Sabtu, 29 Disember 2012

Hajat 2013

Setiap tahun mesti ada hajat yang hendak dicapai. Tapi macam biasa saya selalu tak dapat apa yang dihajati, yang tak hajat pulak yang biasanya dapat...Apa pun tetap bersyukur sebab Allah tetap memberi nikmatNya pada saya....Yela tak semestinya apa yang kita nak Allah nak bagi. Beribadah pun tak sungguh-sungguh, time nak mintak sesuatu bila Allah tak izinkan mula la kecewa. Walaumacamanapun dalam hidup mesti ada target so untuk tahun 2013 saya target nak.........
                                        
                                         1) Jadi Muslim Yang Lebih Baik dan Taat
Sekarang ni rasa macam perangai ni dah tak berapa baik je. Dulu time sekolah menengah rasanya pijak semut pun tak mati. Sehari tak baca Quran tak sedap hati sekarang berhari-hari tak baca Quran relak je....Ya Allah permudahkanlah hajatku ini...aminnnnnnn







2) Nak Sambung Study (Buat Master)
Alhamdulillah 26/12/2012 result nak sambung master kat UM dah keluar dan NurPuteriMiskan anda berjaya yeayyyyy!!!!..Tapi banyak cabaran nak sambung study ni memandangkan saya masih lagi belum sah jawatan.Cikgu baru la katakan.Nak jumpa Guru Besar bagitau nak sambung study sangatlah kecut perut.Apa pun jangan mengalah sebelum bertindak...caiyok2!!! Fikir strategi dan atur plan terbaik supaya hajat ni dapat terlaksana.
3) Jadi Financial Planner Yang Super Hebat dan Bijak
Tahun pertama kerja tak jimat. Sekarang dah takde simpanan, macamana nak sambung study...Mulai saat ni dah tak boleh rasa kesian kepada semua peniaga...asal nampak orang meniaga rasa kesian so beli jugak barangnya walaupun tak guna...macamana duit tak abis...lepas ni kena kuatkan hati dan rancang belanjawan sendiri dengan lebih kemas dan teratur.Utamakan keperluan sabar-sabar la nak penuhi kehendak.


4) Kurangkan Berat Badan Dengan Try Diet Atkins
Dengar cerita ramai yang menjadi try diet ni. Yang penting tak payah susah-susah keluar banyak duit.Lagi jimat kot.Harap sangat hajat ni tercapai berat badan tak konsisten langsung yang paling tak best asyik naik je..haduyaiiii.


                                                    
5) Cari Jodoh
Sambung study nak nikah pun nak...tamak kan hihihi...Actually hajat ni hajat tahun lepas tapi tak dapat keh keh keh so forward tahun ni pulak...Pasal ni malas nak fikir sangat la tapi mesti kena jadi hajat jugak...takkan dah tua nanti baru nak  berhajat.


~ Ini la saja hajat saya untuk tahun 2013...Semoga Allah permudahkan...aminnnnnn ~

Jumaat, 28 Disember 2012

Apa Perempuan Bodoh Perlu Lakukan

Entry ni adalah rentetan dari entry sebelum ni (Untuk Perempuan Yang Pernah Bodoh). Bila perempuan telah diperbodohkan oleh nafsunya sendiri yang mengakibatkan maruahnya tercalar, terkoyak, terputus dan terhangus biasanya mereka akan bersedih, mengenang nasib malang, menangis, cuba mendapatkan kembali kekasih penipunya dan mungkin akan melakukan sesuatu yang terus-terusan akan menjatuhkan maruahnya……

Kat sini saya nak share apa yang perempuan bodoh ini perlu lakukan untuk mengangkat balik maruah diri agar kembali menjadi wanita yang bijak, baik, berguna dan bermutu.

1) Cuba luahkan perasaan pada perempuan bijak
Anda tak perlu menceritakan semua kebodohan anda. Ini kerana ia mungkin menyebabkan anda akan dipandang serong oleh teman anda. Sebaik-baiknya carilah wanita bijak dan baik yang anda percayai agar anda mendapat nasihat yang bermutu dan bermanfaat.

2) Berusaha menjadi lebih berjaya dari kekasih penipu anda
Tak kira la dalam apa sahaja bidang yang diceburi pastikan anda akan lebih berjaya dari kekasih penipu anda. Kejayaan anda mampu membuktikan anda tak heran langsung atas apa yang telah dilakukan oleh kekasih penipu anda.Hal ini setidak-tidaknya mampu membuatkan kekasih anda tidak memandang rendah lagi pada anda.

3) Berhati-hati memilih teman pengganti
Pastikan teman pengganti anda jauh lebih baik, lebih kacak dan jauh lebih berharta dari kekasih penipu anda…Bukannya apa korang xjeles ke kalau exbf korang dapat teman pengganti yang jauh lagi bagusssssss dari korang…korang jugak yang tensen nanti so lebih baik korang bersedia dengan teman pengganti yang menghampiri tahap perfect person. Kat sini saya nak ingatkan kepada perempuan yang pernah bodoh jangan sesekali pernah terfikir yang korang tak layak dapat suami yang baik dan beriman. Allah takkan menyusahkan hambaNya..jangan lah anda menghukum diri sendiri dengan berkahwin dengan lelaki bodoh seperti kekasih penipu anda semata-mata merasakan itulah hukuman untuk anda. 

4) Kembali kepada Yang Maha Mencipta
Apa yang paling penting kembalilah kepada Allah yang menciptakan kita. Minta petunjuk dari Allah, sentiasa mendekatiNya tak kira semasa senang ataupun susah. Allah sayang pada hamba yang sentiasa mengadu dan meminta pertolonganNya…insyaAllah perempuan bodoh akan kembali menjadi wanita bijak, baik, berguna dan bermutu seperti mana fitrah sebenar kejadian manusia….

~ Jadilah wanita bijak yang sentiasa menghargai diri ~

Untuk Perempuan Yang Pernah Bodoh



Walau sebaik mana pun anda, walau secantik mana pun ada dan walau sehebat mana pun anda kalau dah terlembut hati dengan godaan syaitan….punah la jawabnya….Nak pulak bila terlibat dengan cinta…Cinta ni memang melalaikan, menjauhkan kita dari Pencipta yang hakiki….Hakikatnya cinta itu suci dan mampu membawa kita lebih mengenali  Maha Pencipta namun bila cinta dihiasi dengan keindahan rekaan syaitan, cinta mampu menjadikan manusia lebih bodoh dan hina dari hakikat ciptaan manusia sebagai pemimpin…. 

Pada saya wanita lebih mudah mengikut hawa nafsu dalam bercinta. Betul tak? Yela bila tengok cerita korea yang berkisar tentang cintan cinton mula la terfikir “eeiii bestnye kalau pakwe aku bagi bunga macam tu” “eeeiiii bestnye kalau pakwe aku sayang aku macam tu” “eeiii bestnye kalau pakwe aku caring macam tu”…….bila pakwe dah tunjuk perasaan sayang mula la terfikir “dia sayang aku,aku yakin dengan cinta dia takpe la kalau dia nak pegang tangan aku nanti nak kahwin dengan dia jugak”.

Bila mesej-mesej mesti akan keluar mesej “awak sayang saya tak?” “banyak mana awak sayang saya?”….bila pakwe dah jawab dengan jawapan seperti  yang diharapkan “mesti la sayang” “tak tau nak cakap banyak mana sayang saya pada awak tak mampu nak hitung” hati si makwe pun terus berbunga-bunga mengalahkan taman bunga…

Bila dah sampai fasa ni mula la si makwe nak membuktikan cintanya pada si pakwe…. i sanggup lakukan apa saja untuk u….pakwe pulak pantang dapat peluang depan mata…dah x fikir panjang….lepas tu habis la si makwe …..pakwe mula lepas tangan..mula la akan keluar ayat-ayat “kucing kalau dah ada lauk depan mata takkan nak biar je” “u boleh serah tubuh u pada i tak mustahil u akan buat benda yang sama pada jantan lain” “kalau nak cari isteri i taknak cari perempuan macam u”

Benda macam ni dah banyak terjadi tak kira siapa….ingatlah wanita yang menyerahkan kehormatan maruahnya kepada selain suaminya adalah wanita yang bodoh dan lelaki yang tidak menjaga kehormatan kekasihnya adalah lelaki bodoh, penipu dan tidak jujur. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab biasanya perempuan tak fikir panjang bila dah sayang ,sanggup buat apa saja tapi lelaki salah tafsir pulak, tak hargai apa yang difikir oleh si perempuan….kesian perempuan yang bodoh dalam bercinta.

Selasa, 4 Disember 2012

The Best of Projek Praktikum


Assalamualaikum w.b.t.........

Hai...time bosan ni saya belek-belek semula gambar  zaman study di IPG dulu...walaupun baru setahun berlalu tapi rindu nak bersama dengan kawan-kawan semula hanya tuhan je yang tahu....Hari ni saya nak share dengan korang projek yang saya buat masa praktikum  dulu....rinduuuu nak buat aktiviti yang macam ni dengan kawan-kawan...isk3...

1) Jom Kitar Semula
Projek ni saya dan teman sejati praktikum saya (Risah) jalankan sepanjang internship di Sekolah Bandar Baru Sungai Lalang, Kedah. Tempoh internship selama 1 bulan so sebulan la kami buat...cewah bunyi macam lama...actually minggu pertama kami umumkan pada semua murid supaya kumpulkan barang-barang terbuang untuk dijual...minggu kedua kami buat ceramah ringkas kepada murid-murid...siapa penceramahnye??? kami la...tiba-tiba pulak jadi penceramah alam sekitar hihi...minggu ketiga kami buat satu pameran kesedaran alam sekitar dan minggu keempat kami jual barang-barang terbuang yang telah dikumpul...

Perasmian Program "Jom Kitar Semula"

Ceramah ringkas Kitar Semula






Pameran Kitar Semula


Carta-carta yang dibuat sehari sebelum pameran...hiiii


Antara barang kitar semula yang dipinjam dari Jabatan Seni Visual IPG

Inilah antara bahan terbuang yang telah dikumpul oleh murid-murid


Asingkan barang ikut kelas sebab kelas paling banyak dapat pulangan ringgit akan dapat cenderahati

Proses menimbang bahan terbuang bersama Cikgu Awin dan Uncle Kitar Semula

2) Lukis, Teka dan Menang
Actually projek ni bermula dengan idea cikgu perpustakaan...bila kami fikir-fikir rasa macam best jugak idea tu...so kami pun laksanakan projek tu...ternyata aktiviti ni sangat menarik minat murid..Cara pelaksanaan projek ni ialah kami buat pertandingan dalam kelas, so semua murid dalam kelas akan terlibat, lepas tu wakil yang berjaya akan bertanding pulak mengikut kelas…cara pertandingan ni ialah satu kumpulan terdiri dari 4 orang murid, sorang wakil akan melukis soalan yang kami beri dan selepas habis masa wakil murid itu perlu serahkan lukisan tersebut pada ahli kumpulan so ahli kumpulan pulak perlu teka apakah maksud lukisan tersebut…bukan senang tau sebab soalan-soalan adalah seperti peribahasa, simpulan bahasa, nama-nama Negara dan lain-lain…kalau nama-nama Negara korang bayangkan la murid perlu berfikir tentang lukisan yang boleh menggambarkan Negara tersebut…apa pun kami dan murid enjoy sangat…cikgu-cikgu senior pun excited nak jawab bila murid-murid tu blur…hihi

Guru senior yang membantu mengadili pertandingan peringkat saringan
Poster pertandingan...boleh la dari takde
Peserta-peserta yang berentap di peringkat akhir


Apa aku nak lukis ni???????
Mintak-mintak la dia lukis cantik-cantik..tak pasal-pasal lukis lain jawab lain nanti
Banyak gambar menarik dalam pertandingan ni yang tak tahu lepas mana...isk3......

3) Khat di atas Papan Akrilik
Saya dan Risah sama-sama tak pandai buat khat …tapi mengada jugak nak buat...guru pembimbing kami pulak memberi semangat yang sangat tinggi pada kami untuk buat projek ni… memang takut sangat nak buat memandangkan ia memakan kos yang agak tinggi dan memerlukan kemahiran serta kreativiti…Apa boleh buat pihak sekolah dah percaya so kitorang pun buat-buat terror la…hihi…Buat khat atas papan Akrilik ni memerlukan masa yang agak lama untuk orang yang macam kami ni…ia memerlukan ketelitian…korang tengok la gambar-gambar kat bawah ni..senang cerita hehe.

Proses menekap ayat di atas papan akrilik
Memotong ayat-ayat yang telah ditekap menggunakan pisau khas
Proses mengecat menggunakan cat sembur (biasanya menggunakan warna gold)
Menanggalkan kertas dari papan akrilik yang menjadi medium untuk semua proses sebelum ini. Macam ni mukaku masa buat kerja rupanya....serius betul

Jeng Jeng Jeng inilah hasilnya...bersama guru pembimbing yang banyak membantu
Gembira dan berbunga-bunga hatiku melihat hasil tanganku di dinding surau ...
Sebagai kenang-kenangan saya dan rakan praktikumku pahatkan nama kitorang atas papan akrilik tu..."imarisa"..perasan tak kedudukan nama kitorang kat gambar sebelum ni...hehehe

4) Radio Sekolah
Projek ni saya buat masa praktikum kat sekolah lain…macam biasa saya masih bersama Risah…untuk buat projek ni saya dan Risah perlu bangun awal, bertolak ke sekolah awal dan perlu berada di sekolah sebelum pukul 7. Dalam projek ni kami berdua jadi DJ di sekolah…pagi-pagi kami akan bersama mikrofon, lap top dan macam-macam la untuk ceriakan sekolah…best bunyinya…hihi…kami akan menyambut kedatangan murid dengan ucapan ceria yang boleh membangkitkan semangat murid di sekolah…bila agak-agak dah tak tau nak cakap apa kami keudarakan lagu-lagu yang best untuk murid-murid…kadang-kadang kami akan panggil seorang murid untuk membaca cerita yang kami sediakan bagi mengurangkan penggunaan air liur kami…hihi

Hahaha merasa la jadi DJ walaupun hanya di sekolah
Sampai giliran bercakap ni yang syok....syok sendiri hihi
Makin ceria bila ada jemputan heeee
Harap perkongsian ni dapat memberi serba sedikit idea kepada sesiapa yang nak buat program di sekolah....Maju Sekolah Majulah Murid.....hiiiiiii

Ahad, 2 Disember 2012

Masterchef Episod Kemuncak Membosankan

Assalamualaikum.....



Masterchef musim kedua iaitu program pertandingan masakan di saluran astro ria baru sahaja melabuhkan tirainya. Saya adalah salah seorang peminat setia rancangan ini dari musim pertama, musim selebriti dan musim kedua....dari mula tayangan musim kedua memang dah nampak masterchef musim ni kurang segala-segalanya dari sebelum ni...peserta-peserta tak pandai jaga mulut, semangat setiakawan pun kurang, makanan yang dipersembahkan pun tak nampak wow.....tapi tengok la jugak memandangkan program ni memang dah saya suka....

Episod kemuncak program ni lagi laaaaaaaaaa.....rasanye kalau buat sejam pun dah lebih dari cukup...yang lanjut sampai sejam setengah tu nape la....kalau cabaran yang diberi sangat mencabar ok jugak ini alahai simple je macam masak time minggu-minggu biasa je.....yang paling tak best punye la banyak persembahan nyanyian....macam dah tersasar dari bentuk program yang sebenar......pengacaranye pulak.hmmmmm bosan pot pet pot pet.....rasanye kalau chef Jo, chef Zubir dan chef Adu yang mengacarakan lagi bagus kot...yela anak didik mereka mestilah lagi best kalau mereka yang mengimbas perjalanan anak didik mereka sepanjang rancangan ni......walaumacamanepun saya tetap menghargai dan memuji semangat pihak penerbitan untuk cuba membuat kelainan......cuma kelainan jangan sampai meleret-leret...



Apa pun tahniah kepada Izyan selaku juara masterchef musim kedua...tahniah jugak kepada Along dan Ah Hong korang pun memang best....( Sedih Nina tak dapat masuk akhir isk2 walaumacamanepun u are the best)

Sabtu, 1 Disember 2012

Pengalaman Cinta Monyet Atau Cinta Gila


Assalamualaikum....



Mesti  u all pernah ada pengalaman bercinta kan…tak kisah lah samada korang mencintai dan dicintai, dicintai tapi tak mencintai dan mencintai tapi tak dicintai…ouchhh yang terakhir tu memang sedih…..
Hari ni saya just nak kongsi pengalaman saya… “bercinta” hehe….alkisah bermula….lepas SPM  saya sambung study di negeri Jelapang Padi…haduiii jauh sangat dengan kampungku tercinta di Pahang….. first semester saya berkenalan dengan sorang en.Adam (nama untuk menggambarkan dia adalah lelaki) hehe….mula-mula en.Adam ni misscall2 je…pastu dipendekkan cerita  kami pun berkenalan dan berkawan….lama-lama timbul perasaan lain pulak…cewahhhh…so bermulalah episod percintaan kami…semuanya macam indah je…maklumlah first love….tapi kisah ni tak lama jodoh tak panjang….sedih la jugak…alasan clash pun susah nak faham……hmmmmm

Tak lama lepas kes tu ada la lagi sorang en.Adam2 ni (next person hehe)…cara ngorat tak jauh beza pun…disebabkan kesunyian time tu…kawan-kawan pulak ke sana ke sini asyik tot tet tot tet dengan handphone masing-masing sambil tersenyum-senyum baca mesej….saya pun layan je la en.Adam2 ni…kawan punye kawan hujung semester tiga kami pun bercinta la kononnye….dalam hati ni sebenarnya tak tau nak tafsirkan sebenarnye betul-betul ‘love’ ke tak…tapi dalam tak pasti tu hubungan kami berlanjutan lebih 5 tahun…hmmm lama kan…dalam tempoh tu tak tau la berapa kali gaduh berapa kali putus….….hmmmm……saya rasa kami ni macam dah banyak mengarut dan banyak buang masa…bayangkan la dari zaman study sampai zaman kerja….dah banyak kali saya fikir untuk tak nak teruskan hubungan ni  tapi biasa la godaan syaitan…sambung lagi hubungan yang macam tak de nokhtah ni…..walaumacamanapun saya berjaya akhiri hubungan ni.......

Masa bercinta saya banyak buang masa…kredit phone lebih banyak untuk pakwe dari mak ayah….hati  dan fikiran lebih banyak untuk pakwe dari ALLAH…. Banyak sangat dah lupa pada ALLAH dan Rasulnya….
Sekarang saya nak mulakan hidup baru….soal jodoh biar  mak dan ayah yang carikan….untuk suami yang belum ku tahu siapa orangnya….ampun dan maaf sebab hati ni pernah diberikan pada orang lain….tapi saya janji kamu lah cinta terakhir saya….kesetiaan saya hanya untuk kamu…siapa???? Wallahualam bissawab…