Hai...time bosan ni saya belek-belek semula gambar zaman
study di IPG dulu...walaupun baru setahun berlalu tapi rindu nak bersama dengan
kawan-kawan semula hanya tuhan je yang tahu....Hari ni saya nak share dengan
korang projek yang saya buat masa praktikum dulu....rinduuuu nak
buat aktiviti yang macam ni dengan kawan-kawan...isk3...
1) Jom Kitar Semula
Projek ni saya dan teman sejati praktikum saya (Risah) jalankan sepanjang
internship di Sekolah Bandar Baru Sungai Lalang, Kedah. Tempoh internship
selama 1 bulan so sebulan la kami buat...cewah bunyi macam lama...actually
minggu pertama kami umumkan pada semua murid supaya kumpulkan barang-barang
terbuang untuk dijual...minggu kedua kami buat ceramah ringkas kepada
murid-murid...siapa penceramahnye??? kami la...tiba-tiba pulak jadi penceramah
alam sekitar hihi...minggu ketiga kami buat satu pameran kesedaran alam sekitar
dan minggu keempat kami jual barang-barang terbuang yang telah dikumpul...
Perasmian Program "Jom Kitar Semula" |
Ceramah ringkas Kitar Semula |
Pameran Kitar Semula |
Carta-carta yang dibuat sehari sebelum pameran...hiiii |
Antara barang kitar semula yang dipinjam dari Jabatan Seni Visual IPG |
Inilah antara bahan terbuang yang telah dikumpul oleh murid-murid |
Asingkan barang ikut kelas sebab kelas paling banyak dapat pulangan ringgit akan dapat cenderahati |
Proses menimbang bahan terbuang bersama Cikgu Awin dan Uncle Kitar Semula |
Actually projek ni bermula dengan idea cikgu perpustakaan...bila kami
fikir-fikir rasa macam best jugak idea tu...so kami pun laksanakan projek
tu...ternyata aktiviti ni sangat menarik minat murid..Cara pelaksanaan projek
ni ialah kami buat pertandingan dalam kelas, so semua murid dalam kelas akan
terlibat, lepas tu wakil yang berjaya akan bertanding pulak mengikut kelas…cara
pertandingan ni ialah satu kumpulan terdiri dari 4 orang murid, sorang wakil
akan melukis soalan yang kami beri dan selepas habis masa wakil murid itu perlu
serahkan lukisan tersebut pada ahli kumpulan so ahli kumpulan pulak perlu teka
apakah maksud lukisan tersebut…bukan senang tau sebab soalan-soalan adalah
seperti peribahasa, simpulan bahasa, nama-nama Negara dan lain-lain…kalau
nama-nama Negara korang bayangkan la murid perlu berfikir tentang lukisan yang
boleh menggambarkan Negara tersebut…apa pun kami dan murid enjoy sangat…cikgu-cikgu
senior pun excited nak jawab bila murid-murid tu blur…hihi
Guru senior yang membantu mengadili pertandingan peringkat saringan |
Poster pertandingan...boleh la dari takde |
Peserta-peserta yang berentap di peringkat akhir |
Apa aku nak lukis ni??????? |
Mintak-mintak la dia lukis cantik-cantik..tak pasal-pasal lukis lain jawab lain nanti |
3) Khat di atas Papan Akrilik
Saya dan Risah sama-sama tak pandai buat khat …tapi mengada jugak nak
buat...guru pembimbing kami pulak memberi semangat yang sangat tinggi pada kami
untuk buat projek ni… memang takut sangat nak buat memandangkan ia memakan kos
yang agak tinggi dan memerlukan kemahiran serta kreativiti…Apa boleh buat pihak
sekolah dah percaya so kitorang pun buat-buat terror la…hihi…Buat khat atas papan
Akrilik ni memerlukan masa yang agak lama untuk orang yang macam kami ni…ia
memerlukan ketelitian…korang tengok la gambar-gambar kat bawah ni..senang
cerita hehe.
Proses menekap ayat di atas papan akrilik |
Memotong ayat-ayat yang telah ditekap menggunakan pisau khas |
Proses mengecat menggunakan cat sembur (biasanya menggunakan warna gold) |
Menanggalkan kertas dari papan akrilik yang menjadi medium untuk semua proses sebelum ini. Macam ni mukaku masa buat kerja rupanya....serius betul |
Jeng Jeng Jeng inilah hasilnya...bersama guru pembimbing yang banyak membantu |
Gembira dan berbunga-bunga hatiku melihat hasil tanganku di dinding surau ... |
Sebagai kenang-kenangan saya dan rakan praktikumku pahatkan nama kitorang atas papan akrilik tu..."imarisa"..perasan tak kedudukan nama kitorang kat gambar sebelum ni...hehehe |
4) Radio Sekolah
Projek ni saya buat masa praktikum kat sekolah lain…macam biasa saya masih
bersama Risah…untuk buat projek ni saya dan Risah perlu bangun awal, bertolak
ke sekolah awal dan perlu berada di sekolah sebelum pukul 7. Dalam projek ni
kami berdua jadi DJ di sekolah…pagi-pagi kami akan bersama mikrofon, lap top
dan macam-macam la untuk ceriakan sekolah…best bunyinya…hihi…kami akan
menyambut kedatangan murid dengan ucapan ceria yang boleh membangkitkan
semangat murid di sekolah…bila agak-agak dah tak tau nak cakap apa kami
keudarakan lagu-lagu yang best untuk murid-murid…kadang-kadang kami akan
panggil seorang murid untuk membaca cerita yang kami sediakan bagi mengurangkan
penggunaan air liur kami…hihi
Harap perkongsian ni dapat memberi serba sedikit idea kepada sesiapa yang nak buat program di sekolah....Maju Sekolah Majulah Murid.....hiiiiiii
Hahaha merasa la jadi DJ walaupun hanya di sekolah |
Sampai giliran bercakap ni yang syok....syok sendiri hihi |
Makin ceria bila ada jemputan heeee |
wahhhh.. terbaiklaaa. tak adalah perlu buat lukisan mural je kan. terima kasih!
BalasPadam