Jumaat, 28 Disember 2012

Apa Perempuan Bodoh Perlu Lakukan

Entry ni adalah rentetan dari entry sebelum ni (Untuk Perempuan Yang Pernah Bodoh). Bila perempuan telah diperbodohkan oleh nafsunya sendiri yang mengakibatkan maruahnya tercalar, terkoyak, terputus dan terhangus biasanya mereka akan bersedih, mengenang nasib malang, menangis, cuba mendapatkan kembali kekasih penipunya dan mungkin akan melakukan sesuatu yang terus-terusan akan menjatuhkan maruahnya……

Kat sini saya nak share apa yang perempuan bodoh ini perlu lakukan untuk mengangkat balik maruah diri agar kembali menjadi wanita yang bijak, baik, berguna dan bermutu.

1) Cuba luahkan perasaan pada perempuan bijak
Anda tak perlu menceritakan semua kebodohan anda. Ini kerana ia mungkin menyebabkan anda akan dipandang serong oleh teman anda. Sebaik-baiknya carilah wanita bijak dan baik yang anda percayai agar anda mendapat nasihat yang bermutu dan bermanfaat.

2) Berusaha menjadi lebih berjaya dari kekasih penipu anda
Tak kira la dalam apa sahaja bidang yang diceburi pastikan anda akan lebih berjaya dari kekasih penipu anda. Kejayaan anda mampu membuktikan anda tak heran langsung atas apa yang telah dilakukan oleh kekasih penipu anda.Hal ini setidak-tidaknya mampu membuatkan kekasih anda tidak memandang rendah lagi pada anda.

3) Berhati-hati memilih teman pengganti
Pastikan teman pengganti anda jauh lebih baik, lebih kacak dan jauh lebih berharta dari kekasih penipu anda…Bukannya apa korang xjeles ke kalau exbf korang dapat teman pengganti yang jauh lagi bagusssssss dari korang…korang jugak yang tensen nanti so lebih baik korang bersedia dengan teman pengganti yang menghampiri tahap perfect person. Kat sini saya nak ingatkan kepada perempuan yang pernah bodoh jangan sesekali pernah terfikir yang korang tak layak dapat suami yang baik dan beriman. Allah takkan menyusahkan hambaNya..jangan lah anda menghukum diri sendiri dengan berkahwin dengan lelaki bodoh seperti kekasih penipu anda semata-mata merasakan itulah hukuman untuk anda. 

4) Kembali kepada Yang Maha Mencipta
Apa yang paling penting kembalilah kepada Allah yang menciptakan kita. Minta petunjuk dari Allah, sentiasa mendekatiNya tak kira semasa senang ataupun susah. Allah sayang pada hamba yang sentiasa mengadu dan meminta pertolonganNya…insyaAllah perempuan bodoh akan kembali menjadi wanita bijak, baik, berguna dan bermutu seperti mana fitrah sebenar kejadian manusia….

~ Jadilah wanita bijak yang sentiasa menghargai diri ~

2 ulasan:

  1. alright...............tapi sakit ooooooo nak mangun,,,,,,,,,,,,,,,wanita kana kuat...bab wanita moden...

    BalasPadam
  2. sakit tu memang sakit...cma kna sntsa igt sakit akhirat nanti lagi sakit...so kna terus bangun lepas tersedar.

    BalasPadam