Jumaat, 28 Disember 2012

Untuk Perempuan Yang Pernah Bodoh



Walau sebaik mana pun anda, walau secantik mana pun ada dan walau sehebat mana pun anda kalau dah terlembut hati dengan godaan syaitan….punah la jawabnya….Nak pulak bila terlibat dengan cinta…Cinta ni memang melalaikan, menjauhkan kita dari Pencipta yang hakiki….Hakikatnya cinta itu suci dan mampu membawa kita lebih mengenali  Maha Pencipta namun bila cinta dihiasi dengan keindahan rekaan syaitan, cinta mampu menjadikan manusia lebih bodoh dan hina dari hakikat ciptaan manusia sebagai pemimpin…. 

Pada saya wanita lebih mudah mengikut hawa nafsu dalam bercinta. Betul tak? Yela bila tengok cerita korea yang berkisar tentang cintan cinton mula la terfikir “eeiii bestnye kalau pakwe aku bagi bunga macam tu” “eeeiiii bestnye kalau pakwe aku sayang aku macam tu” “eeiii bestnye kalau pakwe aku caring macam tu”…….bila pakwe dah tunjuk perasaan sayang mula la terfikir “dia sayang aku,aku yakin dengan cinta dia takpe la kalau dia nak pegang tangan aku nanti nak kahwin dengan dia jugak”.

Bila mesej-mesej mesti akan keluar mesej “awak sayang saya tak?” “banyak mana awak sayang saya?”….bila pakwe dah jawab dengan jawapan seperti  yang diharapkan “mesti la sayang” “tak tau nak cakap banyak mana sayang saya pada awak tak mampu nak hitung” hati si makwe pun terus berbunga-bunga mengalahkan taman bunga…

Bila dah sampai fasa ni mula la si makwe nak membuktikan cintanya pada si pakwe…. i sanggup lakukan apa saja untuk u….pakwe pulak pantang dapat peluang depan mata…dah x fikir panjang….lepas tu habis la si makwe …..pakwe mula lepas tangan..mula la akan keluar ayat-ayat “kucing kalau dah ada lauk depan mata takkan nak biar je” “u boleh serah tubuh u pada i tak mustahil u akan buat benda yang sama pada jantan lain” “kalau nak cari isteri i taknak cari perempuan macam u”

Benda macam ni dah banyak terjadi tak kira siapa….ingatlah wanita yang menyerahkan kehormatan maruahnya kepada selain suaminya adalah wanita yang bodoh dan lelaki yang tidak menjaga kehormatan kekasihnya adalah lelaki bodoh, penipu dan tidak jujur. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab biasanya perempuan tak fikir panjang bila dah sayang ,sanggup buat apa saja tapi lelaki salah tafsir pulak, tak hargai apa yang difikir oleh si perempuan….kesian perempuan yang bodoh dalam bercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan