Sabtu, 1 Disember 2012

Pengalaman Cinta Monyet Atau Cinta Gila


Assalamualaikum....



Mesti  u all pernah ada pengalaman bercinta kan…tak kisah lah samada korang mencintai dan dicintai, dicintai tapi tak mencintai dan mencintai tapi tak dicintai…ouchhh yang terakhir tu memang sedih…..
Hari ni saya just nak kongsi pengalaman saya… “bercinta” hehe….alkisah bermula….lepas SPM  saya sambung study di negeri Jelapang Padi…haduiii jauh sangat dengan kampungku tercinta di Pahang….. first semester saya berkenalan dengan sorang en.Adam (nama untuk menggambarkan dia adalah lelaki) hehe….mula-mula en.Adam ni misscall2 je…pastu dipendekkan cerita  kami pun berkenalan dan berkawan….lama-lama timbul perasaan lain pulak…cewahhhh…so bermulalah episod percintaan kami…semuanya macam indah je…maklumlah first love….tapi kisah ni tak lama jodoh tak panjang….sedih la jugak…alasan clash pun susah nak faham……hmmmmm

Tak lama lepas kes tu ada la lagi sorang en.Adam2 ni (next person hehe)…cara ngorat tak jauh beza pun…disebabkan kesunyian time tu…kawan-kawan pulak ke sana ke sini asyik tot tet tot tet dengan handphone masing-masing sambil tersenyum-senyum baca mesej….saya pun layan je la en.Adam2 ni…kawan punye kawan hujung semester tiga kami pun bercinta la kononnye….dalam hati ni sebenarnya tak tau nak tafsirkan sebenarnye betul-betul ‘love’ ke tak…tapi dalam tak pasti tu hubungan kami berlanjutan lebih 5 tahun…hmmm lama kan…dalam tempoh tu tak tau la berapa kali gaduh berapa kali putus….….hmmmm……saya rasa kami ni macam dah banyak mengarut dan banyak buang masa…bayangkan la dari zaman study sampai zaman kerja….dah banyak kali saya fikir untuk tak nak teruskan hubungan ni  tapi biasa la godaan syaitan…sambung lagi hubungan yang macam tak de nokhtah ni…..walaumacamanapun saya berjaya akhiri hubungan ni.......

Masa bercinta saya banyak buang masa…kredit phone lebih banyak untuk pakwe dari mak ayah….hati  dan fikiran lebih banyak untuk pakwe dari ALLAH…. Banyak sangat dah lupa pada ALLAH dan Rasulnya….
Sekarang saya nak mulakan hidup baru….soal jodoh biar  mak dan ayah yang carikan….untuk suami yang belum ku tahu siapa orangnya….ampun dan maaf sebab hati ni pernah diberikan pada orang lain….tapi saya janji kamu lah cinta terakhir saya….kesetiaan saya hanya untuk kamu…siapa???? Wallahualam bissawab…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan