013...Semoga Allah permudahkan...aminnnnnn ~