Tahun pertama cikgu Mohamad Haidzir suamiku tercinta sambut hari bapa sebagai seorang bapa. Walaupun entry ni dah terlewat tapi tak kira...still nak tulis jugak entry ni..hehe...Ayang tak ada hadiah special untuk abang. Hanya luahan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam untuk abang.
puzzle of my heart... |
Kerana jadi suami yang terbaik untuk ayang. Ikhlas ayang katakan bahawa sifat dan sikap abang sangat menyenangkan hati semua wanita yang bergelar isteri. Alhamdulillah ayang dapat abang dulu sebelum orang lain...hihihi...
Sumayyah dalam perut ummi masa ni... |
Kerana sudi ambil ayang sebagai isteri dan ummi kepada anak kita. Kita pernah berborak tentang ex masing-masing dan percayalah ayang terlalu bersyukur kerana Allah satukan ayang dengan abang.Sebab abang terlalu jauh lebih baik berbanding lelaki yang ayang pernah kenal. Mungkin ayat tu nampak cliche tp percayalah ayang betul-betul maksudkan apa yang ayang perkatakan. Tak ada perkataan lain yang mampu ayang ungkapkan selain alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah.
Tunang...kawen...pregnant.. |
Kerana jadi suami dan abi yang sangat penyayang.Jadi suami yang sangat rajin membantu ayang.Jadi suami yang sangat memahami.Jadi suami yang pandai berkomunikasi. Jadi suami yang menyayangi keluarga ayang.Jadi suami yang terima ayang seadanya.Jadi suami yang rajin sediakan air suam untuk mandi bila ayang demam.Jadi suami yang bertimbang rasa dan bertolak ansur.
Hepi setiap masa selagi ada abang...cewahhh |
Kerana jadi abi yang terbaik untuk sumayyah. Ikhlas ayang katakan bahawa abang jaga sumayyah jauh lebih baik dari ayang.Abang lebih peka dengan perkembangan dan kesihatannya.Abang lebih peka bila sumayyah terjaga malam nak susu.Abang lebih peka dengan kehendaknya.Sumayyah sangat beruntung memiliki abi seperti abang.
Geng selfie abi... |